Friday, February 27, 2015

(RG & WD) - Pretty Things Inside

Assalamualaikum...

"Pretty Things Inside". Saya suka kata-kata ni or kita kata tagline. Bermacam-macam maksud di sebalik kata-kata ni dan terserah kepada anda semua, masing-masing ada tafsiran dan pemahaman sendiri untuk mendefinisikannya.



Bagi saya... ia adalah mudah. Pretty Things Inside for me is the heart. Hati kita. Ya.. bercakap tentang hati, manusia melakarkan gambar hati sangat indah. Berwarna merah yang menawan dengan rupa bentuk yang lekuk di tengah-tengah dan tirus di bawah. Sangat cantik ciptaan Allah.

Kehidupan bersama hati yang suci dan tabah adalah sesuatu yang indah. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Segalanya berkait antara satu sama lain. Bila berbicara tentang hati yang sentiasa indah di dalam sana, kita memang tidak mampu membaca hati kita sendiri apatah lagi membaca hati orang lain. Tetapi, kita mampu merasa apa yang hati kita rasa dan terdetik.

Jika kita pelihara hati kita yang indah di dalam sana dengan rasa yang indah, selamat, positif, jujur, ikhlas dan bertolak ansur, InshaaAllah "the Pretty Things Inside" akan sentiasa mekar dan mekar. Kemekaran ini akan dapat orang lain lihat di wajah kita. Serinya akan ada di wajahkan dan kerutan kita tidak akan menunjukkan kelam dan sebaliknya.

Tetapi jika pelihara hati kita dengan perkara-perkara dan rasa yang gusar, syak wasangka, negatif, hasd dengki, sentiasa tidak berpuasa hati.... itulah yang akan jadi teman kita di kala kita melihat dan bersama orang lain. Hati kita tidak akan tenang. Makin hari makin pudar dan kelam. Bila ini terjadi, sudah tentu tiada istilah "Pretty Things Inside", sebaliknya kita boleh tukar kepada "A black Witch Inside" :)


Kita merasakan bahawa kita telah berjaya menciptakan satu peradaban yang jauh lebih baik dari sebelumnya, kehidupan yang jauh lebih maju, tapi sebenarnya cubalah kita renungkan sejenak apakah kita telah berjaya atau malah gagal untuk menciptakan peradaban yang jauh lebih baik dari generasi sebelum kita.
  • kita berjaya membina bangunan - bangunan yang tinggi2 tetapi kita juga telah membina kasih sayang yang jauh lebih rendah.
  • kita berjaya mengumpul wang yang banyak, tetapi memiliki waktu lebih sempit
  • kita memiliki harta banyak, tetapi hanya berpeluang menikmati sedikit.
  • kita memiliki rumah yang lebih banyak tetapi lebih kerap ditinggalkan.
  • kita memiliki lebih banyak pengetahuan, tetapi hati nurani yang semakin terhakis.
  • kita mempunyai lebih ramai kawan, tetapi jauh lebih banyak masalah.
  • kita sering tertawa terlalu sedikit, punyai perasaan sering dan mudah marah, tidur pada waktu yang lewat malam, bangun dalam tika masih kepenatan, membaca terlalu jarang, menonton TV terlalu banyak, dan berdoa hampir tidak pernah.
  • kita telah melipat gandakan harta milik kita, tetapi mengurangi harga diri kita.
  • kita terlalu banyak berbicara, tapi terlalu jarang mendengar dan berbuat.
  • kita telah mengikuti berbagai seminar bagaimana memperolehi wang yang banyak, tetapi bukan mencari kehidupan yang bahagia dan penuh erti.
  • kita telah berjaya menawan luar angkasa, tetapi gagal mengalahkan ego kita sendiri.
  • kita telah melakukan hal-hal besar, tetapi bukan hal-hal yang mulia.
  • kita telah membersihkan udara, tetapi kita juga mengotori jiwa kita sendiri
  • kita belajar untuk sentiasa bergerak dengan lebih cepat tetapi bukan menjadi lebih sabar.
  • kita banyak melahirkan orang-orang besar tapi dengan mental yang kerdil, pendapatan yang tinggi tapi amal yang yang semakin rendah.
Berikan waktu untuk mencintai orang-orang yang telah mencintai anda.. berikan juga waktu untuk berbicara! Dan berikan waktu untuk menghargai buah fikiran anda. Hidup tidak diukur oleh jumlah nafas kita, melainkan oleh bagaimana kita telah menghabiskan nafas kita.
CINTA 100%
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.
HATI YANG PALING INDAH
Saya menangis. Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran ‘mencintai’ yang dimaksudkan oleh junjungan mulia, Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia bermaksud, memberi sepenuh hati. 100%. Yang terbaik!


