Tuesday, April 14, 2015

(RG & WD) - Kehidupan Aku, Kau dan Waktu

Assalamualaikum...

Kehidupan adalah sesuatu yang dihiasi dengan pelbagai warna yang boleh membuat hari-hari kita ceria dan juga carca marba. Kita juga boleh kata.... aneh. Ya.. aneh. Kehidupan yang sangat aneh berlaku kepada seseorang. Tetapi bila difikirkan semula, manusia hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang tentutkan. Buatlah strategy or any plan to set up your life, your career, your future and those related to that... tetapi tanpa izin yang satu, ia juga akan lari dari landasan strategy yang diaturkan oleh manusia yakni kita sendiri. Adakah sesebuah kehidupan itu indah atau ilusi? Pernahkah anda dengar seseorang sentiasa pesan kepada anda, "teruskan kehidupan no matter what... jangan pandang belakang.... apa yang awak lakukan dengan terus kehadapan adalah yang betul...". Adakah seseorang yang berkata begini hanya sekadar berkata atau mereka faham apa yang dimaksudkan oleh mereka? Especially kalau kata-kata itu keluar dari mulut seseorang yang kita sayangi, seseorang yang sangat penting di dalam kehidupan kita, and without him or her, kita tak mampu untuk berpijak atas kaki sendiri dalam mengharungi kehidupan seharian 100%. Ya.. mungkin kita boleh meneruskan kehidupan kita tanpa orang-orang yang disayangi atau orang-orang yang penting bagi diri kita, tetapi kita tahu dan perlu jujur pada diri kita sendiri bahawa tanpa mereka ini, kita sangat pincang.

Dalam masa beberapa bulan di tahun 2014, Subhanallah... banyaknya perkara yang telah berlaku samapi kadang-kadang akal saya tidak dapat mencerna yang mana reality or fantasy. Time running so fast and wait for no men.

"Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah kerana dipinjamkan sehari lagi bagi kita menghela nafas, mengerdipkan mata dan mengerakkan tubuh anggota. Diberikan kesempatan kita bersama orang tersayang.. Kerana esok tiada siapa yang tahu. Jangankan esok.. malam inipun kita tidak dapat mengetahui apakah yang akan terjadi. Jangankan malam ini..sebentar nanti pun kita tidak tahu apakah yang akan berlaku."

Tiba-tiba terpacul keluar barisan ayat yang diilhamkan oleh Allah bagi dikongsikan bersama anda semua. Dan tiba-tiba juga saya merasai satu perasaan yang sangat kuat kepada rakan-rakan yang telah lama tidak saya hubungi dan bercakap. Semua saya rindu. Tetapi kenapa saya rindu sangat dekat awak. Adakah itu perasaan yang betul-betul wujud dengan kasih sayang atau syaitan laknatullah yang bermain-main dengan perasaan saya.  Bila direnungkan kembali dan memberi ruang untuk hati dan fikiran saya kesempatan untuk berfikir dan merasa... YA, saya rindukan awak kerana Allah. I just can't forget you but... apa jua pun yang kita rasa, kita perlu mendahulukan kesabaran kita. Kesabaran itu laksana musim dingin yang tidak disukai manusia.  Tetapi setelah musim itu padahal tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
Betulkan... Rencana Allah itu lebih baik dari rencana manusia. Jadi tetaplah berdoa dan bersabar, hingga kita akan menemukan, ternyata Allah benar-benar memberikan yang terbaik. Walaupun apa yang diberikan kepada kita akan rasa sakit pada permulaannya tetapi itu adalah yang terbaik dari Allah untuk kita di masa itu dan di masa akan datang. Perancangan Allah untuk kita sudah tertulis.

"Sehari lagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita bermakna titk permulaan dari tarikh kelahiran yang ditinggalkan semakin jauh. Masa yang tersisa semakin singkat. Mari kita merenung diri.. sudah bersiapkah kita untuk menemui-Nya?"
"Happiness cannot be traveled to, owned, earned, worn or consumed. Happiness is the spiritual experience of living every minute with love, grace and attitude."
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan diredhai:-

Ya Allah, Ya Tuhanku
Dan tidaklah sesuatupun
dari makhluk-makhluk yang
bergerak di bumi melainkan
Allah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpian.
Semuanya itu tersurant
di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)
Amiin....

Kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya... hebatkan orang tu? Atau kita sebenarnya lagi hebat dari mereka. Kita akan mula berkata-kata di dalam hati bila kita rasa seseorang tu seperti memberi arahan kepada kita. Tetapi... kita tak realize pun bila di dalam kehidupan.... ada yang memberi arahan, ada yang menerima arahan.

Ada yang suka berkata begini... tetapi betul kah anda maksudkannya? Atau sekadar nak bagi sedap telinga orang yang mendengar?

"Er..saya bukan siapa-siapa. Orang biasa-biasa. Tiada pangkat, tiada darjat. Kudrat inipun hanya Allah pinjamkan sementara sahaja.. Maaf, jika kata-kata saya tiada manafaatnya dan mengambil masa awak."

Awak selalu berkata seperti itu bila berbicara dengan saya... tapi saya tetap tak pernah faham awak dan  saya juga tak pasti apa yang awak katakan dan lakukan adakah untuk saya? Untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk saya? Awak berkata-kata macam lagak seorang yang sangat hebat.. Tetapi hemmmmm.... memang awak hebat pun di mata saya. Tetapi kelakuan awak kadang-kadang sangat menguji kesabaran saya...

"Hebat sangatkah awak? Dan ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan menemui-Nya. Allah akan bertanya tentang tanggungjawab yang di sandang oleh kita. Barangkali..orang bawahan yang tiada pangkat serta darjat itu lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan kita. Jika apa yang mereka lakukan ikhlas...serta gentar dengan kemurkaan Allah.""Jadi...lakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah bukan kerana mereka. Kerana amanah Allah kepada kita.."

Astaghfirullah! Maafkan saya kerana terkasar bahasa. Saya memang sentiasa mengelak diri untuk di panggil berbicara. Barangkali Allah lebih mengetahui apa yang tidak saya ketahui apabila saya menyoal diri," Ya Allah..kenapa daku di sini?".... sesungguhnya... berterus-teranglah dengan saya. Jika awak mahu memimpin kehidupan saya ke arah yang lebih baik... saya dahulukan ucapan terima kasih.. Hanya Waktu yang mampu mengukur betapa saya perlukan awak di dalam kehidupan saya. Dan juga, kasih sayang saya kepada awak tidak melebihi kasih sayang saya kepada Allah.

Semoga awak faham apa yang saya maksudkan.

Yang buruk datangnya dari kekhilafan saya sendiri dan yang baik datang dari Allah.






No comments:

Post a Comment