Thursday, October 29, 2015

(RG) - Sayangi Aku Kerana Allah

Salam Jumaat friends.
Lamanya tak menulis. Ada dalam tiga bulan. Sibuk dgn urusan dan melalui kehidupan yang baru... sekeliling yg baru. Apa2 pun syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua rakan dan seseorang yang yang penting dalam hidupku. Semoga kita semua sentiasa dilindungi. Aamiin.

May you be taking care by the Creator.
After few occasions,
kdg2 kita akan rasa...

Hati akan menjadi sekata tiada rasa
Jiwa akan menjadi kosong tiada lorong
Akal akan menjadi beban tiada fikiran
Perasaan akan menjadi mati tanpa kita sedari.

Sesungguhnya percaturan hidup manusia sangat pelik dan unik.

Kepuasan hati tiada hakiki
Penipuan berleluasa tiada henti
Hukum rimba, yang kuat dijaga
Hukum jiwa, yang jujur dinodai
Tepuk dada, tanya selera
Kitalah pemilik hati, jiwa & raga

#Trivia_Reserved_SSQD
#Luv_You_Abang



Sunday, July 26, 2015

(WD) - Menangis dan Ketenangan

Kenapa perlu bersedih?

Allah s.w.t tidak suka hamba-hambaNya bersedih. Dia sentiasa memberikan peringatan dan semangat bahawa setiap kesusahan ada kemudahan. Setiap bebanan mengikut kemampuan hamba-hambaNya.
Allah sentiasa memberikan kata semangat dan pendorong kepada hamba-hambaNya yang ditimpa ujian dan kesusahan. Dia memberikan kekuatan agar hambaNya tidak rasa kehilangan dan hanya berseorangan.

Rasulullah sendiri tidak mahu umatnya bersedih. Apabila Rasulullah bersedih hati, Allah sentiasa menghampiri. Malaikat, isteri, dan para sahabat sentiasa ada di sekeliling nabi. Hatta, Rasulullah yang sentiasa memberikan peringatan akan hari yang terkemudian, tidak sesekali meminta umatnya menghindarkan segala pekerjaan, makan,minum, segala urusan diri dan fitrah setiap insan hanya semata-mata untuk hari kemudian. Kerana, manusia tetap manusia, ada fitrah dan perasaan. Inilah hebatnya manusia sekiranya benar di atas landasan-Nya.

Tetapi,
Janganlah kerana anda tidak bersedih, anda tidak mengetahui apakah itu tangisan. Menangislah, kerana ia adalah suatu rawatan hati dan menghilangkan tekanan dalam diri.
Tangisan bukanlah hanya untuk kesedihan. Banyak lagi tangisan yang mendatangkan pelbagai persoalan dan jawapan. Malah, tangisan jua yang menyelamatkan anda dari azabNya di sana.

Ada orang menangis kerana sakit.
Ada orang menangis kerana gembira.
Ada orang menangis kerana takut kepada Tuhan.
Ada orang menangis kerana suatu kerinduan.
Ada orang menangis kerana suatu pengharapan kepada Allah s.w.t.

Berhentilah berfikir untuk lemah diri. Mari, terus mengorak langkah maju untuk mencari kegembiraan dan redha Ilahi.

Betulkah “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”?

“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

******************

Atau saintifiknya...

'Menurut pakar Biokimia dari Sant Pholl Medical Centre, Dr. William Freg yang mengkaji tentang air mata selama hampir 15 tahun menyatakan bahawa menangis memberikan manfaat dari segi psikologi, fisiologi dan juga spiritual. Beliau telah menyenaraikan sebanyak 7 sebab perlunya manusia menangis hasil daripada kajian yang dilakukan :
1. Air mata membantu manusia melihat.
Air yang keluar dari mata kita sebenarnya membantu kita melihat dengan lebih jelas. Ia bukan sekadar bertindak sebagai pelincir kepada biji mata dan juga kelopak mata, tetapi juga berfungsi untuk mengelakkan mata menjadi kering. Jika pelincir ini tidak wujud, mustahil kita dapat melihat. Dalam jangka masa yang singkat, air mata sekali gus dapat mengubah dan memberi kesan yang berbeza bergantung kepada individu. Jadi, biarkan air mata membasahi kornea mata kita agar kita dapat melihat dengan sempurna.

2. Air mata membunuh bakteria.
Kita sepatutnya bersyukur dan rasa bertuah kerana mempunyai air mata. Kerana kita sudah tidak memerlukan peluntur atau pembasmi kuman untuk mata kita. Sebab, air mata mengandungi anti-bakteria dan juga anti-virus semulajadi yang bertindak sebagai pembasmi kuman yang masuk ke dalam mata dari persekitaran secara sengaja atau pun tidak. Ia juga mempunyai sejenis enzim yang dapat membunuh bakteria sehingga 95% dalam masa kurang daripada 10 minit. Tak sure pulak aku enzim apa yang dalam mata kita ni. Actually, bukan tak sure, memang tak tahu. ;P

3. Air mata menyingkirkan toksik bersamanya.
Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa air mata emosi yang mengalir kerana kesedihan dan tekanan mengandungi banyak toksik berbanding air mata yang disebabkan oleh gangguan benda asing misalnya ketika kita mengupas bawang. Tak tahu lah kot-kot korang tak pernah kupas bawang kan. Persoalannya sekarang, adakah air mata itu toksik? Tidak sama sekali ye kawan-kawan! Air mata sebenarnya berfungsi untuk menyingkirkan toksik dari badan yang terhasil kerana stress. Air mata ni kira macam terapi semulajadi atau sesi urutan untuk mengeluarkan toksik tetapi dengan kos yang paling murah tanpa perlu mengeluarkan cash dari atm pon!

4. Menangis boleh menaikkan mood.
Anda tahu berapa tahap Manganese (Mn) dalam badan anda? Aku pon tak tahu! Tapi kita sangat bertuahlah kalau-kalau jumlahnya adalah rendah kerana terlalu banyak terdedah kepada manganese boleh menyebabkan kebimbangan, gemuruh, cepat marah, agresif dan juga semua perasaan gembira akan lenyap. Dengan menangis boleh mengurangkan tahap manganese dalam badan sama seperti membuang toksik dari badan. Air mata mengandungi 24% protein albumin yang boleh menjadi mengangkut kepada molekul yang lebih kecil. Inilah yang dilakukan oleh air mata ketika menangis kerana sedih. Jadi, kalau korang mengalami simptom-simptom yang di atas, banyak kanlah menangis supaya manganese dalam badan dapat dikurangkan. hehe.

5. Menangis boleh mengurangkan stress.
Air mata sama seperti peluh yang keluar semasa bersenamrobik, tak pon berjoging keliling kompleks sukan. Paling koman pon sidai baju kat luar rumah. Ia membuang sebahagian bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kerana stress. Hormon yang terlebih dikeluarkan seperti endorphine luecine dan prolactine kerana kalenjar pituitari terganggu telah memberi kesan kepada mood dan mengawal stress. Oleh itu dengan menangis ternyata dapat menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan yang dihasilkan oleh badan tanpa perlu bersenamrobik lagi.

6. Air mata mengukuhkan hubungan.
Menangis bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga dapat mengeratkan hubungan. Apabila melihat orang lain menangis, secara tidak langsung kita akan merasa simpati dan akan cuba untuk membantu dan memujuk. Walaupun tidak mampu untuk mengurangkan masalah tetapi sekadar menjadi pendengar sudah mampu untuk meringankan beban yang sedang dipikul. Tapi jangan pula jadikan menangis sebagai alasan untuk menagih simpati! Sesi pujuk-memujuk akan berlaku sekali gus akan membahagiakan kedua pihak dan rasa dihargai. ;)

7. Air mata membebaskan perasaan.
Sehebat mana dugaan yang dilalui dan malang silih berganti. Namun, air mata adalah pilihan yang terbaik untuk meluahkan perasan. Kadang kala perasaan itu bersarang di dalam hati, terbuku dan tidak dapat diluahkan. Menangislah kerana ia mampu untuk melegakan emosi dan melepaskan semuanya kerana ia baik untuk sistem saraf dan jantung.'
Sharing is caring :)... be with me... guide me because I'm just a normal human being and not an angel...



Saturday, July 25, 2015

(RG) - Inspirasi Jiwa - Thanks Abang

Assalamualaikum friends.

Bila bercakap about INSPIRASI JIWA.. selalunya kita akan terbayangkan inspirasi yang dari berlainan jantina. Sumber inspirasi kepada perempuan adalah lelaki, dan lelaki pula adalah perempuan. Tetapi kadang-kadang kita lupa.. sumber inspirasi jiwa yang utama adalah Allah, ibu bapa kita, ahli keluarga dan kawan-kawan.

Tetapi di sini saya cuma nak zoom kan or boleh dikatakan saya ambil salah satu inspirasi iaitu, lelaki adalah inspirasi kepada wanita. Cukup buat masa ini saya cuma kupaskan inspirasi yang satu ini, iaitu wanita dan lelaki. Kalau kita nak bercakap about inspirasi kita yang paling utama iaitu ALLAH, IBU BAPA dan rakan-rakan yang lain, akan mengambil masa yang panjang. Mungkin saya akan menulis di hari lain about this...

Ok... Jom kita sembang about Lelaki Itu Sumber Inspirasi Jiwa Kepada Wanita :)

If menurut pemahaman saya... inspirasi adalah kata lain dari ilham, Sedangkan kata ilham sendiri memiliki tiga erti:

1. petunjuk Allah yg timbul di hati
2. fikiran (angan-angan) yang timbul dari hati,bisikan hati
3. sesuatu yg menggerakkan hati untuk mencipta

Hahaha... kalau anda tanya saya about siapa lelaki yang menjadi sumber inspirasi saya... hemmmm... oh yeah! I have the answer. Definitely I am sure having that. But.. enough if I say... He's a man that InshaaAllah cukup syarat menjadi teman hati saya. Saya respect and sayang dia.. Dia juga banyak membimbing saya. Thanks "U".. yup! "U" lah :). Yes.. my abang.. always be with me susah dan senang. Love U always. .

Ya.. mungkin kebanyakan wanita akan melihat ciri-ciri berikut ke atas seorang lelaki untuk menjadikan lelaki ini teman hidupnya atau boleh dikatakan untuk menjadi sumber inspirasi kepada wanita :)

Selain faktor lelaki yang beriman dan beramal soleh, pasti ada beberapa kriteria lain yang di cari-cari setiap wanita.

Berkerjaya tetap

Kerjaya lelaki adalah asas utama wanita memilih anda. Lebih tinggi kerjaya, pendapatan dan masa depan yang konsisten, lebih bernilai anda di mata wanita. Jangan cepat mengalah jika tidak mendapat pendapatan tinggi sebaliknya usahakan segala kudrat kerana anda sememangnya dilahirkan sebagai khalifah untuk memimpin wanita.

Berfikiran matang

Wanita tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran terbaik saat mereka memerlukan anda. Dalam hal ini anda harus matang, bermakna anda perlu mempunyai pengetahuan luas khususnya dalam perkara membuat suatu keputusan. Sikap keanak-anakan juga boleh dikategorikan sebagai tidak matang, apalagi kerana hal yang kecil diperbesarkan.


Mampu selesaikan pelbagai masalah

Masalah memang menyerabutkan fikiran tetapi lelaki berkualiti mampu menyelesaikan dan mendepani masalah dan menanganinya dengan sangat bijak. Lari daripada masalah bukan cara penyelesaian, sebaliknya bagaimana anda menanganinya membuatkan kualiti anda di mata wanita sangat tinggi. Amat bersesuaian kerana lelaki dilabel sebagai nakhoda dalam rumahtangga.

Urus masa dengan baik

Ramai lelaki tidak mampu mengurus masanya sendiri. Banyak masa dibuang begitu sahaja dengan melepak, borak kosong, mengganggu di jalanan dan sebagainya. Aktiviti merempit adalah lambang seorang lelaki yang suka membuang masa. Ia adalah satu tindakan kurang bijak. Agar anda dilihat berkualiti di mata wanita, maka sikap dan perlakuan ini perlulah dibuang jauh.

Setia

Anda mungkin sering mendengar lelaki golongan yang sukar setia dan bermata keranjang. Namun untuk memilih yang terbaik dalam hidup, seterusnya masa depan anda yang masih panjang (perkahwinan, anak-anak dan hari tua), kesetiaan amat perlu. Tiada wanita yang sukakan hidup bermadu dengan berkongsi suami. Banyak rumah tangga runtuh dan puncanya kerana lelaki tidak setia pada pasangan.

Tidak ganas

Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun memukul wanita adalah perkara yang tidak boleh anda lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke tubuh, alamatnya hubungan anda tidak akan kekal lama, kerana sekali akan ada dua dan seterusnya perlakuan ganas itu. Maka belajarnya menjadi seorang yang penyabar.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.

Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.

Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

11. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.

Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

12. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

13. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

14. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

15. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

16. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.

Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

17. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda....


Kebahagiaanmu... sumber inspirasiku :). Saya sayang awak juga... teman hati saya.. You are MY SOUL OF INSPIRATION.... THANKS ABANG FOR ALL THE SUPPORT YOU HAVE GIVEN TO ME


Sunday, May 31, 2015

(RG) - Mr Right & Mr Cool

Afternoon..

Miss Always Right
I let weights be my stress reliever.  Hari-hari paksa diri pergi gym ok. Saya tak mampu nak dekati awak selalu. Saya terlalu sibuk sampai tak mampu nak keluar dan habiskan masa mengenali awak lebih lagi. Saya juga tak pandai susun kata manis untuk buat awak terpesona pada saya. Pergilah main jauh-jauh sikit. Ruang ni sempit kalau awak nak tumpang berdiri dekat sini.

Mr. Right
My typical gentleman attitude can't let the woman pays. The rule of thumb for me is that I always have to make some kind of a contribution to the bill because I want to dominate female in all spheres of life, whereby I never want a woman to feel that she is being used or abused.

Miss Always Right
So cheesy. Manis bergula batu. Try that with someone else. Dengan saya tak jalanlah. By the way.. best trying and well mentioned. Terima kasih.

Mr Right
I eat my own words. Lust can lead to love. Lust starts with chemistry.  Kerana chemistry, saya hilang kawalan. Betul cakap awak... lust is not love.

Miss Always Right
I am glad awak dah sedar. Semoga awak sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

**************
Mr Cool
Hey you... I dah letak satu envelope di atas meja you. Tajuk envelope tu "Proposal Cinta Selamanya". Baca tau. Kalau tak faham, nanti call or message tanya I ok. Jangan lupa sediakan dictionary. Itu semua kata-kata I karang sendiri untuk you.

Miss Always Right
Oh! What? Hemmm.. ok ok. Something different.  I would love to take a look. I rasa macam nak bagi peluang je Mr Cool :) ahakssss!

Haaa... now he is with me :) love U abang..

**************



Wednesday, May 20, 2015

(WD) - Sesuci & Seteguh Kasih Dandelion

Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang masih belum tau apa itu bunga dandelion. Kalaupun tahu pasti ramai juga yang mengabaikan keberadaan bunga yang satu itu kan?

Bunga Dandelion adalah sebahagian dari jenis Taraxacum dari family Asteraceae. Biasa disebut juga dengan bunga Randa Tapak. Nama Randa Tapak sendiri biasa digunakan untuk merujuk kepada sebuah tumbuhan yang memiliki "bunga" yang memiliki "bunga-bunga" kecil yang terbang ditiup angin. Asal asli dari tumbuhan ini adalah Eropah dan Asia, namun sudah tersebar kecantikan dan keunikannya ke merata tempat. Tempat tumbuhnya berada dimana saja, bergantung pada angin yang membawanya. Tanaman Dandelion tidak bercabang. Jadi, dalam satu batang hanya ada satu bunga.  Sangat unik bukan. Hanya ada satu bunga di atas satu batang... seperti memiliki yang tidak berkongsi dengan kelopak lain. Bunga dandelion itu sebenarnya berwarna putih dan kuning juga. Putik-putik putih yang biasa kita tiup kemudian terbang disebut parachute ball. Itu sebenarnya adalah biji benih bunga dandelion. Sangat indah... tiada sempadan. Parachute ball ini berterbangan tiada sempadan dan terbang tinggi tanpa rasa takut di telan badai atau bercerai kelopak di landa badai. Bila di atas sana... tinggi melangit, tiada riak, tiada sombong... masih mengekalkan ciri-ciri kelembutan.
Saat hembusan alam mulai datang, putik-putik putih dandelion tertawa riang merayakan kebebasan mereka. Bersiap menentang angin yang luas, menjelajah samudra sambil menari-nari dengan riang. Hingga akhirnya mereka sampai ditempat baru yang mereka singgahi. Untuk memberikan kehidupan yang baru.  Ditengah semerbak persaingan para bunga mengeluarkan aroma wanginya dan kemilau warna-warni kelopaknya yang membelai mata, munculah para dandelion dengan segala kesederhanaannya di semak dan perdu liar.

