Tuesday, April 14, 2015

(RG) - Crack Hatiku

Hemmmm.... :) Tajuk post pun dah pening. Bercampur aduk. Saya dapat perkataan ni bila ada kawan post dekat FB hp dia crack on the screen.. So.. suddenly this title came across my mind hahaha... I will suggest one of the writers to think either this title suitable for any of their future novels or not. Will see... Nanti saya sembang-sembang dengan they all untuk project baru kita nanti.

Anyways,  jom kita cerita perihal "Crack" Hatiku ni. Apa lagi... kalau tak ada kaitan dengan cinta, hati dan perasaan memang tak sah kan? Tapi.. jangan nak tipu ye. Ramai orang suka baca novel-novel cinta ni.. but as usual, I tak tulis novel but my ideas and some of the words.. I passed over to the writers to be used. Dan you all memang takkan tahu pun "Nama" yang saya gunakan dalam tu :)

Well... well... well... senyum sikit kawan-kawan. Kenapa ni? Apa yang dah buat hati kawan-kawan or may be hati saya sendiri "Crack"?.


TAK PAYAH NAK CRACK SANGATLAH HATI TU  KALAU.....

Kita Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

I Terima You, You Terima I Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


Memahami Diri Sendiri

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
OR... Kalau tak nak "Crack" berderai-derai... Don't live in Denial Stage...
Soalan penting kali ini adalah…
“Adakah anda menipu diri anda sendiri dan hidup dalam penafian KERANA CINTA?”
Hidup dalam penafian – Bermaksud apabila kita benar-benar cinta dan sayang pasangan kita sekian lama tetapi setiap kali itu juga kita yang memberi alasan untuk dia, dengan MENAFIKAN kecurangan, penipuan serta kejahatannya selama ini.
It’s livin’ in denial – Something yang tanpa disedari, ramai melakukannya apabila kita benar-benar cintakan seseorang…dan HANYA kerana cinta, kita ‘backing’ atau siap tolong ‘cover’ lagi untuk dia pulak, akibatnya?
  • So, adakah anda seumpama itu? Adakah anda suka menafikan untuk pasangan anda? Adakah anda suka memberi alasan untuk dia dan tidak mahu menerima yang pasangan anda itu PENUH TIPU DAYA? ----->>> Kalau Tak Nak Crack Hati Sendiri.. Fikir-fikirkanlah :)


JOM... kita tengok apa kata "BROTHER LOVE"... not me ye.. coz I'm not a "DOKTOR CINTA".... the "Brother Love" yes.. he is the one :) Happy Reading Guys!.... Oh!... Please don't crack your heart after reading this. 1 Love from Me... Peace my friends. Luv All of You...


Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… Are you IN DENIAL?

1. Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda dapat rasakan segala-galanya hambar sangat, tiada kemesraan, tiada lagi seperti dulu-dulu, TETAPI anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan bertahun-tahun kita bersusah payah bersama selama ni!”

2. Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa” - Tapi, dia ada masa pula berjumpa dengan kawan-kawannya ;)…you’re in denial!

3. Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” – :Dselalu bersama?

4. Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri.”hehe :lol:

5. Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, siap tunjuk gambar dia bersama orang lain keluar bersama, dan anda sendiri dapat rasakan seperti ada orang lain, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah! Tak mungkin! Tak mungkin”

6. Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” :D definitely in denial for sure!

7. Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasngan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”

8. Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, dia ada tapi macam tak ada, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”

9. Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir, “Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”

10. Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama orang lain pula, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama, “Dia janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really?

YOU’RE DEFINITELY IN DENIAL …you sedar dan tahu you ditipu dan diperdaya tetapi you pula tak nak terima, malah menipu diri sendiri pula. ;)…beb, if you berada dalam salah satu situasi ini – 10 tanda-tanda ini, for sure you hidup dalam penafian yang amat kritikal sehinggakan boleh memusnahkan diri sendiri!
YES…kita kena fikir positif, fikir there’s a light at the end of the tunnel…tetapi kalau dah terang-terang nampak tu, janganlah MENAFIKAN pula hehe :)…jangan hidup dalam penafian atau livin’ in denial, hanya kerana sayang, hanya kerana cinta, kerana nanti you juga yang akan rugi dan at LOST!
Mungkin anda fikir dengan memberi alasan untuk dia dan cover keburukan dia, tutup jahat dia, ianya akan memanjangkan perhubungan anda dan mengekalkan percintaan itu? Nooo…perbuatan anda itu hanya mengakibatkan, anda memanjangkan lagi kesengsaraan yang sudah lama anda alami. Anda akan terus hidup menderita kerana anda tahu dia hanya penipu besar!









No comments:

Post a Comment