Rujukan : Cinta Ilahi & Sembang JT



Thursday, February 26, 2015

(RG & WD) - Amarah

Assalamualaikum...

Hemmmm... hari ni hati kurang sabar sikit. Mendidih rasanya. Ya... ya... saya manusia biasa. Memanglah ada perasaan marah bila sesuatu yang terjadi tu boleh mencalarkan iman saya untuk bersabar. Tetapi.. Alhamdulillah, saya masih mampu mengawalnya. Kepada yang directly or indirectly menyumbangkan kepada kesabaran saya hari ini untuk mengurangkan amarah, terima kasih banyak-banyak ya. You all memang sahabat sejati. Kenapa saya kata sahabat sejati? Sebab.... kalau you all bukan sahabat sejati, sure you all akan mengapi-apikan lagi perasaan marah saya kan? Dan menokok tambah lagi cerita supaya berperisa dan lagi sedap untuk menaikkan marah saya :)

Well... well... marahlah.. ada orang yang terlampau cerdik hacked facebook saya. Sampai saya tak boleh nak log in langsung. Hebat sungguh. Dengki betul... Anyways, since kita dok sibuk bercakap about marah...jom kita baca sikit apa-apa yang berkaitan dengan amarah ni.

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu. Ini adalah saya mengingati diri saya sendiri supaya tidak mengikut nafsu amarah.

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita.Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini.

Rujukan : Islam Itu Indah

Amarah di dalam Islam

"Al Jurjani" berkata: Marah adalah perubahan yang terjadi saat darah yang ada di dalam hati bergejolak sehingga menimbulkan kepuasan di dalam dada. Marah adalah gejolak yang timbulkan oleh setan. dia mengakibatkan berbagai bencana dan malapetaka yang tak seorangpun mengetahuinya melainkan Allah Subhanhu Wa Ta’ala.

"Al Ghozali rahimahullah" berkata: Manusia berbeda-beda dalam tingkat gejolak kemarahannya, dan dapat dibagi dalam tiga kategori, yaitu: Kurang marah, marah yang melewati batas, dan marah yang stabil.
  • Kurang marah adalah hilangnya kekuatan gejolak marah atau gejolak amarahnya tersebut lemah. Marah yang berlebih-lebihan adalah mendominasinya sifat amarah hingga mengalahkan kendali akal, agama dan ketaatan, sehingga tidak ada bagi orang seperti ini suatu kesadaran, fikiran dan inisiatif.
  • Marah yang stabil adalah marah yang terpuji, terwujud setelah ada isyarat dari akal dan agama untuk melampiaskan kemarahan.
"Al Ghozali rahimahullah" berkata saat menjelaskan tentang sebab-sebab marah.Diantara sebab-sebab timbulnya marah adalah: kezuhudan, bangga diri, bercanda, main-main, mengejek, mengolok-olok, berbantah-bantahan, saling bermusuhan, berkhianat, mengejar kelebihan harta duniawi dan pangkat, dan sebab yang paling banyak menimbulkan kemarahan adalah pengelabuan orang yang bodoh dengan menyebut kemarahan itu sebagai keberanian, kejantanan, harga diri dan semangat yang tinggi.