Dandelion tidak keberatan jika teman-teman mereka yang lain diambil dan ditaruh di jambangan-jambangan mahal seperti si alvinda mawar yang elegan itu. Mereka tidak mau menukar kebebasan mereka, tarian angin mereka, atau bahkan takdir hidup yang menggariskan mereka untuk mencari segala sesuatunya dari alam sendirian, kerana sampai detik ini pun, mana ada manusia bodoh yang akan memberi mereka pupuk, vitamin, atau racun perosak yang baik untuk tumbuh kembang mereka, melainkan mereka harus mencari itu semua langsung dari alam - sendirian. Mereka tidak akan mahu menukar itu semua dengan menghabiskan sisa hidup mereka di jambangan mahal sekalipun.
Mereka menikmati ke mana angin berhembus walaupun mereka tidak tahu kemana mereka akan dibawa pergi. Dan ketika mereka mendarat di tanah, mereka akan menjadi pioneer bak seorang proclaimator yang mempelopori sukses di dalam kehidupan, mereka akan membentuk colony baru di sana, dan terbukti mereka mempunyai mental baja kerana mereka dapat beradaptasi di condition yang extreme sekalipun.
Dandelion terus terbang tinggi walaupun betapa parahnya keadaan angin yang membawanya. sifat dandelion ini memberikan satu makna bagi kehidupan iaitu berusahalah terus mengejar cita cita setinggi yang kita semua inginkan walaupun banyak halang rintangan yang mendera.

Jadilah sesuci dan seteguh kasih Dandelion :)


Ruang perkongsian Bagi Hati Yang Bersih :-

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapislapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (An-Nur :35).

Hati adalah tempat ilmu pengetahuan; melalui hati, seseorang dapat mengenal Tuhannya, dan dengannya pula ia dapat mengenal nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya, serta dengan hati pulalah ia dapat menghayati ayat-ayat syar’iyah Allah subhanahu wata’aala sebagaimana Dia firmankan,
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Alquran ataukah hati mereka terkunci?” (Muhammad: 24).

Maksudnya, hatinya terkunci hingga tidak dapat memperhatikan dan merenungkannya. Dan dengan hati pulalah seseorang dapat merenungkan ayat-ayat kauniyah, yaitu ciptaan Allah yang ada di jagad raya ini dan yang ada di dalam jiwa. Allah subhanahu wata’aala berfirman,
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Al-Hajj: 46).

Melalui ayat ini Allah menjelaskan bahwa yang menjadi sandaran di dalam mengambil pelajaran terhadap ayat-ayat kauniyah Allah di jagat raya dan di jiwa adalah kecerdasan dan kesadaran hati. Dan hal lain yang menekankan pentingnya menjaga hati adalah bahwasanya hati merupakan kendaraan yang dengannya seseorang dapat menempuh perjalanan menuju akhirat, karena sesungguhnya perjalanan menuju Allah subhanahu wata’aala adalah perjalan hati, bukan perjalanan jasad.

Last but not least... terima kasih kepada Dandelion saya yang sentiasa beri semangat dan tunjuk ajar kepada saya. Walaupun lautan manusia melabelkan kamu dgn berbagai2 nama.. namun dihatiku kamu hanya mempunyai satu nama. Sayang kamu abang.
Terima kasih semua...



Tuesday, April 21, 2015

(RG) - Lelaki Sedingin Dia

Assalamualaikum...

Jangan terkejut baca tajuk tu. Title je sama dengan novel Syah Shah tapi isi dalam lain. Saya memang suka baca si Fawwaz dalam Lelaki Sedingin Dia ni.. Fawwaz Hakim. Oh... he is really different :). But di sini... kita cerita about general terms of lelaki sedingin dia ok. Tak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Kadang-kadang mungkin ada dari segelintir kita yang merasa pelik, kenapa kita terjumpa lelaki yang bagi kita tiada perasaan simpati, kasih sayang atau cinta kepada perempuan. Ooopppss! Jangan salah sangka ya. Mereka ini buka lelaki tiruan.. tetapi lelaki yang betul-betul lelaki dan tidak ada yang terpesong pun attitude nya di sisi Islam. Tetapi mereka ni kita boleh category kan sebagai "lelaki yang selamba... or lelaki yang malas nak fikir benda-benda remeh-temeh... or lelaki yang tak ada masa nak bergossip... or lelaki yang sebenarnya.. hanya mereka saja tahu apa ada dalam hati mereka dan tidak ditunjukkan terhadap kita.

Mereka ini bukan tiada perasaan kasih sayang tetapi kadang-kadang terlampau cool sampai perempuan pun tak faham perangai mereka. Contohnya... perempuan akan berfikir.. "betul ke dia suka aku ni? macam tak je.. tapi kadang-kadang macam ambil berat". Sememangnya kita tak boleh nak baca isi hati lelaki ini dan juga tidak dapat faham body language or their actions. Because of this lah kadang-kadang perempuan akan melabelkan lelaki-lelaki ini "Lelaki Dingin... Macam Salju... or... favorite words.. --> Stone Cold.

Adakah perempuan berasa derita or sakit hati jika berkenalan dan berkawan dengan lelaki-lelaki sebegini? Hahaha... Well, that question, you have to ask yourself. Because everyone of us.. we have a different criteria for a man that we wanted to spend time with or to be friend with. I have my own reasons to be with this type of man. Saya senang dengan mereka ini kerana kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini adalah lahir dari hati mereka. Dan bukan kata-kata yang direka untuk menyenangkan hati perempuan. Mungkin kita perempuan akan berkecil hati dengan kata-kata mereka. Tetapi itulah sebenarnya yang perlu kita dengar untuk kebaikan kita or untuk kita improve diri kita yang banyak kekurangan ini. Well... I choose to be with them.. this type of man. Well... jom kita jenguk sikit points-points yang mungkin ada related to "Lelaki Sedingin Dia" :)

Bagi perempuan, jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri. Tetapi juga, bagi perempuan... adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini mereka pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Tetapi..
Bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan mereka menganggap si dia adalah ONLY ONE.. Maka, sudah tiba masanya untuk mereka meluahkan perasaan mereka terhadap lelaki. Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Mereka mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati mereka terhadap lelaki dengan harapan cinta mereka dibalas. Cuba teka kemungkinan... jika mereka ini menyatakan rasa hati kepada "Lelaki Yang Dingin"... kemungkinan kejadian lain akan terjadi. Bukan bermakna lelaki ini tidak suka mereka cuma mungkin ada faktor-faktor yang boleh melambatkan penerimaan rasa hati kepada perempuan ini :)


1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional

Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”. Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).  Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.  Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.


2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!

Betul – ada kemungkinan! Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini. Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.  Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.

Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.
Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud. Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.

Tragedi Bermula!
Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku. Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.

Adakah anda (perempuan) pernah mendengar perkataan-perkataan yang berbunyi begini?.. Jika ada, selidik dulu kenapa mereka (lelaki) menjadi SEDINGIN ini hingga kadang-kadang terlepas kata-kata sebegini dari mulut mereka walaupun mungkin mereka tidak pernah memaksudkannya :)
“Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku."
“Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!”

Sampai bila hati kering seorang lelaki boleh bertahan dengan pesona yang ada pada seorang perempuan? Mampukah seorang perempuan mencairkan hati dingin seorang lelaki?


SEORANG LELAKI YANG CINTAKAN KITA VS AMBIL BERAT TERHADAP KITA

Saya juga ingin berkongsi di sini apa bezanya seorang lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan vs seorang lelaki yang ambil berat terhadap perempuan?

Secara asasnya, bila ada cinta, hati akan ada satu debaran yang lain macam. Itu tak boleh diungkap dengan kata kata, kita kena rasa sendiri. Apabila seseorang itu mengambil berat cuma sebagai kawan saja dengan kita, lain pula perasaanya. Yang penting di sini, jangan mudah perasan! Jika cinta wujud, pastinya akan ada perasaan yang ketara timbul di antara kita berdua. Jika hanya kawan, tiada perasaan istimewa yang muncul.

Dalam proses mengenali seseorang, kita akan berjumpa dengan ramai orang dengan bermacam ragam. Ada di antaranya, kita akan berkenalan dengan seseorang yang nampak sangat sempurna peribadi dari luarannya. Dia nampak seolah-olah berminat dengan kita. Dia melayan kita dengan baik, dia suka bergurau mesra dengan kita dan pendek kata kita gembira bersamanya.

Tunggu dulu, jangan jatuh hati dulu. Selagi seseorang itu belum melafazkan secara jelas kata-kata cinta terhadap kita, jangan mudah buat kesimpulan awal. Nanti diri sendiri yang malu. Ini kerana memang ada jenis individu yang mudah ambil berat terhadap kawan-kawan dan mudah mesra. Jadi jangan terkeliru.

Antara cinta dan ambil berat, kadang-kala sempadannya sangat nipis. Ini kerana ada yang mengatakan, cinta ada cinta pasti wujud sifat ambil berat itu. Dan juga dari sifat ambil beratlah juga akan timbul cinta. Jadi di sini, untuk mengelakkan kekecewaan jika orang yang kita sangka meminati kita rupanya sekadar ambil berat sebagai kawan sahaja, jangan mudah jatuh hati dulu. Mungkin saja rakan kita yang suka ambil berat tentang kitaitu dah ada pasangan? Sebab tu kadang-kadang dia menunjukkan sikap DINGIN nya kepada kita...

Ada nasihat yang mengatakan, kalau nak buat baik dengan seseorang, berpada-padalah, jangan sampai orang lain salah faham atau kita sendiri yang salah faham. Kerana soal hati dan perasaan ini adalah perkara yang sangat sulit. Bila sudah jatuh hati susah akibatnya nanti. Oh well.... :) peringatan untuk saya sendiri jugakan :)

Berkawan ada dua jenis, satu yang kawan sampai mati dan kedua, yang berkawan kerana niat hendak ‘mengusha’. Tidak kira lelaki atau perempuan, jika dia menganggap seseorang itu sahabat baik sehidup sematinya, sampai bila bila lah perasaan cinta tidak akan muncul. Orang kata “tak ada feel”.

Berkawan jenis lagi satu pula adalah berkawan untuk berkenalan mana tahu nanti boleh dijadikan pasangan. Di sini juga ada kes yang berlaku di mana sahabat baik sendiri telah jatuh cinta terhadap rakannya. Banyak berlaku sebenarnya. Ini adalah kerana apa? Kerana sikap ambil berat. Kita mungkin tidak tahu ada tingkah laku kita secara tidak sengaja telah membuatkan sahabat baik kita sendiri jatuh cinta pada kita.

Apa-apapun... jangan takut untuk berkawan dengan "Lelaki Sedingin Dia" kerana mereka ini juga hanyalah manusia biasa dan seorang lelaki yang ada perasaan... cuma bezanya mereka ini pandai dalam menyembunyikan perasaan mereka. Wallahualam :).

Bye....



Thursday, April 16, 2015

(WD) - Cinta Yang Melenakan


CINTA...
Bila bercakap about cinta... ada yang menyatakan it is kasih sayang yang sangat sukar ditafsirkan yang diberi nama cinta. Or ada yang kata.... cinta kadang-kadang berlandaskan nafsu. Betulkah? Hanya anda yang dapat memberi jawapan. I leave it to all of you ok :)

Mungkin begitu indah bagi seseorang.... boleh membawa dirinya melayang-layang kerana bahagia... tapi juga boleh membuat seseorang terasa hampa kerana derita cinta...

