Assalamualaikum...
Jangan terkejut baca tajuk tu. Title je sama dengan novel Syah Shah tapi isi dalam lain. Saya memang suka baca si Fawwaz dalam Lelaki Sedingin Dia ni.. Fawwaz Hakim. Oh... he is really different :). But di sini... kita cerita about general terms of lelaki sedingin dia ok. Tak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Kadang-kadang mungkin ada dari segelintir kita yang merasa pelik, kenapa kita terjumpa lelaki yang bagi kita tiada perasaan simpati, kasih sayang atau cinta kepada perempuan. Ooopppss! Jangan salah sangka ya. Mereka ini buka lelaki tiruan.. tetapi lelaki yang betul-betul lelaki dan tidak ada yang terpesong pun attitude nya di sisi Islam. Tetapi mereka ni kita boleh category kan sebagai "lelaki yang selamba... or lelaki yang malas nak fikir benda-benda remeh-temeh... or lelaki yang tak ada masa nak bergossip... or lelaki yang sebenarnya.. hanya mereka saja tahu apa ada dalam hati mereka dan tidak ditunjukkan terhadap kita.
Mereka ini bukan tiada perasaan kasih sayang tetapi kadang-kadang terlampau cool sampai perempuan pun tak faham perangai mereka. Contohnya... perempuan akan berfikir.. "betul ke dia suka aku ni? macam tak je.. tapi kadang-kadang macam ambil berat". Sememangnya kita tak boleh nak baca isi hati lelaki ini dan juga tidak dapat faham body language or their actions. Because of this lah kadang-kadang perempuan akan melabelkan lelaki-lelaki ini "Lelaki Dingin... Macam Salju... or... favorite words.. --> Stone Cold.
Adakah perempuan berasa derita or sakit hati jika berkenalan dan berkawan dengan lelaki-lelaki sebegini? Hahaha... Well, that question, you have to ask yourself. Because everyone of us.. we have a different criteria for a man that we wanted to spend time with or to be friend with. I have my own reasons to be with this type of man. Saya senang dengan mereka ini kerana kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini adalah lahir dari hati mereka. Dan bukan kata-kata yang direka untuk menyenangkan hati perempuan. Mungkin kita perempuan akan berkecil hati dengan kata-kata mereka. Tetapi itulah sebenarnya yang perlu kita dengar untuk kebaikan kita or untuk kita improve diri kita yang banyak kekurangan ini. Well... I choose to be with them.. this type of man. Well... jom kita jenguk sikit points-points yang mungkin ada related to "Lelaki Sedingin Dia" :)
Bagi perempuan, jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri. Tetapi juga, bagi perempuan... adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini mereka pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.
Tetapi..
Bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan mereka menganggap si dia adalah ONLY ONE.. Maka, sudah tiba masanya untuk mereka meluahkan perasaan mereka terhadap lelaki. Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Mereka mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati mereka terhadap lelaki dengan harapan cinta mereka dibalas. Cuba teka kemungkinan... jika mereka ini menyatakan rasa hati kepada "Lelaki Yang Dingin"... kemungkinan kejadian lain akan terjadi. Bukan bermakna lelaki ini tidak suka mereka cuma mungkin ada faktor-faktor yang boleh melambatkan penerimaan rasa hati kepada perempuan ini :)
1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional
Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”. Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya). Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK. Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.
2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!
Betul – ada kemungkinan! Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini. Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda. Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.
Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.
Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud. Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.
Tragedi Bermula!
Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku. Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.
Adakah anda (perempuan) pernah mendengar perkataan-perkataan yang berbunyi begini?.. Jika ada, selidik dulu kenapa mereka (lelaki) menjadi SEDINGIN ini hingga kadang-kadang terlepas kata-kata sebegini dari mulut mereka walaupun mungkin mereka tidak pernah memaksudkannya :)
“Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku."
“Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!”
Sampai bila hati kering seorang lelaki boleh bertahan dengan pesona yang ada pada seorang perempuan? Mampukah seorang perempuan mencairkan hati dingin seorang lelaki?
SEORANG LELAKI YANG CINTAKAN KITA VS AMBIL BERAT TERHADAP KITA
Saya juga ingin berkongsi di sini apa bezanya seorang lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan vs seorang lelaki yang ambil berat terhadap perempuan?
