Allah / God created women and men in a unique ways :) Because tersangat unik ni lah...saya gelarkan lelaki2 hebat ini sebagai Red Guitar dan perempuan2 anggun ini sebagai White Dandelion. Suka2 je tulis experience sendiri yang dilalui seharian dikalangan kawan2 lelaki dan perempuan :)... Selamat Membaca. TQ dan Maaf jika ada terkasar bahasa. xoxoxo... Peace!
Thursday, April 16, 2015
(WD) - Cinta Yang Melenakan
CINTA...
Bila bercakap about cinta... ada yang menyatakan it is kasih sayang yang sangat sukar ditafsirkan yang diberi nama cinta. Or ada yang kata.... cinta kadang-kadang berlandaskan nafsu. Betulkah? Hanya anda yang dapat memberi jawapan. I leave it to all of you ok :)
Mungkin begitu indah bagi seseorang.... boleh membawa dirinya melayang-layang kerana bahagia... tapi juga boleh membuat seseorang terasa hampa kerana derita cinta...
CINTA...
tiada habis kata untuk melukiskan cinta...selama cinta hadir dihati...hidup menjadi bererti... semua kerana CINTA...untuk CINTA...dan demi CINTA... Sememangnya adakah itu dikatakan "Cinta Yang Melenakan"? Lembut menenangkan hasrat jiwa yang melayang.... Tenang setenang mata air pergunungan kasih... Mengalir dengan alirnyanya tiada rintangan... Hingga sampai ke hulu tepian dermaga hati.... Begitulah datangnya hembusan cinta yang melenakan.... Singgah dengan damainya tiada pemberitahuan... Masuk tanpa sengaja dan tiada terduga...
Ada yang mengatakan, cinta itu mengasyikkan sehingga ada orang akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar. Cinta adalah anugerah dari Ilahi yang begitu magis dan mengasyikkan. Lahirnya seorang manusia adalah kerana jalinan cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Tiada yang dapat menyangkal kehadiran cinta dalam setiap jiwa insani.
Kata pujangga:
Cinta yang hakiki ialah keserasian, dan seluas mana kebebasan yang kamu kecapi ketika hidup bersama kekasih anda. Ia bukanlah satu penjara atau kokongan tetapi adalah ikatan yang wujud dengan sendiri tanpa kita rasa secara langsung. Cinta agung diumpamakan oksigen di udara, yang kamu tidak mampu hidup tanpanya tapi pada masa yang sama kamu tidak sedar dan tidak berusaha untuk terus bernafas, ia mekanisme yang tergerak dengan sendiri secara natural selagi jantung masih bernyawa.
Sesungguhnya cinta itu fitrah insan. Cinta datang dan pergi silih berganti, cinta baru yang pasti berbeda darjatnya daripada cinta yang lalu. Persoalannya, apa yang anda sanggup korbankan demi cinta itu? Apakah yang akan berlaku apabila cinta membunuh cinta.
Well... Kak Hani Fazuha has coming out with a new Limited Edition Novel :
SELIMUT MALAM - Cinta Yang Melenakan...
Jom kita baca sikit sedutan dr Selimut Malam... try to understand what is that meant?
Blurb :
Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka, dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang. Tapi, ada yang Haidar tidak tahu, kenapa dia sanggup lakukan begitu. “Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.” Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara. “I tahu you tak pernah sayang I. Tapi...” Liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri. “Cara you ‘buang’ I ni, buat I rasa terhina.” “I tahu you kuat.” Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi si isteri. Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang. "Maksudnya, you dah puas dengan I?" Suara Dania hampir tidak terkeluar. Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman. Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah ada aturan lain dari yang Esa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment