Wednesday, January 29, 2014

(RG) - Eleh... Perasan Handsome lah tu.. POYO

Salam... dah lama berehat ni. Bermalas-malaskan badan untuk menaip. Eh! tidak.... tidak... yang sebenarnya asyik berjimba dekat FB je lately.. Betullah FB ni mengasyikkan. Tak jadi kerja lain bila mengadapnya :)

Well.... apa ya topik nak tulis hari ni.. Banyak sangat dalam mind ni sampai tak tahu yang mana nak ditulis dulu hehehe.  Apa kata kita selongkar about kejadian yang berlaku dekat saya baru-baru ni. Masa tu dalam last week... weekend di mana saya menghabiskan masa melihat gelagat manusia di Taman Tasik Titiwangsa.

******************************

Saya sampai dekat Titiwangsa dalam pukul 4:30. Pergi seorang je pun. Tak ada sesiapa pun teman. Saja nak ambil angin sambil duduk berangan tepi tasik dan melihat gelagat manusia. Selepas parking kereta dekat parking lot, saya pun keluar dan berjalan ke arah kerusi batu yang disediakan di tepi tasik dan mengadap tasik. Duduk di kerusi sambil selongkar beg mencari novel yang saya bawa untuk membacalah... Apa lagi. Novel Murtad from Hasrul Rizwan. Aduhai... berapa kali baca ni.. tak habis-habis lagi. Kenapalah lambat sangat nak menghabiskan satu novel ni? Huh! tak ada alasan lainlah tu. Berjimba kat FB je tak habis-habis :)

Belum sempat saya buka novel Murtad dan baca, adalah couple ni duduk disebelah kerusi tak jauh dari saya... dekat jugalah. Adalah dalam 5 langkah macam tu. Muda sangatlah.. Dah macam budak sekolah menengah je. Oklah... kalau bukan budak sekolah, budak college lah tu. Amboi Dik.... kemain mesra abadi lagi. Siap bersayang-sayang bagai hahaha... Sayang sangatlah tu. Kang dok sayang-sayang jadi layang-layang :) . T shirt pun sama pattern dan color. Sehati sejiwalah tu. Duduk macam dah tak boleh berenggang langsung. Al-kisahnya Minah ni siap merengek kat boyfriend dia...  yang dia ni haus. Cuaca boleh tahan juga panahan mataharinya. Itu baru matahari petang. Belum lagi Neraka Jahanam.

Tergedik-gedik merengek nak minum air. Aduhai... dalam tak sampai 20 langkah dekat belakang kami tu ada je abang-abang yang boleh tahan handsome jual keropok lekor dan air. Yang dok merengek tu kenapa? Bangun je lah jalan sikit pergi beli air kat brother tu.  Haih! berbulu telinga aku dengar rengekan minah ni. Yang Mamat ni pun sukalah dengar awek dia merengek..... lagi disakatnye Minah ni... mengacah-acah nak beli air ke tidak. Dah jadi drama swasta yang pelakonnya tak glamour langsung kat sini. Dah dalam 10 minit menggedik merengek bagai.. Mamat ni pun bangunlah pergi belikan air untuk Minah ni. Lah... beli air satu je kut. Satu cup tu berapa? Seringgit je kan.. kongsi berdua hahaha... Happy Minah tu. Mmmm... boring plak tengok drama yang tak berapa nak up quality dan classnya..

Jadi saya pun bangun bersandar dekat kereta warna putih. Tak tau kereta siap ntah yang parking kat situ. Sambil berdiri dan bersandar dekat kereta... menghadapkan trek orang main roller blade. Wah! hebatnya mereka ni. Terror betullah. Kebetulan budak-budak kecil yang sekolah rendah ni dari Persatuan Roller Blade Keramat Kuala Lumpur ada latihan bersama-sama dengan jurulatih mereka. Seronok tengok kanak-kanak kecil tunjuk skill masing-masing.

Saya pun meramahkan diri berkata "Tahniah adik-adik... you all berjaya membuat aksi dengan cantik dan various style". Coach tolong jawabkan terima kasih sambil tersenyum. Coachnya ada dua orang. Dua-dua lelaki hehehe... But they are so cool... dan sambil tunduk hormat minta diri dan katanya they only will see the students dari jauh. Jadi setiap kali adik-adik ni melintas depan saya, they all akan panggil... "kakak, kakak.. tengok ni kami buat apa". Tergelak saya bila budak-budak ni panggil saya. Comel betul dan hormat serta peramah betul kanak-kanak ini. Bagus ibu-bapa yang mengasuh dan mengajarnya.

Actually trek tu dibuka untuk sesiapa sahaja yang nak guna roller blade. So, bila beransur petang, semakin ramai orang dan tiba-tiba adalah 4 orang mamat ni lalu sambil tunjuk skill masing-masing. Siap condongkan diri macam nak speed dan berpusing. Yang seorang tu siap jalan mengundur lagi gunakan roller bladenya. Amboi... ni nak practice ke nak tunjuk lagak dekat aku ni hehehe. Dalam 4 orang tu... adalah 2 orang boleh tahan mukanya. Bak kat saya... Muka tak adalah tragic looking hahaha.. rambut paras bahu dan pakai cekak untuk mengelakkan rambut jatuh ke dahi lah tu. Boleh tahan juga mamat yang pakai baju biru ni.

Saya tengok je sambil makan ais krim dan bersandar di kereta. Eh... they all lalu lagi depan saya sambil tersenyum. Saya pun senyum balik.. Tetiba dua mamat ni datang dekat saya. Wah! apa case ni? Siap bagi salam lagi... aduhai... saya pun jawab salam :)  sambil tanya " Ya, ada apa ye?". Then brother yang baju biru tu cakap... bangku batu dah penuh.. ramai betul orang hari ni. Kami ada bawa air botol dan beg yang berisi towel. Nak minta tolong boleh ke? Katanya lagi. Saya tanya... tolong apa? Dia kata nak tumpang minta tolong awak tolong-tolong tengokkan beg towel kitaorang dan air botol ni boleh ke? Amboi bang.... cepat sungguh start engine hahahaha.. Saya pun kata ok je.. Boleh. Tolong sesama manusia, tak ada hal (ceh... akukah yang cakap lembut-lembut ni? berdrama betul hahaha).

Then... saya perasan ada yang seorang ni pakai baju adidas hitam, rambut pacak-pacak dok diam dan merenung saya dari tadi. Tak cakap sepatah haram pun. Eleh... kerek betul kawan they all yang sorang ni. Macamlah handsome sangat.. Oklah.. handsome gak but not my taste hahaha... Tiba-tiba dia menyampuk... "kalau awak tolong tengok-tengokkan bag kami ni, make sure jangan ada apa-apa yang hilang".. Hek eleh... dahlah minta tolong aku.. siap warning-warning lagi.. blah lah.. macamlah aku nak mengorat dia plak..  Then mamat baju biru yang pakai cekak tu cakap... alah.... setakat towel dengan botol air tu tak hilanglah... POYO betullah... Hish! lelaki kalau POYO, memang tak bleh blah... Then dengan muka tak bersalah dia blah...

POYO = PROUD OF YOUR OWN

Tapi kawan-kawan dia yang lain siap minta maaf bagi pihak member dia. Dan mamat baju biru tu bagi number telefon... katanya kalau ada apa-apa call lah ye..

Ok .... ok... cukup sampai setakat ni saja... Saje nak cerita pasal mamat POYO ni hahahaha...




Dah... Selamat Bercuti Semua semua CNY. Sesiapa yang travelling.... berhati-hati di jalan raya & SAFE JOURNEY...

Bye....

Wednesday, January 22, 2014

(RG) - 1shot : Murtad (Hasrul Rizwan)

Salam semua... hari ni baru je habis training selepas 3 hari. Jadi hari ni juga merupakan hari terakhir tulis review for novel.  Why? Sebab saya pergi kerja esok. Jadi bolehlah tengok adegan-adegan semasa yang boleh saya kongsi di sini ;)


Well... novel yang saya nak share lain daripada yang lain. Genre berbeza. Iaitu Murtad by Hasrul Rizwan or lebih suka dikenali sebagai Mat Gorn di dunia cyber dan penulisan. Banyak lagi hasil karya Hasrul Rizwan seperti Sarsaparilla, Tuhan dan Bercakap dengan Jun. Saya memilih novel ini berbanding dengan novel2 beliau yang lain dari Writer ini adalah kerana novel Murtad telah berjaya membuat saya baca genre sebegini. Terima kasih Tuan Penulis ;)

Penulis ini berasal dari Kedah dan menghabiskan hidupnya selama16 tahun di sebuah Kem tentera Komando, Hasrul disajikan dengan aksi para tentera semenjak kecil. Bergelut melihat darah, bertarung hidup dan kaya dari segi selok belok ketenteraan menjadikannya seorang pencerita yang lantang. Separuh umurnya dihiburkan di dalam kem bersama teman yang sama, berbual perkara yang sama dan bermain dengan permainan yang sama cukup membuatkan Hasrul untuk baligh awal dari masanya. Ya, Seorang cerpenis dalam genre Komedi hitam, satira, erotika dan juga bercorak fast paced. Murtad adalah cubaan pertamanya untuk keluar dari daerah cerpen yang telah bertahun beliau berkasih sayang.

****************
Tidak sia-sia jika anda melabur untuk novel ini dan membacanya. It is worth to buy it ;)




Buku ni pasal 2 orang kembar seiras Adam dan Akil yang diupah untuk membunuh orang2 yang murtad. Pembunuh upahan yang handsome (Aku pun boleh jatuh cinta dengan mamat berdua ni hahaha) pakai suit mahal, drive nissan fairlady and ducati (colour merah), cekap berlawan dan guna senjata.


Buku ni konsep pembunuh upahan yang berbeza. Bunuh orang yang murtad! Tapi ada konflik sikit bila Zulaikha mempersoalkan Akhil tentang tugasnya membunuh orang-orang yang murtad. Kerana perempuan yang disayangi, Akhil sanggup bergadai nyawa melaksanakan tugasan yang terakhir sebelum dia dan abangnya, Adam bersara daripada membunuh.

*****************

Berikut adalah sinopsis cerita....




MURTAD BY HASRUL RIZWAN

“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”DescriptionAdam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat.

Akhil menelan liur.“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang.”“Hang nak kami suruh buat apa? Bunuh orang?”“Ya”“Nakharrom.”“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”

SELAMAT MEMBACA SEMUA ....




Tuesday, January 21, 2014

(RG & WD) - 1 Detik Luv : Suamiku Mr. Blind

Aaahh.... aku jatuh cinta ni. Hehehe... meroyan apa tetiba terjerit-jerit ni. Suka hati akulah nak jerit ke, nak terguling ke, nak tertonggeng ke... haip! Perempuan tak comel buat macam tu. Tak manis ;) Ala... aku jatuh cinta dengan hottest Mr Blind, the sexy Aidil Zafran.

Blog Danisya Rahmat

Kepada sesiapa yang belum beli novel ni, bolehlah pergi ke penulisan2 atau blog penulis untuk baca dan jika anda suka boleh beli. Tapi yang pasti.... saya recommend dan tidak rugi beli.

Ini bukanlah novel pertama penulis yang berkecimpung di dalam bidang pendidikan. Kelainan novel kali ini mengisahkan seorang OKU yang buta bukan dari lahir tetapi bila sudah menginjak remaja belasan tahun yang buta akibat kenakalan beliau.

Bertahun-tahun dia berusaha mengharungi hidup tanpa penglihatan sehingga menyandang jawatan besar di syarikat arwah bapanya.

Penceritaan yang diselitkan kisah OKU, braille, cara permainan, komunikasi dan pelbagai lagi membuatkan kita berada di dunia mereka.

Pabila Aidil mendapat balik penglihatannya selepas bertahun, dia menjadi seorang yang romantik walaupun kadang-kadang ego ;)

Bacalah dan tidak rugi jika anda melaburkan duit untuk memiliki novel ini.

Tahniah kepada penulis Danisya Rahmat. Anda sangat berbakat ;)

************

SUAMIKU MR BLIND - DANISYA RAHMAT



Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.“Aku tak nampak apa-apalah!”Ah, sudah!

Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti.

Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?


SELAMAT MEMBELI DAN MEMBACA YA...


(RG) - 1 Second Smile : Awek Pisang Goreng

Hai la... tak habis-habis lagi saya dok sibuk mengomen novel-novel ni. Maklumlah minggu ni tak ada kejadian menarik sangat nak dikongsikan. Asyik menuntut ilmu yang dibayar oleh company ;)

************
Jom berkenalan dengan mamat misteri ni. Seorang novelis lelaki... lelaki sejati ye hehehe... Encik Syah Shah (nama penanya) yang menyatakan dirinya adalah "Seorang LELAKI gila yang menulis secara sesuka hati tanpa sebarang spesifikasi"

Novel pertama beliau adalah Awek Pisang Goreng. Sebuah cerita yang santai, kelakar dan comel sangat. Yang paling tak boleh menahan tu... watak hero dan heroinnya yang sengal-sengal comel hahaha.

***********

Awek Pisang Goreng - Syah Shah




Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya. ‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’ Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’. “Awak tau tak awak tu gila?

Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng. “Husna sayang...”- Daus aka Firdaus “Awak ni laa kan...” - Husna “Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’.

Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba. “Firdaus...Don’t walk away now. - Husna Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri? Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA.

***************

Novel ini telahpun berada di pasaran dan anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai buku atau order terus dari Idea Kreatif Publisher.

***************

By the way Encik Syah Shah sedang sibuk menyiapkan novel kedua beliau yang InshaaAllah akan diterbitkan pada 2014 ini juga... sedikit sebanyak berkenaan movel beliau yang kedua disharekan di sini ye...

Full support to Mr Writer and good luck ;)


(Gambar adalah sekadar hiasan)


Andria tunduk merenung imej dalam paparan skrin kamera. Benar, gambar itu memang cantik. Tapi sayang, moment itu salah. Kepala diangkat dan dia menoleh ke arah sofa yang diduduki Fawwaz tadi.Lelaki itu sudah berdiri dan sedang melangkah santai mendekatinya. Beberapa tapak lagi nak sampai, tangan kanan dihulurkan. Tertunduk Andria memandang tapak tangan yang terngadah itu. Teragak-agak nak menyambut.

Tapi, untuk apa lelaki itu menghulurkan tangannya?“Can I see it too?” soal Fawwaz.Sang jurufoto angguk dalam senyuman dan kamera diserahkan ke tangan Fawwaz yang sudah sedia terhulur. Andria hela nafas lega curi-curi. Mujur dia tak terlanjur menyambut tangan itu.Fawwaz tarik senyum senget. Lama dia telek gambar tu sebelum dengan selamba menukar setting kepada mode camera semula dan menarik Andria rapat lalu memeluk bahu gadis itu. Pipi Andria jadi habuan bibirnya dan dengan pantas dia menekan shutter. Selfie yang tiba-tiba.Andria dilepaskan dan kamera kembali bertukar tangan.