Secara asasnya, bila ada cinta, hati akan ada satu debaran yang lain macam. Itu tak boleh diungkap dengan kata kata, kita kena rasa sendiri. Apabila seseorang itu mengambil berat cuma sebagai kawan saja dengan kita, lain pula perasaanya. Yang penting di sini, jangan mudah perasan! Jika cinta wujud, pastinya akan ada perasaan yang ketara timbul di antara kita berdua. Jika hanya kawan, tiada perasaan istimewa yang muncul.
Dalam proses mengenali seseorang, kita akan berjumpa dengan ramai orang dengan bermacam ragam. Ada di antaranya, kita akan berkenalan dengan seseorang yang nampak sangat sempurna peribadi dari luarannya. Dia nampak seolah-olah berminat dengan kita. Dia melayan kita dengan baik, dia suka bergurau mesra dengan kita dan pendek kata kita gembira bersamanya.
Tunggu dulu, jangan jatuh hati dulu. Selagi seseorang itu belum melafazkan secara jelas kata-kata cinta terhadap kita, jangan mudah buat kesimpulan awal. Nanti diri sendiri yang malu. Ini kerana memang ada jenis individu yang mudah ambil berat terhadap kawan-kawan dan mudah mesra. Jadi jangan terkeliru.
Antara cinta dan ambil berat, kadang-kala sempadannya sangat nipis. Ini kerana ada yang mengatakan, cinta ada cinta pasti wujud sifat ambil berat itu. Dan juga dari sifat ambil beratlah juga akan timbul cinta. Jadi di sini, untuk mengelakkan kekecewaan jika orang yang kita sangka meminati kita rupanya sekadar ambil berat sebagai kawan sahaja, jangan mudah jatuh hati dulu. Mungkin saja rakan kita yang suka ambil berat tentang kitaitu dah ada pasangan? Sebab tu kadang-kadang dia menunjukkan sikap DINGIN nya kepada kita...
Ada nasihat yang mengatakan, kalau nak buat baik dengan seseorang, berpada-padalah, jangan sampai orang lain salah faham atau kita sendiri yang salah faham. Kerana soal hati dan perasaan ini adalah perkara yang sangat sulit. Bila sudah jatuh hati susah akibatnya nanti. Oh well.... :) peringatan untuk saya sendiri jugakan :)
Berkawan ada dua jenis, satu yang kawan sampai mati dan kedua, yang berkawan kerana niat hendak ‘mengusha’. Tidak kira lelaki atau perempuan, jika dia menganggap seseorang itu sahabat baik sehidup sematinya, sampai bila bila lah perasaan cinta tidak akan muncul. Orang kata “tak ada feel”.
Berkawan jenis lagi satu pula adalah berkawan untuk berkenalan mana tahu nanti boleh dijadikan pasangan. Di sini juga ada kes yang berlaku di mana sahabat baik sendiri telah jatuh cinta terhadap rakannya. Banyak berlaku sebenarnya. Ini adalah kerana apa? Kerana sikap ambil berat. Kita mungkin tidak tahu ada tingkah laku kita secara tidak sengaja telah membuatkan sahabat baik kita sendiri jatuh cinta pada kita.
Apa-apapun... jangan takut untuk berkawan dengan "Lelaki Sedingin Dia" kerana mereka ini juga hanyalah manusia biasa dan seorang lelaki yang ada perasaan... cuma bezanya mereka ini pandai dalam menyembunyikan perasaan mereka. Wallahualam :).
Bye....
Allah / God created women and men in a unique ways :) Because tersangat unik ni lah...saya gelarkan lelaki2 hebat ini sebagai Red Guitar dan perempuan2 anggun ini sebagai White Dandelion. Suka2 je tulis experience sendiri yang dilalui seharian dikalangan kawan2 lelaki dan perempuan :)... Selamat Membaca. TQ dan Maaf jika ada terkasar bahasa. xoxoxo... Peace!
Tuesday, April 21, 2015
Thursday, April 16, 2015
(WD) - Cinta Yang Melenakan
CINTA...
Bila bercakap about cinta... ada yang menyatakan it is kasih sayang yang sangat sukar ditafsirkan yang diberi nama cinta. Or ada yang kata.... cinta kadang-kadang berlandaskan nafsu. Betulkah? Hanya anda yang dapat memberi jawapan. I leave it to all of you ok :)
Mungkin begitu indah bagi seseorang.... boleh membawa dirinya melayang-layang kerana bahagia... tapi juga boleh membuat seseorang terasa hampa kerana derita cinta...
CINTA...
tiada habis kata untuk melukiskan cinta...selama cinta hadir dihati...hidup menjadi bererti... semua kerana CINTA...untuk CINTA...dan demi CINTA... Sememangnya adakah itu dikatakan "Cinta Yang Melenakan"? Lembut menenangkan hasrat jiwa yang melayang.... Tenang setenang mata air pergunungan kasih... Mengalir dengan alirnyanya tiada rintangan... Hingga sampai ke hulu tepian dermaga hati.... Begitulah datangnya hembusan cinta yang melenakan.... Singgah dengan damainya tiada pemberitahuan... Masuk tanpa sengaja dan tiada terduga...
Ada yang mengatakan, cinta itu mengasyikkan sehingga ada orang akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar. Cinta adalah anugerah dari Ilahi yang begitu magis dan mengasyikkan. Lahirnya seorang manusia adalah kerana jalinan cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Tiada yang dapat menyangkal kehadiran cinta dalam setiap jiwa insani.
Kata pujangga:
Cinta yang hakiki ialah keserasian, dan seluas mana kebebasan yang kamu kecapi ketika hidup bersama kekasih anda. Ia bukanlah satu penjara atau kokongan tetapi adalah ikatan yang wujud dengan sendiri tanpa kita rasa secara langsung. Cinta agung diumpamakan oksigen di udara, yang kamu tidak mampu hidup tanpanya tapi pada masa yang sama kamu tidak sedar dan tidak berusaha untuk terus bernafas, ia mekanisme yang tergerak dengan sendiri secara natural selagi jantung masih bernyawa.
Sesungguhnya cinta itu fitrah insan. Cinta datang dan pergi silih berganti, cinta baru yang pasti berbeda darjatnya daripada cinta yang lalu. Persoalannya, apa yang anda sanggup korbankan demi cinta itu? Apakah yang akan berlaku apabila cinta membunuh cinta.
Well... Kak Hani Fazuha has coming out with a new Limited Edition Novel :
SELIMUT MALAM - Cinta Yang Melenakan...
Jom kita baca sikit sedutan dr Selimut Malam... try to understand what is that meant?
Blurb :
Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka, dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang. Tapi, ada yang Haidar tidak tahu, kenapa dia sanggup lakukan begitu. “Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.” Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara. “I tahu you tak pernah sayang I. Tapi...” Liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri. “Cara you ‘buang’ I ni, buat I rasa terhina.” “I tahu you kuat.” Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi si isteri. Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang. "Maksudnya, you dah puas dengan I?" Suara Dania hampir tidak terkeluar. Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman. Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah ada aturan lain dari yang Esa?
Tuesday, April 14, 2015
(RG) - Crack Hatiku
Hemmmm.... :) Tajuk post pun dah pening. Bercampur aduk. Saya dapat perkataan ni bila ada kawan post dekat FB hp dia crack on the screen.. So.. suddenly this title came across my mind hahaha... I will suggest one of the writers to think either this title suitable for any of their future novels or not. Will see... Nanti saya sembang-sembang dengan they all untuk project baru kita nanti.
Anyways, jom kita cerita perihal "Crack" Hatiku ni. Apa lagi... kalau tak ada kaitan dengan cinta, hati dan perasaan memang tak sah kan? Tapi.. jangan nak tipu ye. Ramai orang suka baca novel-novel cinta ni.. but as usual, I tak tulis novel but my ideas and some of the words.. I passed over to the writers to be used. Dan you all memang takkan tahu pun "Nama" yang saya gunakan dalam tu :)
Well... well... well... senyum sikit kawan-kawan. Kenapa ni? Apa yang dah buat hati kawan-kawan or may be hati saya sendiri "Crack"?.
TAK PAYAH NAK CRACK SANGATLAH HATI TU KALAU.....
Kita Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
I Terima You, You Terima I Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
Memahami Diri Sendiri
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
JOM... kita tengok apa kata "BROTHER LOVE"... not me ye.. coz I'm not a "DOKTOR CINTA".... the "Brother Love" yes.. he is the one :) Happy Reading Guys!.... Oh!... Please don't crack your heart after reading this. 1 Love from Me... Peace my friends. Luv All of You...
Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… Are you IN DENIAL?
1. Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda dapat rasakan segala-galanya hambar sangat, tiada kemesraan, tiada lagi seperti dulu-dulu, TETAPI anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan bertahun-tahun kita bersusah payah bersama selama ni!”
2. Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa” - Tapi, dia ada masa pula berjumpa dengan kawan-kawannya
…you’re in denial!
3. Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” –
selalu bersama?
4. Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri.” – hehe
5. Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, siap tunjuk gambar dia bersama orang lain keluar bersama, dan anda sendiri dapat rasakan seperti ada orang lain, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah! Tak mungkin! Tak mungkin”
6. Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” –
definitely in denial for sure!
7. Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasngan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”
8. Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, dia ada tapi macam tak ada, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”
9. Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir, “Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”
10. Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama orang lain pula, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama, “Dia janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really?
YOU’RE DEFINITELY IN DENIAL …you sedar dan tahu you ditipu dan diperdaya tetapi you pula tak nak terima, malah menipu diri sendiri pula.
…beb, if you berada dalam salah satu situasi ini – 10 tanda-tanda ini, for sure you hidup dalam penafian yang amat kritikal sehinggakan boleh memusnahkan diri sendiri!

OR... Kalau tak nak "Crack" berderai-derai... Don't live in Denial Stage...
Soalan penting kali ini adalah…
“Adakah anda menipu diri anda sendiri dan hidup dalam penafian KERANA CINTA?”
Hidup dalam penafian – Bermaksud apabila kita benar-benar cinta dan sayang pasangan kita sekian lama tetapi setiap kali itu juga kita yang memberi alasan untuk dia, dengan MENAFIKAN kecurangan, penipuan serta kejahatannya selama ini.
It’s livin’ in denial – Something yang tanpa disedari, ramai melakukannya apabila kita benar-benar cintakan seseorang…dan HANYA kerana cinta, kita ‘backing’ atau siap tolong ‘cover’ lagi untuk dia pulak, akibatnya?
- So, adakah anda seumpama itu? Adakah anda suka menafikan untuk pasangan anda? Adakah anda suka memberi alasan untuk dia dan tidak mahu menerima yang pasangan anda itu PENUH TIPU DAYA? ----->>> Kalau Tak Nak Crack Hati Sendiri.. Fikir-fikirkanlah :)
JOM... kita tengok apa kata "BROTHER LOVE"... not me ye.. coz I'm not a "DOKTOR CINTA".... the "Brother Love" yes.. he is the one :) Happy Reading Guys!.... Oh!... Please don't crack your heart after reading this. 1 Love from Me... Peace my friends. Luv All of You...
Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… Are you IN DENIAL?
1. Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda dapat rasakan segala-galanya hambar sangat, tiada kemesraan, tiada lagi seperti dulu-dulu, TETAPI anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan bertahun-tahun kita bersusah payah bersama selama ni!”
2. Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa” - Tapi, dia ada masa pula berjumpa dengan kawan-kawannya
3. Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” –
4. Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri.” – hehe
5. Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, siap tunjuk gambar dia bersama orang lain keluar bersama, dan anda sendiri dapat rasakan seperti ada orang lain, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah! Tak mungkin! Tak mungkin”
6. Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” –
7. Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasngan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”
8. Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, dia ada tapi macam tak ada, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”
9. Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir, “Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”
10. Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama orang lain pula, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama, “Dia janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really?
YOU’RE DEFINITELY IN DENIAL …you sedar dan tahu you ditipu dan diperdaya tetapi you pula tak nak terima, malah menipu diri sendiri pula.
YES…kita kena fikir positif, fikir there’s a light at the end of the tunnel…tetapi kalau dah terang-terang nampak tu, janganlah MENAFIKAN pula heheMungkin anda fikir dengan memberi alasan untuk dia dan cover keburukan dia, tutup jahat dia, ianya akan memanjangkan perhubungan anda dan mengekalkan percintaan itu? Nooo…perbuatan anda itu hanya mengakibatkan, anda memanjangkan lagi kesengsaraan yang sudah lama anda alami. Anda akan terus hidup menderita kerana anda tahu dia hanya penipu besar!…jangan hidup dalam penafian atau livin’ in denial, hanya kerana sayang, hanya kerana cinta, kerana nanti you juga yang akan rugi dan at LOST!
(WD) - Setiap Detik Nafasku
Hidup seperti sebuah novel. Fantasi, namun realitinya amat memeritkan. Dalam reda, ada derita. Dalam senyuman, ada tangisan yang cuba disembunyikan. Dalam rajuk, pergi membawa diri. Di sana... suatu tempat yang asing, kita ditemukan. Bila dua jiwa yang terluka bersama, kita faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Namun, bukan cinta namanya bila tidak diduga. Kekalutan bermula apabila ada yang berdendam di suatu kala dulu dalam kehidupan masing-masing, ada yang dengki tanpa simpati, ada yang fitnah tanpa rasa bersalah. Bagi kita... di sini bermula kisah kita. Sesuatu berlaku menyebabkan haluan kita bertemua. Paksi bumi dan parameter kita berkait dimensi, tetapi jodoh kita tiada. Betulkah? Atau itu kata-kata dari segelintir manusia di luar sana yang bertepuk sorak jika itu terjadi. Hidup kita rangkaian perjuangan . Jangan ada yang menyerah dan menganggap perjuangan hidup adalah sia-sia.
"Tujuh tahun Dzar Thalha terperangkap dalam dendam dan air mata. Niat untuk menuntut bela memakan diri apabila dia menjadi mangsa. Dia tidak mampu berbuat apa lagi, bila tangan sudah digari. Dia terjerat dalam tirai besi. Dendam itulah yang menjadikan dia lelaki sebenar. Kerana dendam, dia bangkit daripada kekalahan. Namun siapa sangka, kerana dendam, dia menemui sesuatu yang lebih indah. Cinta dan harapan. Azra Qairina mencuit hatinya. Namun hidup gadis itu amat memeritkan. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Bila dua jiwa yang terluka bersama, mereka faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata apabila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Lantaran itu hubungan mereka diuji apabila dendam masa silam mula menjelma."
Tiada apa yang pelik jika kau atau aku merasai perasaan yang sama. Cinta itu tidak boleh dipegang tetapi boleh dirasa dan boleh diucapkan. Cukup dengan mengambil berat dan tunjuk rasa kasih sayang yang tidak perlu diucapkan kerana setiap nafasku ada nama kamu. Nama yang dituturkan oleh nafasku ke udara di sekeliling kita. Udara yang sama yang kita bernafas setiap masa. Sudah lama tidak kurasa begini. Rasa sempurna dan puas dengan apa yang dimiliki dengan izin Allah. I sayang you....... kita tidak akan bosan mengucapkan kata-kata itu antara satu sama lain jika itu yang kita maksudkan. Kasih sayang kerana Allah. Kawallah rindu dengan doa. Kawallah cemburu dengan bersangkan baik. Kawallah kemarahan dengan wudhuk. Kawallah nafsu dengan iman. InshaaAllah hubungan kita akan diberkati.
Aku mahu ada
Di dalam hati
Dan batinmu
Kerana Allah
Bunga tak bererti tanpa keharuman
Matahari tak berguna tanpa kehangatan
Udara tak bererti tanpa kesejukan
Malam kurang lengkap tanpa senyumanmu
Dan...... SETIAP DETIK NAFASKU tidak lengkap TANPA NAMAMU
Sepi bukan bererti hilang
Diam bukan bererti lupa
Jauh bukan bererti putus
Sedih bukan bererti selesai
Selagi awan membiru
Masih ada masa untuk bertemu
Selagi bintang berkerlipan
Masih ada masa untuk berjalan
Selagi ombak bergelora
Masih ada masa untuk bahagia
Terima kasih kerana hadir di dalam setiap detik nafasku..... Sayang Kamu.

(RG & WD) - Kehidupan Aku, Kau dan Waktu
Assalamualaikum...
Kehidupan adalah sesuatu yang dihiasi dengan pelbagai warna yang boleh membuat hari-hari kita ceria dan juga carca marba. Kita juga boleh kata.... aneh. Ya.. aneh. Kehidupan yang sangat aneh berlaku kepada seseorang. Tetapi bila difikirkan semula, manusia hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang tentutkan. Buatlah strategy or any plan to set up your life, your career, your future and those related to that... tetapi tanpa izin yang satu, ia juga akan lari dari landasan strategy yang diaturkan oleh manusia yakni kita sendiri. Adakah sesebuah kehidupan itu indah atau ilusi? Pernahkah anda dengar seseorang sentiasa pesan kepada anda, "teruskan kehidupan no matter what... jangan pandang belakang.... apa yang awak lakukan dengan terus kehadapan adalah yang betul...". Adakah seseorang yang berkata begini hanya sekadar berkata atau mereka faham apa yang dimaksudkan oleh mereka? Especially kalau kata-kata itu keluar dari mulut seseorang yang kita sayangi, seseorang yang sangat penting di dalam kehidupan kita, and without him or her, kita tak mampu untuk berpijak atas kaki sendiri dalam mengharungi kehidupan seharian 100%. Ya.. mungkin kita boleh meneruskan kehidupan kita tanpa orang-orang yang disayangi atau orang-orang yang penting bagi diri kita, tetapi kita tahu dan perlu jujur pada diri kita sendiri bahawa tanpa mereka ini, kita sangat pincang.
Dalam masa beberapa bulan di tahun 2014, Subhanallah... banyaknya perkara yang telah berlaku samapi kadang-kadang akal saya tidak dapat mencerna yang mana reality or fantasy. Time running so fast and wait for no men.
Ya Allah, Ya Tuhanku
Dan tidaklah sesuatupun
dari makhluk-makhluk yang
bergerak di bumi melainkan
Allah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpian.
Semuanya itu tersurant
di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)
Amiin....
Kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya... hebatkan orang tu? Atau kita sebenarnya lagi hebat dari mereka. Kita akan mula berkata-kata di dalam hati bila kita rasa seseorang tu seperti memberi arahan kepada kita. Tetapi... kita tak realize pun bila di dalam kehidupan.... ada yang memberi arahan, ada yang menerima arahan.
Ada yang suka berkata begini... tetapi betul kah anda maksudkannya? Atau sekadar nak bagi sedap telinga orang yang mendengar?
"Er..saya bukan siapa-siapa. Orang biasa-biasa. Tiada pangkat, tiada darjat. Kudrat inipun hanya Allah pinjamkan sementara sahaja.. Maaf, jika kata-kata saya tiada manafaatnya dan mengambil masa awak."
Awak selalu berkata seperti itu bila berbicara dengan saya... tapi saya tetap tak pernah faham awak dan saya juga tak pasti apa yang awak katakan dan lakukan adakah untuk saya? Untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk saya? Awak berkata-kata macam lagak seorang yang sangat hebat.. Tetapi hemmmmm.... memang awak hebat pun di mata saya. Tetapi kelakuan awak kadang-kadang sangat menguji kesabaran saya...
"Hebat sangatkah awak? Dan ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan menemui-Nya. Allah akan bertanya tentang tanggungjawab yang di sandang oleh kita. Barangkali..orang bawahan yang tiada pangkat serta darjat itu lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan kita. Jika apa yang mereka lakukan ikhlas...serta gentar dengan kemurkaan Allah.""Jadi...lakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah bukan kerana mereka. Kerana amanah Allah kepada kita.."
Astaghfirullah! Maafkan saya kerana terkasar bahasa. Saya memang sentiasa mengelak diri untuk di panggil berbicara. Barangkali Allah lebih mengetahui apa yang tidak saya ketahui apabila saya menyoal diri," Ya Allah..kenapa daku di sini?".... sesungguhnya... berterus-teranglah dengan saya. Jika awak mahu memimpin kehidupan saya ke arah yang lebih baik... saya dahulukan ucapan terima kasih.. Hanya Waktu yang mampu mengukur betapa saya perlukan awak di dalam kehidupan saya. Dan juga, kasih sayang saya kepada awak tidak melebihi kasih sayang saya kepada Allah.
Semoga awak faham apa yang saya maksudkan.
Yang buruk datangnya dari kekhilafan saya sendiri dan yang baik datang dari Allah.

"Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah kerana dipinjamkan sehari lagi bagi kita menghela nafas, mengerdipkan mata dan mengerakkan tubuh anggota. Diberikan kesempatan kita bersama orang tersayang.. Kerana esok tiada siapa yang tahu. Jangankan esok.. malam inipun kita tidak dapat mengetahui apakah yang akan terjadi. Jangankan malam ini..sebentar nanti pun kita tidak tahu apakah yang akan berlaku."
Tiba-tiba terpacul keluar barisan ayat yang diilhamkan oleh Allah bagi dikongsikan bersama anda semua. Dan tiba-tiba juga saya merasai satu perasaan yang sangat kuat kepada rakan-rakan yang telah lama tidak saya hubungi dan bercakap. Semua saya rindu. Tetapi kenapa saya rindu sangat dekat awak. Adakah itu perasaan yang betul-betul wujud dengan kasih sayang atau syaitan laknatullah yang bermain-main dengan perasaan saya. Bila direnungkan kembali dan memberi ruang untuk hati dan fikiran saya kesempatan untuk berfikir dan merasa... YA, saya rindukan awak kerana Allah. I just can't forget you but... apa jua pun yang kita rasa, kita perlu mendahulukan kesabaran kita. Kesabaran itu laksana musim dingin yang tidak disukai manusia. Tetapi setelah musim itu padahal tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

Betulkan... Rencana Allah itu lebih baik dari rencana manusia. Jadi tetaplah berdoa dan bersabar, hingga kita akan menemukan, ternyata Allah benar-benar memberikan yang terbaik. Walaupun apa yang diberikan kepada kita akan rasa sakit pada permulaannya tetapi itu adalah yang terbaik dari Allah untuk kita di masa itu dan di masa akan datang. Perancangan Allah untuk kita sudah tertulis.
"Sehari lagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita bermakna titk permulaan dari tarikh kelahiran yang ditinggalkan semakin jauh. Masa yang tersisa semakin singkat. Mari kita merenung diri.. sudah bersiapkah kita untuk menemui-Nya?"

"Happiness cannot be traveled to, owned, earned, worn or consumed. Happiness is the spiritual experience of living every minute with love, grace and attitude."
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan diredhai:-
Ya Allah, Ya Tuhanku
Dan tidaklah sesuatupun
dari makhluk-makhluk yang
bergerak di bumi melainkan
Allah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpian.
Semuanya itu tersurant
di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)
Amiin....
Kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya... hebatkan orang tu? Atau kita sebenarnya lagi hebat dari mereka. Kita akan mula berkata-kata di dalam hati bila kita rasa seseorang tu seperti memberi arahan kepada kita. Tetapi... kita tak realize pun bila di dalam kehidupan.... ada yang memberi arahan, ada yang menerima arahan.
Ada yang suka berkata begini... tetapi betul kah anda maksudkannya? Atau sekadar nak bagi sedap telinga orang yang mendengar?
"Er..saya bukan siapa-siapa. Orang biasa-biasa. Tiada pangkat, tiada darjat. Kudrat inipun hanya Allah pinjamkan sementara sahaja.. Maaf, jika kata-kata saya tiada manafaatnya dan mengambil masa awak."
Awak selalu berkata seperti itu bila berbicara dengan saya... tapi saya tetap tak pernah faham awak dan saya juga tak pasti apa yang awak katakan dan lakukan adakah untuk saya? Untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk saya? Awak berkata-kata macam lagak seorang yang sangat hebat.. Tetapi hemmmmm.... memang awak hebat pun di mata saya. Tetapi kelakuan awak kadang-kadang sangat menguji kesabaran saya...
"Hebat sangatkah awak? Dan ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan menemui-Nya. Allah akan bertanya tentang tanggungjawab yang di sandang oleh kita. Barangkali..orang bawahan yang tiada pangkat serta darjat itu lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan kita. Jika apa yang mereka lakukan ikhlas...serta gentar dengan kemurkaan Allah.""Jadi...lakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah bukan kerana mereka. Kerana amanah Allah kepada kita.."
Astaghfirullah! Maafkan saya kerana terkasar bahasa. Saya memang sentiasa mengelak diri untuk di panggil berbicara. Barangkali Allah lebih mengetahui apa yang tidak saya ketahui apabila saya menyoal diri," Ya Allah..kenapa daku di sini?".... sesungguhnya... berterus-teranglah dengan saya. Jika awak mahu memimpin kehidupan saya ke arah yang lebih baik... saya dahulukan ucapan terima kasih.. Hanya Waktu yang mampu mengukur betapa saya perlukan awak di dalam kehidupan saya. Dan juga, kasih sayang saya kepada awak tidak melebihi kasih sayang saya kepada Allah.
Semoga awak faham apa yang saya maksudkan.
Yang buruk datangnya dari kekhilafan saya sendiri dan yang baik datang dari Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)