Cara Dan Teknik Nabi Muhammad Mengawal Sifat Marah

Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi s.a.w. dengan maksud ingin meminta sesuatu pada Baginda. Nabi s.a.w. memberinya, lalu bersabda, “Aku berbuat baik kepada mu.” Badwi itu berkata, “pemberianmu tidak baik padamu.” Para sahabat rasa tersingguing, lalu mengugutnya dengan marah, namun Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian Nabi s.a.w. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa barang tambahan untuk diberikan kepada Badwi itu. Nabi bersabda pada Badwi itu, “Aku berbuat baik pada mu?” Badwi itu berkata, “Ya, semoga Allah membalas kebaikan uan, keluarga dan kerabat.”
Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya bimbing dengan baik, maka ia selamat.” Beberapa hari selepas itu, si Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha.
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak marah menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah karekternya. Kalaupun saat itu dilakukan hukuman terhadap si Badwi itu , tentu hal itu bukan satu kezaliman, namun Rasulullah s.a.w. tidak berbuat demikian.
Baginda tetep sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, Nabi Muhammad s.a.w. ingin menunjukkan pada kita bahawa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya dari pada harta benda yang bertimbun. Harta, saat itu, ibarat sampah yang berlonggok yang di pakai untuk makanan unta yang ganas. Tentu saja, unta yang telah mendapatkan keperluannya akan dengan mudah dapat dijinakkan dan boleh di gunakan untuk menempuh perjalanan jauh.
Adakala, Rasulullah s.a.w. juga marah, Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun Baginda lakukan bukan kerana masaalah peribadi melainkan kerana kehormatan agama Allah.
Rasulullah bersabda:”Memaki hamun orang Mukmin adalah fasik(dosa) dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam).”(riwayat Bukhari).
Sabdanya lagi: “Bukanlah seorang Mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor.” (riwayat At Tarmizi)
Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri dikala mendapat ejekan maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya mahupun masyarakatnya.
Seorang Hakim yang tidak mampu menahan marahnya tidak akan mampu memutuskan perkara adil. Dan, sekiranya seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu ia akan sentiasa memunculkan permusuhan di dalam masyarakatnya. Begitu pula dengan pasangan suami isteri yang tidak memilikki ketenangan jiwa. Ia akan tidak mampu melayarkan bahtera hidupnya kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangan mereka.



Wednesday, February 25, 2015

(RG & WD) - Perjuangan Diri & Hidayah

Assalamualaikum....

Sedih bila kita kenangkan... cukupkah diri kita dengan ilmu, ibadah dan iman sebagai bekalan kita mengadap Ilahi kelak? Sesungguhnya peringatan ini untuk diri saya sendiri di samping berkongsi dengan rakan-rakan semua.

Saya terpanggil untuk coretkan sesuatu di sini di mana saya jadikan nasihat-nasihat dari ruang I Luv Islam sebagai rujukan. Terlintas untuk berkongsi apabila kejadian yang berlaku di sekeliling kita... menjadikan kita manusia alpa yang baru tersedar dr mimpi dunia.

Subhanallah... jika umur sudah menginjak ke separuh abad, tetapi masih mengamalkan cara hidup yang terpesong dari ajaran kita, menggeleng kepala saya mendengarnya. Umur tidak menghadkan seseorang itu untuk terus melakukan dosa. Ya Allah... jagalah diri kami semua.

Manusia tidak mempunyai daya memberi petunjuk (kebenaran) hidayah pada manusia lain walaupun mereka adalah orang-orang yang kita sayangi. Allah sahaja yang berkuasa memberi petunjuk (kebenaran) hidayah pada manusia yang Dia inginkan tidak kira rupa,umur, kaum dan sebagainya. Allah sahajalah yang Maha Mengetahui setiap hamba yang berusaha (terbuka hati) mencari hidayah Allah.

Ya, benar, hidayah milik Allah, Allah pemegang setiap hati, namun kita disuruh berusaha, berusaha mencapai apa yang kita mahu. Kita boleh beri seribu alasan di dunia ini, “ah, nanti sudah tua aku berubahlah taubat, muda-muda mahu enjoy” “ah nanti-nantilah solat mengaji Al-Quran, belum nak mati pun kan sihat ni, dah tua sakit nanti buatlah” persoalannya, yakin kah ESOK MASIH ADA.. duduk dan renung, andai hari ini saat ini, apa yang anda lakukan sekarang adalah yang terakhir dalam hidup anda… bagaimana??

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” (21:35)

Setiap kata-kata Allah adalah benar, dan apabila Dia mengatakan setiap bernyawa pasti mati, ia akan mati, lalu bekalan apa yang kita bawa untuk melalui frasa selepas dunia iaitu alam barzakh (kubur) alam penantian sebelum hari kebangkitan (kiamat) dan hari perhitungan (akhirat). Berusaha mencari hidayah Allah tidak susah, ramai yang mempersoalkan bagaimana mahu mencari sedang hati belum terbuka. Hati belum terbuka adalah kerana sisa-sisa dosa semalam, umpama besi yang tidak digunakan, dibiarkan tidak disimpan, dijaga atau diubahsuai penggunaannya, lama-lama ia akan jadi rosak, buruk karat kerana berpanas dan berhujan. begitu juga hati manusia. Jika badan memerlukan nasi sebagai tenaga untuk bergerak, hati juga memerlukan tenaga untuk sentiasa bergerak melakukan kebaikan dan mencintai apa yang Allah cintai.. makanannya mudah sahaja, amal kebaikan. segala amal-amal kebaikan adalah penjana dan penggerak hati untuk terus melakukan kebaikan yang lain, asal ia dilakukan kerana Allah bukan untuk mendapat penghargaan manusia.