Selamba dia ketawa dan beredar tanpa sekelumit pun rasa bersalah.Terkebil-kebil sahaja Andria di situ. Terlalu pantas lelaki itu melakukannya tanpa sempat otaknya memproses maklumat. Pandangan beralih kepada sang jurufoto yang kelihatan teragak-agak hendak memberikan reaksi. Akhirnya Andria tarik senyum serba tak kena. Sang jurufoto ikut senyum dan meminta diri.


That's all.... jangan lupa dapatkan naskhah anda. Worth to buy, worth to read ;)


(RG & WD) - Gaun Cik Boss, Tuxedo Mr Secretary

Salam semua... minggu ni agaknya minggu saya review novel kut. Why? Tak ada specific reason tapi... saya punya blog.. so suka hati sayalah hahaha...

Tak adalah... saje je share about novel sikit. Coz this week banyak pergi training dekat luar, jadi while waiting in between the break, trainer nak start class, saya bacalah novel. Tu yang tetiba rajin nak share sikit about novel yang menarik minat saya ;)

************

FATRIM SYAH

Seorang penulis lelaki yang kali ini mencuba genre baru di dalam penulisannya iaitu Novel Cinta yang santai.

Penulis yang menggunakan dua nama pena Fatrim Syah dan Muhammad Fatrim ini merupakan anak jati kelahiran Sabah dan kini masih belajar dalam bidang Penulisan Kreatif (Ijazah Sarjana Muda) di Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA) UiTM Puncak Perdana Shah Alam. Novel pertamanya ; Geng Karipap diterbitkan pada oktober 2010 oleh Fajar Pakeer Junior manakala novel keduanya; ASRAMA diterbitkan pada April 2013 oleh Buku FIXI menggunakan nama pena Muhammad Fatrim. Novel ini sekaligus memperkenalkan namanya ke dalam industri penulisan. Juga menyertai dua Buku Antologi UNTUK SEPARA TUHAN (2013) & AKU NAIK SAKSI (2013) terbitan Buku Hitam Press.

Prinsipnya dalam penulisan 'Jika ada usaha, Insya ALLAH berjaya'.



SINOPSIS GAUN CIK BOS, TUXEDO MR SECRETARY



Dua insan, dua jiwa, dua karekter yang berbeza bagaikan langit dan bumi bertemu di bawah satu bumbung. Khalisah mengambil Adam sebagai setiausahanya hanya untuk mempermainkan Adam. Adam pula rela dalam terpaksa menerima jawatan itu memandangkan kesukarannya mencari kerja. Pada mulanya Adam terima saja Khalisah mengarahkan itu ini kerana dia faham skop tugasnya. Tapi lama kelamaan Cik Bos itu semakin melampau!

"Kenapa Cik Bos selalu kenakan saya? Apa salah saya pada Cik Bos?" - ADAM

"Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya." - KHALISAH

Aril, teman lelaki Khalisah kurang senang dengan kehadiran Adam di sisi Khalisah. Ada rahsia besar yang disimpannya mengenai identiti sebenar Adam dan apabila rahsia itu terbongkar, Adam hampir tidak dapat menerimanya. Malah, ia turut bersangkut paut dengan Danish, kanak-kanak yang dijaganya sejak bayi lagi. Bila Mr Secretary bakal berkahwin dengan orang lain, masihkah Cik Bos ego dengan perasaan yang mulai menjentik tangkai hatinya? Dan... apakah rahsia Adam itu?

**********
Sedikit teaser untuk bacaan semua... Enjoy ya hahaha


Adam berasakan hujan rintik-rintik itu bakal menjadi semakin lebat. Dilajukan sedikit pemanduan untuk cilok mencilok supaya cepat sampai.Tiba-tiba...‘Apahal pula boss aku buat tepi jalan tu, ada runway ke? Ish-ish, taubatlah wei..’ gumam Adam pelik.Segera Adam menuju ke arah Khalisah, Khalisah pula buat-buat tak nampak.“Hai Cik Boss Khalisah, tunggu sapa tu? Nak catwalk ke? Agak-agak runway highway ni panjang juga ni...” tanya Adam sebaik memberhentikan motosikalnya, bertanya ada, menyindir pun ada rasanya. Kali ini giliran Khalisah pula untuk tergamam, nampaknya apa yang dicakapnya pada Adam di kondo tadi berulang padanya.“Awak tak nampak kereta saya rosak ni?” marah Khalisah.“Manalah saya tahu kereta Cik Boss ni rosak, takde letak papan tanda pun.”“Sudahlah. Kalau awak nak sindir-sindir saya, awak baliklah office, tak lama lagi ada trak tunda datang.”“Naiklah motor saya ni Cik Boss. Hari dah nak hujan. Trak tunda tu mesti lambat sampai, waktu puncak ni, kereta banyak.” Adam tiba-tiba menawarkan untuk membonceng Khalisah.“Nak naik motor buruk ni, pleaselah...” Khalisah menyombong lagi.Hujan mulai turun di kawasan itu renyai-renyai, kedengaran juga bunyi guruh. Khalisah memandang ke kiri dan ke kanan. Kalau dia dalam kereta saja mungkin boleh, tapi kalau trak tunda lambat sampai macamana, gila nak tunggu sampai malam. Adam masih memandang Khalisah di sana. “Kalau Cik Boss tak nak saya balik dulu.” Adam meminta diri.“Ish, iyalah, iyalah,” dengan tidak rela Khalisah mendekati juga motosikal cabuk itu.

**********

Kepada yang berminat untuk melihat sejauh manakah penulis ini berjaya mengembangkan bakat beliau di dalam nukilan cinta, bolehlah dapatkan naskhah ini ;).

Selamat membaca semua. Saya suka jalan ceritanya yang santai dan disulami scene-scene yang kelakar ;)




Monday, January 20, 2014

(RG) -Take 5 : Aku Bukan Cipan!!!

Apa khabar semua.... hari ni kita santai sikit. Tak mau cerita keadaan semasa but commercial break kita kali ini, saya nak share about satu novel ni yang akan diterbitkan. Kenapa saya pilih novel ni? Mmmm.... sekejap ye. Nanti baca dekat bawah ni.

**************
Novel ini bertajuk AKU BUKAN CIPAN - nukilan dari penulis lelaki Encik Harith Hakeem.

Penulis yang berasal dari Johor ini telah menyimpan karyanya selama 10 tahun sebelum diterbitkan.

Cerita ni banyak memaparkan kisah hidup masyarakat di sekeliling kita. Bukan fantasi tetapi realiti. Ada masa kita gembira, bersedih, ketawa dan perlukan hiburan disamping mendekatkan diri kepada Allah. Semua ramuan-ramuan dan rencah kehidupan digarapkan dengan seimbangnya di dalam novel ini ;) Di sini saya sharekan sedikit dari bab 1 dan bab 2.