CINTA...
tiada habis kata untuk melukiskan cinta...selama cinta hadir dihati...hidup menjadi bererti... semua kerana CINTA...untuk CINTA...dan demi CINTA... Sememangnya adakah itu dikatakan "Cinta Yang Melenakan"? Lembut menenangkan hasrat jiwa yang melayang.... Tenang setenang mata air pergunungan kasih... Mengalir dengan alirnyanya tiada rintangan... Hingga sampai ke hulu tepian dermaga hati.... Begitulah datangnya hembusan cinta yang melenakan.... Singgah dengan damainya tiada pemberitahuan... Masuk tanpa sengaja dan tiada terduga...

Ada yang mengatakan, cinta itu mengasyikkan sehingga ada orang akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar. Cinta adalah anugerah dari Ilahi yang begitu magis dan mengasyikkan. Lahirnya seorang manusia adalah kerana jalinan cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Tiada yang dapat menyangkal kehadiran cinta dalam setiap jiwa insani.

Kata pujangga:
Cinta yang hakiki ialah keserasian, dan seluas mana kebebasan yang kamu kecapi ketika hidup bersama kekasih anda. Ia bukanlah satu penjara atau kokongan tetapi adalah ikatan yang wujud dengan sendiri tanpa kita rasa secara langsung. Cinta agung diumpamakan oksigen di udara, yang kamu tidak mampu hidup tanpanya tapi pada masa yang sama kamu tidak sedar dan tidak berusaha untuk terus bernafas, ia mekanisme yang tergerak dengan sendiri secara natural selagi jantung masih bernyawa.

Sesungguhnya cinta itu fitrah insan. Cinta datang dan pergi silih berganti, cinta baru yang pasti berbeda darjatnya daripada cinta yang lalu. Persoalannya, apa yang anda sanggup korbankan demi cinta itu? Apakah yang akan berlaku apabila cinta membunuh cinta.


Well... Kak Hani Fazuha has coming out with a new Limited Edition Novel :

SELIMUT MALAM - Cinta Yang Melenakan...
Jom kita baca sikit sedutan dr Selimut Malam... try to understand what is that meant?

Blurb :
Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka, dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang. Tapi, ada yang Haidar tidak tahu, kenapa dia sanggup lakukan begitu. “Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.” Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara. “I tahu you tak pernah sayang I. Tapi...” Liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri. “Cara you ‘buang’ I ni, buat I rasa terhina.” “I tahu you kuat.” Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi si isteri. Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang. "Maksudnya, you dah puas dengan I?" Suara Dania hampir tidak terkeluar. Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman. Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah ada aturan lain dari yang Esa?


Tuesday, April 14, 2015

(RG) - Crack Hatiku

Hemmmm.... :) Tajuk post pun dah pening. Bercampur aduk. Saya dapat perkataan ni bila ada kawan post dekat FB hp dia crack on the screen.. So.. suddenly this title came across my mind hahaha... I will suggest one of the writers to think either this title suitable for any of their future novels or not. Will see... Nanti saya sembang-sembang dengan they all untuk project baru kita nanti.

Anyways,  jom kita cerita perihal "Crack" Hatiku ni. Apa lagi... kalau tak ada kaitan dengan cinta, hati dan perasaan memang tak sah kan? Tapi.. jangan nak tipu ye. Ramai orang suka baca novel-novel cinta ni.. but as usual, I tak tulis novel but my ideas and some of the words.. I passed over to the writers to be used. Dan you all memang takkan tahu pun "Nama" yang saya gunakan dalam tu :)

Well... well... well... senyum sikit kawan-kawan. Kenapa ni? Apa yang dah buat hati kawan-kawan or may be hati saya sendiri "Crack"?.


TAK PAYAH NAK CRACK SANGATLAH HATI TU  KALAU.....

Kita Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

I Terima You, You Terima I Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


Memahami Diri Sendiri

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
OR... Kalau tak nak "Crack" berderai-derai... Don't live in Denial Stage...
Soalan penting kali ini adalah…
“Adakah anda menipu diri anda sendiri dan hidup dalam penafian KERANA CINTA?”
Hidup dalam penafian – Bermaksud apabila kita benar-benar cinta dan sayang pasangan kita sekian lama tetapi setiap kali itu juga kita yang memberi alasan untuk dia, dengan MENAFIKAN kecurangan, penipuan serta kejahatannya selama ini.
It’s livin’ in denial – Something yang tanpa disedari, ramai melakukannya apabila kita benar-benar cintakan seseorang…dan HANYA kerana cinta, kita ‘backing’ atau siap tolong ‘cover’ lagi untuk dia pulak, akibatnya?
  • So, adakah anda seumpama itu? Adakah anda suka menafikan untuk pasangan anda? Adakah anda suka memberi alasan untuk dia dan tidak mahu menerima yang pasangan anda itu PENUH TIPU DAYA? ----->>> Kalau Tak Nak Crack Hati Sendiri.. Fikir-fikirkanlah :)


JOM... kita tengok apa kata "BROTHER LOVE"... not me ye.. coz I'm not a "DOKTOR CINTA".... the "Brother Love" yes.. he is the one :) Happy Reading Guys!.... Oh!... Please don't crack your heart after reading this. 1 Love from Me... Peace my friends. Luv All of You...


Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… Are you IN DENIAL?

1. Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda dapat rasakan segala-galanya hambar sangat, tiada kemesraan, tiada lagi seperti dulu-dulu, TETAPI anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan bertahun-tahun kita bersusah payah bersama selama ni!”

2. Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa” - Tapi, dia ada masa pula berjumpa dengan kawan-kawannya ;)…you’re in denial!

3. Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” – :Dselalu bersama?

4. Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri.”hehe :lol:

5. Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, siap tunjuk gambar dia bersama orang lain keluar bersama, dan anda sendiri dapat rasakan seperti ada orang lain, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah! Tak mungkin! Tak mungkin”

6. Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” :D definitely in denial for sure!

7. Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasngan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”

8. Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, dia ada tapi macam tak ada, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”

9. Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir, “Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”

10. Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama orang lain pula, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama, “Dia janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really?

YOU’RE DEFINITELY IN DENIAL …you sedar dan tahu you ditipu dan diperdaya tetapi you pula tak nak terima, malah menipu diri sendiri pula. ;)…beb, if you berada dalam salah satu situasi ini – 10 tanda-tanda ini, for sure you hidup dalam penafian yang amat kritikal sehinggakan boleh memusnahkan diri sendiri!
YES…kita kena fikir positif, fikir there’s a light at the end of the tunnel…tetapi kalau dah terang-terang nampak tu, janganlah MENAFIKAN pula hehe :)…jangan hidup dalam penafian atau livin’ in denial, hanya kerana sayang, hanya kerana cinta, kerana nanti you juga yang akan rugi dan at LOST!
Mungkin anda fikir dengan memberi alasan untuk dia dan cover keburukan dia, tutup jahat dia, ianya akan memanjangkan perhubungan anda dan mengekalkan percintaan itu? Nooo…perbuatan anda itu hanya mengakibatkan, anda memanjangkan lagi kesengsaraan yang sudah lama anda alami. Anda akan terus hidup menderita kerana anda tahu dia hanya penipu besar!









(WD) - Setiap Detik Nafasku

Hidup seperti sebuah novel. Fantasi, namun realitinya amat memeritkan. Dalam reda, ada derita. Dalam senyuman, ada tangisan yang cuba disembunyikan. Dalam rajuk, pergi membawa diri.  Di sana... suatu tempat yang asing, kita ditemukan. Bila dua jiwa yang terluka bersama, kita faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Namun, bukan cinta namanya bila tidak diduga. Kekalutan bermula apabila ada yang berdendam di suatu kala dulu dalam kehidupan masing-masing, ada yang dengki tanpa simpati, ada yang fitnah tanpa rasa bersalah. Bagi kita... di sini bermula kisah kita. Sesuatu berlaku menyebabkan haluan kita bertemua. Paksi bumi dan parameter kita berkait dimensi, tetapi jodoh kita tiada. Betulkah? Atau itu kata-kata dari segelintir manusia di luar sana yang bertepuk sorak jika itu terjadi. Hidup kita rangkaian perjuangan . Jangan ada yang menyerah dan menganggap perjuangan hidup adalah sia-sia.

"Tujuh tahun Dzar Thalha terperangkap dalam dendam dan air mata. Niat untuk menuntut bela memakan diri apabila dia menjadi mangsa. Dia tidak mampu berbuat apa lagi, bila tangan sudah digari. Dia terjerat dalam tirai besi. Dendam itulah yang menjadikan dia lelaki sebenar. Kerana dendam, dia bangkit daripada kekalahan. Namun siapa sangka, kerana dendam, dia menemui sesuatu yang lebih indah. Cinta dan harapan. Azra Qairina mencuit hatinya. Namun hidup gadis itu amat memeritkan. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Bila dua jiwa yang terluka bersama, mereka faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata apabila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Lantaran itu hubungan mereka diuji apabila dendam masa silam mula menjelma."

Tiada apa yang pelik jika kau atau aku merasai perasaan yang sama. Cinta itu tidak boleh dipegang tetapi boleh dirasa dan boleh diucapkan. Cukup dengan mengambil berat dan tunjuk rasa kasih sayang yang tidak perlu diucapkan kerana setiap nafasku ada nama kamu. Nama yang dituturkan oleh nafasku ke udara di sekeliling kita. Udara yang sama yang kita bernafas setiap masa. Sudah lama tidak kurasa begini. Rasa sempurna dan puas dengan apa yang dimiliki dengan izin Allah. I sayang you....... kita tidak akan bosan mengucapkan kata-kata itu antara satu sama lain jika itu yang kita maksudkan. Kasih sayang kerana Allah. Kawallah rindu dengan doa. Kawallah cemburu dengan bersangkan baik. Kawallah kemarahan dengan wudhuk. Kawallah nafsu dengan iman. InshaaAllah hubungan kita akan diberkati.

Aku mahu ada
Di dalam hati
Dan batinmu
Kerana Allah

Bunga tak bererti tanpa keharuman
Matahari tak berguna tanpa kehangatan
Udara tak bererti tanpa kesejukan
Malam kurang lengkap tanpa senyumanmu
Dan...... SETIAP DETIK NAFASKU tidak lengkap TANPA NAMAMU

Sepi bukan bererti hilang
Diam bukan bererti lupa
Jauh bukan bererti putus
Sedih bukan bererti selesai

Selagi awan membiru
Masih ada masa untuk bertemu
Selagi bintang berkerlipan
Masih ada masa untuk berjalan
Selagi ombak bergelora
Masih ada masa untuk bahagia

Terima kasih kerana hadir di dalam setiap detik nafasku..... Sayang Kamu.





(RG & WD) - Kehidupan Aku, Kau dan Waktu

Assalamualaikum...

Kehidupan adalah sesuatu yang dihiasi dengan pelbagai warna yang boleh membuat hari-hari kita ceria dan juga carca marba. Kita juga boleh kata.... aneh. Ya.. aneh. Kehidupan yang sangat aneh berlaku kepada seseorang. Tetapi bila difikirkan semula, manusia hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang tentutkan. Buatlah strategy or any plan to set up your life, your career, your future and those related to that... tetapi tanpa izin yang satu, ia juga akan lari dari landasan strategy yang diaturkan oleh manusia yakni kita sendiri. Adakah sesebuah kehidupan itu indah atau ilusi? Pernahkah anda dengar seseorang sentiasa pesan kepada anda, "teruskan kehidupan no matter what... jangan pandang belakang.... apa yang awak lakukan dengan terus kehadapan adalah yang betul...". Adakah seseorang yang berkata begini hanya sekadar berkata atau mereka faham apa yang dimaksudkan oleh mereka? Especially kalau kata-kata itu keluar dari mulut seseorang yang kita sayangi, seseorang yang sangat penting di dalam kehidupan kita, and without him or her, kita tak mampu untuk berpijak atas kaki sendiri dalam mengharungi kehidupan seharian 100%. Ya.. mungkin kita boleh meneruskan kehidupan kita tanpa orang-orang yang disayangi atau orang-orang yang penting bagi diri kita, tetapi kita tahu dan perlu jujur pada diri kita sendiri bahawa tanpa mereka ini, kita sangat pincang.

Dalam masa beberapa bulan di tahun 2014, Subhanallah... banyaknya perkara yang telah berlaku samapi kadang-kadang akal saya tidak dapat mencerna yang mana reality or fantasy. Time running so fast and wait for no men.

"Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah kerana dipinjamkan sehari lagi bagi kita menghela nafas, mengerdipkan mata dan mengerakkan tubuh anggota. Diberikan kesempatan kita bersama orang tersayang.. Kerana esok tiada siapa yang tahu. Jangankan esok.. malam inipun kita tidak dapat mengetahui apakah yang akan terjadi. Jangankan malam ini..sebentar nanti pun kita tidak tahu apakah yang akan berlaku."

Tiba-tiba terpacul keluar barisan ayat yang diilhamkan oleh Allah bagi dikongsikan bersama anda semua. Dan tiba-tiba juga saya merasai satu perasaan yang sangat kuat kepada rakan-rakan yang telah lama tidak saya hubungi dan bercakap. Semua saya rindu. Tetapi kenapa saya rindu sangat dekat awak. Adakah itu perasaan yang betul-betul wujud dengan kasih sayang atau syaitan laknatullah yang bermain-main dengan perasaan saya.  Bila direnungkan kembali dan memberi ruang untuk hati dan fikiran saya kesempatan untuk berfikir dan merasa... YA, saya rindukan awak kerana Allah. I just can't forget you but... apa jua pun yang kita rasa, kita perlu mendahulukan kesabaran kita. Kesabaran itu laksana musim dingin yang tidak disukai manusia.  Tetapi setelah musim itu padahal tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
Betulkan... Rencana Allah itu lebih baik dari rencana manusia. Jadi tetaplah berdoa dan bersabar, hingga kita akan menemukan, ternyata Allah benar-benar memberikan yang terbaik. Walaupun apa yang diberikan kepada kita akan rasa sakit pada permulaannya tetapi itu adalah yang terbaik dari Allah untuk kita di masa itu dan di masa akan datang. Perancangan Allah untuk kita sudah tertulis.

"Sehari lagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita bermakna titk permulaan dari tarikh kelahiran yang ditinggalkan semakin jauh. Masa yang tersisa semakin singkat. Mari kita merenung diri.. sudah bersiapkah kita untuk menemui-Nya?"
"Happiness cannot be traveled to, owned, earned, worn or consumed. Happiness is the spiritual experience of living every minute with love, grace and attitude."
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan diredhai:-

Ya Allah, Ya Tuhanku
Dan tidaklah sesuatupun
dari makhluk-makhluk yang
bergerak di bumi melainkan
Allah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpian.
Semuanya itu tersurant
di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)
Amiin....

Kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya... hebatkan orang tu? Atau kita sebenarnya lagi hebat dari mereka. Kita akan mula berkata-kata di dalam hati bila kita rasa seseorang tu seperti memberi arahan kepada kita. Tetapi... kita tak realize pun bila di dalam kehidupan.... ada yang memberi arahan, ada yang menerima arahan.

Ada yang suka berkata begini... tetapi betul kah anda maksudkannya? Atau sekadar nak bagi sedap telinga orang yang mendengar?

"Er..saya bukan siapa-siapa. Orang biasa-biasa. Tiada pangkat, tiada darjat. Kudrat inipun hanya Allah pinjamkan sementara sahaja.. Maaf, jika kata-kata saya tiada manafaatnya dan mengambil masa awak."

Awak selalu berkata seperti itu bila berbicara dengan saya... tapi saya tetap tak pernah faham awak dan  saya juga tak pasti apa yang awak katakan dan lakukan adakah untuk saya? Untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk saya? Awak berkata-kata macam lagak seorang yang sangat hebat.. Tetapi hemmmmm.... memang awak hebat pun di mata saya. Tetapi kelakuan awak kadang-kadang sangat menguji kesabaran saya...

"Hebat sangatkah awak? Dan ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan menemui-Nya. Allah akan bertanya tentang tanggungjawab yang di sandang oleh kita. Barangkali..orang bawahan yang tiada pangkat serta darjat itu lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan kita. Jika apa yang mereka lakukan ikhlas...serta gentar dengan kemurkaan Allah.""Jadi...lakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah bukan kerana mereka. Kerana amanah Allah kepada kita.."

Astaghfirullah! Maafkan saya kerana terkasar bahasa. Saya memang sentiasa mengelak diri untuk di panggil berbicara. Barangkali Allah lebih mengetahui apa yang tidak saya ketahui apabila saya menyoal diri," Ya Allah..kenapa daku di sini?".... sesungguhnya... berterus-teranglah dengan saya. Jika awak mahu memimpin kehidupan saya ke arah yang lebih baik... saya dahulukan ucapan terima kasih.. Hanya Waktu yang mampu mengukur betapa saya perlukan awak di dalam kehidupan saya. Dan juga, kasih sayang saya kepada awak tidak melebihi kasih sayang saya kepada Allah.

Semoga awak faham apa yang saya maksudkan.

Yang buruk datangnya dari kekhilafan saya sendiri dan yang baik datang dari Allah.