Tuesday, April 14, 2015

(WD) - Setiap Detik Nafasku

Hidup seperti sebuah novel. Fantasi, namun realitinya amat memeritkan. Dalam reda, ada derita. Dalam senyuman, ada tangisan yang cuba disembunyikan. Dalam rajuk, pergi membawa diri.  Di sana... suatu tempat yang asing, kita ditemukan. Bila dua jiwa yang terluka bersama, kita faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Namun, bukan cinta namanya bila tidak diduga. Kekalutan bermula apabila ada yang berdendam di suatu kala dulu dalam kehidupan masing-masing, ada yang dengki tanpa simpati, ada yang fitnah tanpa rasa bersalah. Bagi kita... di sini bermula kisah kita. Sesuatu berlaku menyebabkan haluan kita bertemua. Paksi bumi dan parameter kita berkait dimensi, tetapi jodoh kita tiada. Betulkah? Atau itu kata-kata dari segelintir manusia di luar sana yang bertepuk sorak jika itu terjadi. Hidup kita rangkaian perjuangan . Jangan ada yang menyerah dan menganggap perjuangan hidup adalah sia-sia.

"Tujuh tahun Dzar Thalha terperangkap dalam dendam dan air mata. Niat untuk menuntut bela memakan diri apabila dia menjadi mangsa. Dia tidak mampu berbuat apa lagi, bila tangan sudah digari. Dia terjerat dalam tirai besi. Dendam itulah yang menjadikan dia lelaki sebenar. Kerana dendam, dia bangkit daripada kekalahan. Namun siapa sangka, kerana dendam, dia menemui sesuatu yang lebih indah. Cinta dan harapan. Azra Qairina mencuit hatinya. Namun hidup gadis itu amat memeritkan. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Bila dua jiwa yang terluka bersama, mereka faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata apabila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Lantaran itu hubungan mereka diuji apabila dendam masa silam mula menjelma."

Tiada apa yang pelik jika kau atau aku merasai perasaan yang sama. Cinta itu tidak boleh dipegang tetapi boleh dirasa dan boleh diucapkan. Cukup dengan mengambil berat dan tunjuk rasa kasih sayang yang tidak perlu diucapkan kerana setiap nafasku ada nama kamu. Nama yang dituturkan oleh nafasku ke udara di sekeliling kita. Udara yang sama yang kita bernafas setiap masa. Sudah lama tidak kurasa begini. Rasa sempurna dan puas dengan apa yang dimiliki dengan izin Allah. I sayang you....... kita tidak akan bosan mengucapkan kata-kata itu antara satu sama lain jika itu yang kita maksudkan. Kasih sayang kerana Allah. Kawallah rindu dengan doa. Kawallah cemburu dengan bersangkan baik. Kawallah kemarahan dengan wudhuk. Kawallah nafsu dengan iman. InshaaAllah hubungan kita akan diberkati.

Aku mahu ada
Di dalam hati
Dan batinmu
Kerana Allah

Bunga tak bererti tanpa keharuman
Matahari tak berguna tanpa kehangatan
Udara tak bererti tanpa kesejukan
Malam kurang lengkap tanpa senyumanmu
Dan...... SETIAP DETIK NAFASKU tidak lengkap TANPA NAMAMU

Sepi bukan bererti hilang
Diam bukan bererti lupa
Jauh bukan bererti putus
Sedih bukan bererti selesai

Selagi awan membiru
Masih ada masa untuk bertemu
Selagi bintang berkerlipan
Masih ada masa untuk berjalan
Selagi ombak bergelora
Masih ada masa untuk bahagia

Terima kasih kerana hadir di dalam setiap detik nafasku..... Sayang Kamu.





No comments:

Post a Comment