Saya harap semua pembaca dapat membaca cerita ini dengan hati terbuka kerana dengan ini baru kita dapat menyelami apa yang hendak disampaikan oleh Penulis.  Cerita ini sangat unik. Untuk diri saya yang serba kekurangan ini, ia dapat menyedarkan saya untuk insaf towards other people life and bersyukur dengan apa yang kita ada. Terima kasih Encik Harith kerana berkongsi karya anda bersama kami. Best of luck to you. SELAMAT MENYELAMI DUNIA AMIT ;)

Anda boleh baca selebihnya dari Bab 1 hingga Bab 19 di penulisan2u sementara menunggu cetakan diterbitkan.


http://www.penulisan2u.my/tag/harith-hakeem/


*****************
Part of Bab 1


Aku tidak sempurna. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku tidak pernah minta dilayan seperti putera raja. Cukuplah sekadar menerima kehadiranku sebagai manusia biasa. Aku bukan cipan! 1990. Pasar ikan! Itulah perkataan yang paling tepat bagi sesiapa sahaja yang melintas ataupun masuk ke kelas 5 Sastera 3 ini. Ia bukanlah sesuatu yang asing atau menghairankan. Membuat bising bagai sudah menjadi satu kemestian para pelajarnya untuk mengisi masa lapang sementara menunggu giliran guru seterusnya mengambil alih kelas.

Walaupun hanya 2 minit, masa sebegitu tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja. Tidak hairanlah jika sikap ‘mencuri masa' pelajar kelas ini menjadi buah mulut atau bahan umpatan guru-guru di Sekolah Menengah Jalan Batu Pahat ini. Pelbagai cara sudah digunapakai. Nasihat, amaran waima hukuman sekalipun tidak akan memberi kesan dan mematahkan semangat mereka untuk menjadikan kelas mereka disegani.  Amit masih terangguk-angguk seorang diri ditemani sebuah walkman. Seperti selalu, lagu rock yang sudah berulang kali didengar masih setia menjadi halwa telinganya. Mulutnya terkumat-kumat mengikut lirik lagu sambil matanya liar memerhatikan rakan sekelilingnya. Tiba-tiba, matanya terhenti di satu dudut belakang kelasnya. Parjo yang pernah menjadi rakan karibnya suatu ketika dahulu sedang berlawan gusti lengan dengan Kasiban. Amit tersenyum sendiri melihat telatah Parjo dan Kasiban bermati-matian dalam sperlawanan ini. Walaupun tiada seorang pun penonton, ia tidak mematahkan semangat juang mereka. Sempat lagi Parjo menyanyi-nyanyi kecil. Mungkin sebagai satu sindiran untuk Kasiban yang hampir kalah dalam pertarungan.  Siapa tidak kenal Parjo. Pelajar yang disenaraihitamkan pihak sekolah di atas masalah disiplinnya. Ponteng kelas, cabut sekolah, menghisap rokok dan membuli pelajar adalah antara senarai-senarai rutin harian di sekolah.   Gambaran masa silam tiba-tiba tepampang di minda Amit. Bagaimana akrabnya dia dan Parjo berganding bahu menetang disiplin di sekolah. Rotan guru disiplin pun sudah hampir lunyai untuk membentuk sikap mereka. Pernah mereka ditangkap kerana ponteng kelas dengan bersembunyi di atas loteng kelas. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila perbuatan mereka disedari seorang pengawas. Sebagai balasan, rotanlah yang menjadi hidangan punggung mereka. Tetapi yang peliknya, mereka masih mampu tersenyum walaupun menerima tiga sebatan sekaligus. Terjal betul!  "Berita terkini, hiburan sensasi! Sekejap lagi cikgu sampai!" pekik Ajis, ketua tingakatan memberi amaran membuat khayalan Amit terhenti tiba-tiba. Semua pelajar kelam-kabut mencari tempat masing-masing. Lebih-lebih lagi Ajis, seorang ketua tingkatan yang sering berkompromi dengan anak-anak buahnya membuat bising.   Cikgu Hamidon, guru bahasa Melayu melangkah masuk sambil matanya melilau memandang kesemua pelajarnya. Keningnya berkerut dan dapat dilihat mulutnya mengomel perlahan. Dialah antara guru yang menjadi kesayangan para pelajar kerana sikapnya yang suka melawak. Ditambah lagi dengan keadaan tubuhnya yang gemuk dan boroi berkepala botak dan menyimpan misai ala chaplin menyerlahkan lagi ketrampilannya persis seorang pelawak.

Di belakangnya, seorang gadis asing membontoti langkahnya. Langkah si gadis diatur kemas. Sesekali ekor matanya mencuri pandang ke arah para pelajar. "Dari jauh lagi saya dengar suara kamu. Tapi yang peliknya, bila sampai depan pintu, sunyi sepi kelas. Semua tengah baca buku. Bagus! Lepas ni saya nak soal!" cikgu Hamidon seakan menakutkan pelajarnya. Dia hampir saja ketawa melihatkan semua pelajar agak terperanjat tetapi ketawa dapat dilindungi dengan sedikit batuk yang dibuat-buat.   "Baiklah! Ini adalah pelajar baru kelas kita," sambung cikgu Hamidon. Semua pelajar memandang tepat ke arah si gadis ayu di hadapan kelas itu. Memang sempurna. Pipinya gebu. Bermata redup. Keningnya sedikit tebal tetapi agak tersusun. Dan yang paling menarik, bibirnya yang kecil. Si gadis seakan tidak selesa dengan keadaan ini.

Serba tak kena dibuatnya. Beg yang digalas di bahu kiri, diubah pula ke bahu kanan. Parjo mengeluarkan sikat dari kocek bajunya dan menyisir perlahan rambutnya yang kerinting. Disisirkan sikatnya perlahan-lahan ke belakang. Lurus pula rambutnya dilihat ketika disisirkan. Parjo kelihatan lebih segak dengan rambut seperti itu. Tetapi kehenseman itu tidak kekal. Rambutnya kembali kembang seperti sedia-kala tatkala sikat itu sampai ke hujung rambutnya. Rambutnya kini tak ubah seperti sarang tebuan!





*******
Part of Bab 2


Zakiah mengerutkan kening sambil mencerunkan matanya. Marah juga dengan soalan bangang Shima tadi.   "Kesian Shima tengok dia tu. Kat kelas pun diam je," sambung Shima.   "Orang macam tu jangan bagi kesian. Kalau kita kawan, silap-silap kita pulak yang jadi tak betul!" Zakiah menambah.   "Tak baik kau cakap macam tu. Bagi dia peluang kedua!"   "Takdenye peluang kedua. Entah-entah dia pun ada AIDS agaknya. Geli-geleman aku!"Zakiah membalas sambil mulutnya dimuncungkan ke depan. Shima menjeling ke arah Zakiah. Dari sisi tepi, dengan tahap kemuncungan yang maksimum, wajah Zakiah seolah-olah berubah seratus peratus. Wajahnya kini lebih mirip wajah Donald Duck. Wakaka. Shima tertawa di dalam hati. "Habis tu, dia tinggal dengan siapa?" Shima semakin berminat dengan cerita Zakiah.   "Manalah aku tahu. Entah kat mana dia merempat. Nak terlingkup ke, terlentang ke, tertonggeng ke, peduli hapa aku!"Zakiah mengomel dengan suara yang agak meninggi. Memang layaklah dia dengan gelaran Kiah Becok yang disandangnya.   Budak jahat. Kemudian dipinggirkan. Kesunyian, keseorangan. Berubah menjadi pendiam. Pantas betul roda kehidupan berputar. Terpalit rasa kasihan di hati Shima. Dapatkah Amit memikul bebanan ini sementara rakan sebayanya menikmati keindahan dunia remaja mereka. Masihkah ada jalan bahagia untuknya atau terus-terusan diuji sebegini.   "Aku boleh, kenapa tidak dia!"Shima memujuk hatinya.   "Saudariku Shima. Yang kau tenung budak tu lama-lama apasal? Entah-entah kau dah jatuh cinta dengan dia eh? Eee... Selisih!" sindir Zakiah yang rupanya dari tadi memerhatikan tingkah-lakunya.   "Kau ni dah buta ke Shima? Tak tahu menilai kaca dan permata!"sambung Zakiah.   "Kaca pun berguna juga Kiah. Kita je yang membezakan letak duduknya," balas Shima sambil tersenyum tawar. Sedikit kesal dengan pemikiran cetek kawan barunya itu. Hanya tahu menghukum mengikut persepsi sendiri.   "Malaslah aku layan kau. Jom masuk kelas. Kejap lagi waktu rehat dah nak habis,"ajak Zakiah.  

SELAMAT MEMBACA SEMUA..... PEACE NO WAR ;)

Sunday, January 19, 2014

(RG & WD) - Waraskan Akal

Lamanya tak menulis ;) . Banyak hal. Kononlah kan hahaha.

********
Aduh..... berpuaka sungguh mulut mamat tu. Kau dah gatal-gatal goda gedik minah tu sampai bagi gambar yang tak sepatutnya, tetiba selamba badak je kata minah ni gelong syok kat dia. Hish hish hish lelaki. Juga hish hish perempuan... baru kenal sekejap, baru kena goda skit (tu pun online) dah terpedaya bagi gambar yang tak sepatutnya. Kenapakah? Apakah? Inilah yang dikatakan e communication channel boleh memporak perandakan hidup seseorang.

Boleh nak berbaik-baik dengan bukan kaum sejenis kalau online ni. Tapi tunggulah kenal lama sikit, berjumpalah dulu.... then baru fikir nak teruskan for the next moves. Saya bukan nak kutuk lelaki ni, tetapi lelaki ni memang manis mulut. Terutama kepada yang pandai berkata-kata. Yang ada split personality pun ada. Yang dah kahwin tapi act macam single mingle lagilah banyaknya ;).

Ok ok... yang aku tak boleh blah ni... mamat ni mengadu kat aku yang memang dia mula-mula kenal online dan seronok-seronok je nak menggedik dengan perempuan coz kononnya di alam maya ni dia boleh jadi sesiapa saja. Dahlah minah yang dia kenal ni budak belajar kat kolej. Tak habis belajar lagi tau. Yang mamat ni umur lebih kurang akulah 30 +. Kata kawan aku kan. Mula-mula hantar gambar elok. Nak berkenalanlah konon. Lepas tu hantar gambar sexy sikit tapi crop kepala. Hah! Tau malu tak mau bagi orang tahu dan tengok gambar tu. Lepas tu hantar gambar part2 privacy tak ada muka... eerrrkkk. Apa case hantar gambar cam tu dek non oi.... simpanlah untuk laki hang  yang mamat kawan aku ni memang dah kahwin. Sukalah dia.

Lepas je dapat gambar terbaik di abad ini? Startlah bercalling calling kat telefon. Few months after that janji nak jumpa dekat KL. Pada hal masa tu dua-dua bukan orang KL. Oh! Siap check in hotel lagi. Gila betul. Apa lagi... syaitan bertanduk berdondang sayanglah bertepuk tangan. Eh! Syaitan ada tangan ke? Lantaklah... malas aku nak fikir.

Lepas tu minah ni pregnant plak. Adoi.... dahlah kelas pun belum tutup tirai, engkau dan bawa janin dslam perut. Oh! Baik gak kawan aku. Pergi nikah dengan minah ni kat Thailand. Anak dah lahir beberapa bulan, bini kat kampung dapat tahu, lepas tu call aku minta nasihat. Bengong betullah member aku ni. Dsh sedap bagai, bila caught red cari aku.



Aku pun bebellah cam Mak Bedah. Rasa cam nak ketuk kepala mamat ni. Last-last aku cakaplah... baiklah kau terus-terang dengan wife kau. Senang. Lagipun dua-dua bini kau ada anak. Jangan buat naya dan tindakan drastik. Kesian anak-anak nanti. Selang 2 minggu dia telefon aku balik ucap terima kasih. Wife dia menerima dan rasa itu bukan salah kawan aku aka laki dia. Tapi salah minah yang sorang ni. Dan dia cakap wife dia dah pergi berubat dan tok yang mengubat tu kata kawan aku ni kena bomoh dengan minah tu.

Aku siap terjerit lagi masa dia cerita. Gila ke apa kena bomoh. Masa sedap entah berapa round kemain lagi. Sekarang kau kata kena bomoh pulak. Kau ni kenapa? Dia kata... bukan aku cakap. Tapi wife aku cakap. Lepas tu aku ceraikan minah tu dengan talak tiga. Minah yang jadi second wife aku tu lah. Katanya lagi.

Aku tanya dia abis tu minta nasihat aku buat apa? Kau dah bagi talak 3. Kau nak aku buat apa plak? Dah dah aku tak nak masuk campur. Nanti bini kau kata aku bomohkan kau pulak.

Aku pun cakap pandai-pandailah kau settle ye.

Ok... apa yang aku nak tekankan di sini.... fikir dulu sebelum buat apa2. Jangan tergesa2.  Banyak lagi cara untuk menyelesaikan masalah. Conclusionnya... kadang-kadang baik lelaki atau perempuan terlalu mengikut emosi...

Wednesday, January 8, 2014

(RG & WD) - Salahkah Mendapat Boss Perempuan / Pekerjanya Lelaki?

Kembali lagi.....
Jom lunch... mmmm.. tapi hari ni saya lunch dengan sebiji muffin :) dan air milo. Cukup.. rezeki untuk hari ini. Alhamdulillah..

*****************
Kenapa agak susah lelaki untuk report diri ke boss perempuan? Susahkah? Atau maybe tak semua lelaki begitu? Saya menghadapi kesukaran di sini. Tempat yang saya baru menjejakkan kaki untuk mencari rezeki lebih kurang 5 bulan lepas. Relationship memang sangat bagus. Tak macam boss dengan pekerja. Macam kakak dengan adik adalah. Pergi makan pun sama2. Kalau pergi makan dekat luar, drive pun dia bawa kereta dia. Oppsss.... tapi bukan pergi berdua saja ye. Kami berempat. 3 perempuan dan seorang lelaki :) Tapi bila bab kerja, aduhai.... satu saya cakap, sepuluh dia jawab. "Ya Allah.... degilnya lelaki ini". Adakah dia rasa tercabar bila saya menegurnya? Ok... beza umur kami hanyalah lebih kurang 3 tahun jaraknya. Saya cuba tidak terlalu menjadi seorang "boss" yang sentiasa memberi arahan, ambil berat about punctuality. For me, you nak datang pukul berapa ke, you nak keluar makan berjam2 ke.... lantaklah. Asalkan kerja kau siap.




Tak cukup lagikah kelonggaran yang saya bagi? Hello?? bukan senang nak dapat boss cam I ni tau hahahaha... Tapi mamat ni macam ada 2 characters... Can be so nice out of the office (bila di luar office lah) dan can be seorang yang macam "silent protest" di office. Boleh pulak berlakon macam ni. Ada one day... actually tak... few days dan banyak kali, saya tengah bercakap dengan dia about satu projek dekat Australia ni, tiba-tiba dia bangun blah macam tu je. Terkebil-kebil, terpinga-pinga saya. "Hurrmmm.... aku ada cakap benda yang salah ke? Rasa macam tak jer". Dah lah boss nak paper tu in 2 hours, dia boleh blah cam tu je. Jenuh saya tunggu dia balik semula kat tempat. Dah 15 minit, tak muncul-muncul, tambah lagi 30 minit tak muncul-muncul. Masa dah menunjukkan pukul 3:45. "Hish apa mamat ni buat ye?". Message tak jawab. Dan after 45 minute, baru dia call saya dan dengan selambanya dia tanya "Akak cari saya ke?. Kenapa ye?". Ya Allah.... Bangang ke bengong ke or pura-pura tak cerdik? "Boleh dia tanya aku kenapa? Dahlah dia tinggalkan aku macam tu je masa tengah bagi briefing". Hish! apa kena budak sorang ni. Takkanlah PMS. Dah sah-sah dia bukan perempuan :). Nak kata pregnant, lagilah taknya.

Saya pun cakaplah dengan dia...."Lah, tadikan akak tengah nak explain something, nak minta tolong you buatkan coz boss nak in 2 hours time. Tapi you tinggalkan akak macam tu je". Lepas tu dia gelak kuat-kuat sambil sentuh bahu saya. Dan dia terus cakap.."Entah, saya tiba-tiba rasa lapar, jadi saya turunlah bawah pergi makan sekejap. Bukan akak cakap dekat saya ke hari tu, "I tak kisah if you all nak pergi makan ke, nak masuk lambat ke, as long as kerja siap dan jalan. Jadi tadi tetiba saya rasa lapar, so saya blahlah pergi cari makan". Aduhai... aku ke yang bodoh dan jujur pergi cakap macam tu tanpa fikir apa-apa atau dia yang saja buat-buat tak faham?. Ya Allah... Kau bagilah kesabaran dekat aku tahap maksimum untuk melalui situasi ini. Ini baru 5 bulan kut hahaha...

Then, saya sambung lagi..."Yelah... memanglah akak cakap macam tu, tapi sekurang-kurangnya bagilah tahu akak. At least akak stop bercakap dan izinkan you pergi. Tak adalah akak tercari-cari you dan rasa pelik, apa dah jadi you tinggalkan akak macam tu je." Dalam hati aku dah keluar macam-macam baik punya perkataan... Segala mak nenek perkataan melayang-layang dalam minda. Tinggal nak keluarkan je. Sabar, sabar... Calm down.. Sambil senyum kat dia. Lepas tu dia sambung balik bercakap "My lovely sister, welcome to the new world and company with gender ratio is 30:60 (30% adalah perempuan dan 70% adalah lelaki) sambil ketawa. Ah... bencinya aku dapat staff macam ni. Tak ada perasaan nak hormat orang ke? Amboi... mentang-mentanglah aku ni baru. Sesuka hati dia je buli aku. Tapi... cool... aku tak tunjuk pun muka marah. Aku cuma senyum sambil kata kat dia... "So, you rasa bolehlah siapkan paper ni seperti yang boss bagi?". Dia jawab, "Don't worry, 15 minutes before time off or dateline saya hantar". Sambil ketawa lagi.. Aduh.... tolonglah diriku ini bersabar dengan kerenah staff aku yang seorang ni.

Tapi kan.... memang betullah... 15 minit sebelum tempoh tamat, dia memang email dekat saya. Wah! pantas dan hebat hahaha... Saya pun panggil dia, "Thanks ya, your paper is good. It is good to go for submission but I just added few justifications for easy understanding". Lepas tu dia jawab..."See, I told you kak... lelaki punya kerja sharp and straight to the point, that's why we can do that in few minutes without major amendments. Kalau perempuan ni  suka sangat buat karangan grandmother story. Berjela-jela panjang ceritanya. Padahal nak minta approvalnya satu benda je. Imaginasi kuat sangat".

Aku pun terdiam dan sambung cakap dia, "I'm not like that.... I'm straight to the point also. That's why I can work with you and the team". Aku cakap sambil tersenyumlah. Then he tambah lagi..."I know you are like that kak, that's why you tak sempat melatah masa I tinggalkan you just now while you were explained to me what to do".

Oh... tidak tidak tidak... dia test aku rupanya. Staff aku test aku? Hello.... apasal jadi cam ni plak? Dia nak tengok aku ni boss perempuan yang macam mana... Hish... terpaksalah aku control kat sini supaya tak jadi cam perempuan meroyan bila marah hahahaha.... Teringat masa dekat company lama. Ada staff aku siap menangis kena marah dengan aku. Suruh amend memo lebih 10 kali. Hahaha... Coz staff semua perempuan.. And now... padan muka aku. Kenalah cool jawabnya...

Oklah... that's all for today :)

Tuesday, January 7, 2014

(WD) - Perempuan Dan Kecantikan

Huhuhuhu.... Jalan tersangatlah jem nye. Nak balik rumah pun macam malas nak drive. So, menulislah sekejap

*****************
Tadi waktu lunch, ada terserempak dengan seorang perempuan Melayu ni. MashaAllah... cantiknya dia. Sweet sangat muka dia dengan tudung lilitnya :). Jika saya yang perempuan ni memuji kecantikannya, apakan lelaki di luar sanan jika melihatnya. Jadi, saya pun tanya kepada rakan2 lelaki yang lunch bersama saya...  "Cantik tak perempuan tu di mata korang? Coz kalau kat mata aku yang ada dua ni, memang sweet dan cun habis..." Then, one of them menjawab... "mmmm... macam tak cantik pun. Biasa je. Bukan taste aku kut", katanya lagi. So, saya pun jawablah "Korang ni kalau cantik, nak yang sexy je".

So, tetiba saya rasa cam nak tulis about Perempuan dan Kecantikan. Tak ada kaitan pun dengan soalan saya dekat team saya tadi hahaha.. Saja nak menyelit letak paragraph atas tu.

 Kalau disebut "cantik", mesti terbayangkan seorang perempuan di depan mata.  "Cantikkah perempuan itu?" Anda yang menentukan dimanakah letaknnya kecantikan seorang perempuan. Ia adalah very subjective. Tetapi di sini, saya cuma sharekan something light untuk dikongsi bersama :)

Sejak kecil perempuan sudah dibentuk oleh kekuatan budaya untuk memerhatikan penampilan luarannya. Perempuan mendapat kekuatan untuk berpenampilan menarik di mata orang lain. Banyak majalah-majalah memaparkan tips-tips kecantikan. Itu tidak termasuk iklan yang bertaburan di mana-mana. Ada yang iklan tipikal biasa-biasa sahaja walaupun menggunakan perempuan sebagai main focus di dalam iklan tersebut. Lelaki akan menatap penuh kekaguman tatkala melihat perempuan berkulit putih, mulus, paras wajahnya anggun, rambutnya yang indah dan yang paling mendapat tempat di mata lelaki sewaktu menyaksikan atau menatap iklan tersebut adalah figura perempuan. Amboi! Nakal ya. Alihkan sikit mata tu dari menatap iklan-iklan ni lama-lama hahahaha....

Ok, berbalik semula kepada wanita dan kecantikan.... ada yang terlalu taksub dengan kecantikan luaran. Sanggup berhabis beribu ringgit untuk membeli kosmetik yang berjenama dan mahal. Contohnya kalau lipstik Bobby Brown color Sandwash Pink (saja sebut sebab saya pakai yang ni hahaha), harga satu lipstik sahaja mencecah RM85. Kalau discount murahlah sikitkan. Buat kata hubby saya, "Why this cosmetic is so expensive? Can it turn the Witch to Princess?". hahahaha... tajam sungguh ayat tu kan. Jawapannya memanglah tak. Bila masa pula muka kita semua ni macam perempuan sihir kan? Cuma, bila dipakai tu, letaknya dibibir eloklah. Tak adalah nampak comot dan kering dibibir. Bibir sentiasa nampak lembap dan segar.

Itu baru cakap about lipstik. Belum lagi cerita about compact powder, eyeshadow, maskara yang macam mata kuda tu (ala2 Cek Ta) dan yang sewaktu dengannya. Cuma bila pakai kosmetik ni, kita masih lagi mempertahankan rupa paras sebenar kita. Yang berubah cuma contengan color di muka sahaja. Tapi bagaimanakah perempuan yang terlalu obses dengan kecantikan sehingga sanggup mengubah bentuk asal thru plastic surgery. Adoi... Korang tak rasa sakit ke ye bila Doktor belah sana belah sini ha? Saya yang tengok ni pun ketar lutut. Kalau dosa tu, tak payah ceritalah. Semua orang tahu kut. Ini tak... ada yang alter bibir sampai jadi kembang semangkuk. Kononnya nak jadi macam Angelina Jolie, tapi saya tengok dah macam Mak Lina tergelek lori je bibir tu. Buruk tau! Tak cantik pun. Ni ha lagi satu.... pelakon perempuan Korea. Semua main ganti hidung dan besarkan mata. Kononnya nak jadi macam mata anime la tu :)  Bila kahwin je nanti, laki terkejut dan bising tengok anak muka tak berapa nak cantik. Hairan punya hairan, rupanya bini dia taklah cantik mana pun rupa paras asalnya tapi sebab dia kenal bini dia waktu dah surgery  tu yang comel tak ingat tu.

Ok... kosmetik dah touch, about plastik surgery dah touch... oklah... last sekali kita cerita about pakaianlah. Baju... kasut, accessories dan yang sewaktu dengannya. Kadang2 bila kita pakai benda2 ni terover, kita tak nampak tau yang kita macam nak pergi sarkas hahahaha... Hanya orang yang tengok kita sahaja boleh menilai sama ada pakaian tu cantik dan sesuai dengan kita atau tak. Jadi, cubalah cari pakaian dan hiasan yang ala sahaja supaya boleh dipakai di mana-mana majlis. Simple but sweet :)

Alamak... dah gelap ni... nak balik dah. Malas pula nak sambung lebih2 about perempuan dan kecantikan. So kita stop kat sini jelah ye.. Ini ada sikit sharing kata-kata dari Halaman Wanita - Arsip :

Wanita cantik ialah:

1. Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum saat tertekan
3. Tertawa saat hati sedang menangis
4. Tabah di saat terhina
5 .Mempersona karena memaafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi

Bye All....





(RG) - Awak Siapa? Kenalkah Saya?

Salam semua.... Kembali melayari blog ni with new experience... :)

Pelik..... pelik... dan pelik... Pernahkah anda semua menghadapi situasi ini. Kenal seseorang, tidak kira lelaki atau perempuan dan bukanlah boleh ditafsirkan sebagai kawan. Kerana kalau kawan kita mesti kenal siapakah orang tu. Pernah berjumpa ke ataupun paling tidak, tahu bagaimana rupa paras seseorang itu. Barulah kita boleh berkawan. Buat kata orang putih "acquaintance" dan belum lagi jadi "friend". Ok.. berbalik kepada "acquaintance" yang saya kenali ni, dia adalah seorang lelaki :). Dan saya... sudah semestinya perempuan. Kenal pun dekat facebook je and join group dia atas recommendation dari kawan2 yang lain. Tak salahkan untuk kita meramaikan kenalan.

Oh! tetapi walaupun kami baru kenal, dia ni sangat peramah dan suka juga berbual. Bukan berbual face to face or over the phone ye. It is more to alam maya. Onlinelah.. Not bad... dan saya pun happy, peramahnya dia ni. Bila saya dapat tahu berapa umur dia, saya suruh dia panggil saya kakak because I'm older than him. So, not a big deal. Fine with that. Jadi, since that day, bila ada masa terluang, ataupun dia online serentak dengan saya online, kita say hi then tanya khabar. For me, dia belum lagi menjadi "adik" atau "kawan" saya dalam erti kata sebenar lagi. Why? Kenapa? Kerana saya tak tahu pun siapa dia. Muka lagilah tak tahu. Nama betul pun tak tahu. Guna nama pena sahaja. Jadi, in my list, he's not yet a friend of mine. Just an acquaintance from "Red Guitar" group hahahaha... (maksudnya kenalan lelakilah).

Tetapi apa yang paling mengejutkan, semasa saya pergi bercuti ke luar negeri dalam 10 hari, rupa-rupanya ada juga orang yang interested nak tahu perihal diri saya di sana. Sanggup surfing the internet just to ensure either my story is correct or not / and I'm there. Wah! ini satu perkara pelik. Siapakah mamat ni yang sibuk nak ambil tahu tentang saya di sana. Berkawankah kita? Jawapan... tentulah tidak. Sekembali saya ke sini dalam beberapa hari selepas tu, saya perasan bila saya online dekat group dia, dia tak tegur saya or say hi. Comment2 saya pun tak dibalas macam biasa. Mmmm... lantaklah, bukan kawan saya pun. Tapi saya ada drop 1 message bertanya, saya ada buat salah apa2 ke? Saja je tanya nak tunjuk concern dan jika ada salah, saya tak kisah minta maaf....

Tiba2 dia hantar saya message berbunyi begini : "First, you cheated". Saya pun tanya dia apa yang saya tipu? Dia kata saya tak pergipun bercuti, saya ada je di Malaysia. Saya pun peliklah... "Eh, budak ni sekodeng dan sibuk ambil tahu pasal aku ke? Dia juga bagitahu yang dia dah periksa that gambar2 yang saya post atas permintaan dia sendiri. Sebenarnya, dia yang asyik sibuk bertanya bila nak post gambar vacation ke overseas. Sampai saya naik rimas dengan pertanyaannya dan saya suruh cousin sebelah husband saya, carilah gambar kita pergi vacation kat sini. So, cousin yang sangat memahami bahawa saya ni terlebih sibuk, jadi dia yang tolong mencari gambar vacation untuk diupload sebagai share untuk kepada yang meminta. Bukannya saya tak ada gambar2 vacation tapi belum berkesempatan review the pics and letak dekat wall. Maklumlah... all the pics bukan kita boleh simply share dengan people that not our friends kan.

Wah! I don't mind about his long messages talking this and that to me, but I was surprised that... "mmmmm, why mamat ni check every single thing about me while I was there"? Pelik. Susah nak jumpa seorang lelaki sibuk or busy body macam perempuan (hehehe, saya bukan nak kata perempuan busy body, tapi selalunya dalam drama melayu macam tulah... Kak Bedahlah, Kak Timahlah). Padahal tak kawan dan kenal pun. Muka pun tak tau camane. Lelaki Misterilah katakan hahahaha..

Well... just nak share je. Jangan marah ye lelaki2 di luar sana. Pelik sikit je coz ini first time saya jumpa lelaki yang busy body :)

See ya later...


Friday, January 3, 2014

(WD) - Matangkah Dandelion Di Umur Belasan?

Bertemu kembali....

Bila kita berbicara tentang umur, saya selalu terfikir.... betulkah perempuan cepat matang dari lelaki? Bila disebut perkataan matang, apakah yang dimaksudkan matang? Kelakuan? Pemikiran? Dalaman? Luaran? Entah... saya pun tak pasti hahaha.

Tapi apa yang dapat saya kongsikan dari pandangan saya yang tak berapa pandai ni.... ya, ada sesetengah perkara perempuan lebih matang cepat. Tetapi ada juga lelaki yang berjaya memegang juara kematangan ni. Contohnya remaja yang berumur 16 tahun. Bagi yang perempuannya sudah mula angankan.. "oh! Tahun depan nak SPM... lepas tu aku nak buat apa ye? Kalau result elok, aku further studylah.. tapi kalau result ala2, aku cari kerja ataupun susah2 kahwin je lah". Amboi! Kalau bab kahwin, akal budak perempuan ni cepat je ye hahahaha.... gedik heh :) They all tau tak kahwin tu apa? Ingat senang ke dik oi... banyak tanggungjawab ye. Bukan nak best je ada couple ni yang boleh diulit 24/7. Pandai tak masak? Pandai tak mengurus rumah tangga? Pandai ke bancuh kopi dan teh? Tu tak termasuk nak membodek mak mertua. TU YANG SAYA KATAKAN MATANG TIME SEBUT NAK KAHWIN JE hahahaha.

Yang lelaki pula... masih jadi juara matang adalah dari segi mengaturkan hidup sendiri :) Contohnya.... mmm... tahun depan nak SPM. "Kalau aku dapat result cemerlang, apply scholar overseas lah. Kalau kurang baik, cari kerja. Boleh gak kumpul duit beli ninja... kalau ada lebih skit angkat Ducati. Kalau result teruk sangat, tolong saudara dkt cyber cafe.. dapat gak duit". TU YANG SAYA KATA MATANG WHEN IT COMES TO $$$$ hahaha.

Sebenarnya lelaki dan perempuan ada keistimewaan masing2 dan ada cara matang masing2. Saja seronok nak tulis macam ni... kalau ada yang marah terserah. Tapi saya sekadar memberi sedikit pendapat :) Apa2 pun enjoy your life disamping menjalankan perkara yang diredhai Allah dan tinggalkan perkara yang ditegah oleh Allah. Saya juga bercakap sambil memperingati diri sendiri :)

Apa kata anda? Setiap kita mempunyai pendapat masing2. Tata ya... Nanti saya menulis lagi apa yang terjadi hari esok :)





(RG) - Jatuh Cinta Pada Lelaki Misteri?

Salam kembali...  ada coretan lagi utk 2014 ni :)

Apabila seorang lelaki membuat sesuatu yang bukan perkara biasa bagi kaum Adam, maka auranya akan menjadi sinar yang sangat terang compare to routine biasa yang dilakukan oleh lelaki.

Contohnya.... jika lelaki menjadi seorang penulis novel cinta. Dengan kata2 manis, kata2 menggoda dan kata2 cinta di dalam novel membuatkan pembaca berada di alam fantasi dan jatuh cinta bukan sahaja dengan cerita atau novel tersebut malah dengan penulisnya sekali. Tambahan pula jika penulisnya tidak diketahui... misteri... hanya kenal nama pena sahaja dan kata2 pujangga di dalam novel dan kata2 layanan manis terhadap peminat atau pembaca di group masing2. Bila layanan semakin baik diselitkan dengan gurauan nakal dan sengal, kaum Hawa memang mudah suka dan tertarik dengan kaum Adam yang pandai melayan kaum Hawa ini :)

Tetapi.... perlukah itu semua? Ya... perlu. Why? Kerana itulah dinamakan dunia glamour. Walaupun penulis novel ini tidak se famous pelakon atau penyanyi tetapi peminat tegarnya sangat kuat. Kerana suka kepada novel atau karyanya akan membuatkan hati lembut wanita meminati penulisnya. Itulah lumrah kejadian Allah. Walaupun wanita ini berkata2 dengan orang yang tak dikenali atau dengan orang misteri, tetapi hati wanita sangat unik kerana jatuh cinta dengan empunya diri yang tak tau siapakah gerangannya ;)

Untuk penulis lelaki, jika anda mencebur diri dalam bidang yang rata2nya adalah peminat wanita, anda kena bersedia fizikal dan mental untuk menghadapinya. Jangan melompat dan bertindak di luar kawalan. Kawallah ia dengan sebaik mungkin. You guys can do it ;) Good luck ok...

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai hahaha...



Thursday, January 2, 2014

(RG & WD) - Lupa Anak Sendiri Ke?

Happy New Year to all. Tak sempat nak coret sesuatu masa tu. Busy sikit. Maklumlah malam tu saya bekerja. Part time. Tolong2 dekat one of the new year concerts. Memang ramai sangat orang. Kebetulan mlm tu ada cabutan bertuah untuk dapat motosikal Modenas. Dan because of that, pembukaan mlm tu dibarisi abang2 motor or bikers dengan motor berkuasa besar masing2. Happening sangat. Walaupun tak se happening dekat Putrajaya I guess.

Sedang penonton asyik menikmati persembahan dari pelbagai artis dan saya tgh sibuk snap gambar, tiba2 ada seorang budak lelaki kecil yang comel berumur dalam 3 tahun berlari ke tangga pentas minta sesiapa yang ada di situ mendukungnya. Ingatkan anak kepada crew yang sedang bertugas. Saya pun berniat nk snap gambar kanak2 comel tu tetapi suddenly abang crew tu tanya "anak awak ke?" . Saya pun menggelengkan kepala. Then brother tu kelam kabut. Berubah riak di muka. Dia pandang saya, saya pandang dia.

Kami seolah2 ckp bahasa yang sama sambil berpandangan. Sahlah... kanak2 ni dah kehilangan ibu bapa masa kat konsert ni. Aduhai... camane boleh tertinggal anak ni? Kalau ye pun nk berjimba, jagalah anak tu baik2. Hish! Menaikkan kemarahan betullah.

Apa lagi, saya ckp kat brother tu, kita bagi dekat polis yang bertugas yang ada tak jauh dari kami. Kami pun hulur kanak2 tu kepada abang polis. Kanak2 tu siap hulur tangan lagi. Dia nak dengan semua orang. Bahaya betul kalau orang jahat yang ambil dan culik sure kanak2 tu tak menangis.

Tak lama lepas tu, Emcee buat announcement. Oh legalah. Saya bayangkan adalah ibu bapa dah tuntut. Jadi saya sambung kerja sambil menikmati persembahan artis2 di pentas. Termasuklah tengok persembahan ada Pakcik Penonton ni berdangdut dengan Waheeda. Siap naik stage kagi. Amboi Pakcik.... gedik nampak hahahaha.

Sedar tak sedar dah dekat pukul 12 tgh malam. Dan ada announcement about kanak2 yang saya bagi dekat polis tadi. Aik? Parents dia tak dtg ambik dia ke lepas announcement yg pertama tadi? Mmmm.... sahlah kanak2 ni kena tinggal on purpose. Sama ada dia diculik dan ditinggal di situ dan maybe juga ibu atau bapa dia tak nak dia. Wallahualam.... tapi, tak mungkin kanak2 kecil boleh jalan melalui di celah2 yang ramai manusia di situ dan terus ke stage. Mesti ada yang tinggalkan dia di kawasan berhampiran stage.

Sedih betul.... apa khabar kanak2 tu. Esok bercadang nak call polis tanya sama ada ibu bapa ditemui atau tidak....

Beringatlah kepada siapa yang kita bawa bersama kita semasa kegembiraan untuk elakkan kesedihan di kemudian hari.