” …. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” (13:11)

Jadi mulai hari ini bersihkanlah hati daripada dosa semalam, daripada berburuk sangka, khianat, dengki, kerana hati yang bersih mudah menerima tarbiyyah illahi..(dengan izinNYA) dan sentiasalah berbaik sangka pada Allah, tidak Allah tetapkan sesuatu dengan sia-sia.. semuanya bersebab dan pengakhirannya adalah sesuatu kebaikan.

“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” (93:4)

“Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. “(93:5)

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”(93:11)

Jalan berusaha tidak sesusah jalan untuk beristiqamah, dan saat inilah akan berlaku pelbagai ujian Allah buat hambaNYA, kerana nikmat syurga Allah itu luar biasa, jadi jalannya haruslah berliku, namun jangan khuatir duhai hati, Allah sentiasa bersama kita, dan jangan sesekali merasakan diri itu jahat, dan tidak layak ke syurga, kerana syurga neraka itu juga milik Allah, siapa yang berada dalamnya semua dibawah pengetahuan Allah, bukan manusia. namun jangan pula merasakan diri terlalu mulia untuk masuk ke syurga Allah, kerana kebongkakan itu sekelip mata Allah boleh hapuskan amal kebaikan kita. tugas kita untuk berusaha melakukan kebaikan sehingga akhir nyawa, dan berdoa agar allah memberi rahmatNYA untuk kita masuk ke syurgaNYA.

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (12:87)

Semoga pintu hidayah sentiasa terbuka luas buat kita dan Allah tidak menariknya semula.. InshaaAllah. Wallahualam~


Rujukan dan petikan dari : I Luv Islam





Monday, February 23, 2015

(RG & WD) - Cemburu Buta

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ni macam-macamlah terjadi. Nak tergelak pun ada. Aduhai... dunia, dunia :). Bercakap about cemburu ni, memang memeningkan kepala. Kalau kita cemburu untuk success, ok lah juga, jika cemburu kita tu dijadikan perangsang dan pengajaran untuk kita memperbaiki diri dan kehidupan kita. Ini tidak.... cemburu yang entah apa-apa ni. Kadang-kadang, yang tua pun cemburu dengan lelaki or perempuan muda. Dapat apa ye? Fikir-fikirlah sendiri ok.

Perasaan cemburu yang terlampau sehingga langsung hilang kepercayaan pada pasangan. Sentiasa berfikiran negatif dan kalau boleh mahu berada di samping pasangan setiap saat. Mengawal setiap gerak geri pasangan. Kalau cemburu dengan pasangan kita or couple, suami isteri, bolehlah dipertimbangkan... Ini cemburu yang melampau dengan seseorang yang bukan milik anda. Kalau kata kurang sopannya.... "syok sendiri" lah kan.

Kita boleh berasa cemburu kepada seseorang walaupun antara kita dan orang itu tidak ada apa-apa ikatan hubungan yang mesra. Dalam erti kata yang lain kita boleh berasa cemburu walaupun kita baru mengharap-harapkan sahaja akan hubungan itu.Maksudnya, kita baru tertarik dengan orang itu sahaja (Ataupun anda je yang tertarik dengan orang tu, orang tu maybe tak pun kan...)

Emosi cemburu dalam keadaan itu dipenuhi oleh perasaan mengharap-harapkan orang itu, cintanya kemesraannya dan kehadirannya. Kita juga sangat mengingini apa yang dimiliki oleh orang itu. Lazimnya kita berasa malu kerana mencemburuinya. Kita tidak menaruh apa-apa kecurigaan dan syak ke atasnya. Kita juga tidak menaruh perasaan tidak percaya kepadanya. Kita juga tidak mengalami takut kehilangannya dan sakit hati kerana dimungkiri.

Oleh itu, jangan sekali-kali menjadi hamba cemburu. Cuba teliti dan selidiki diri kamu, sama ada kamu mempunyai tanda-tanda orang yang terlalu cemburu buta. Jika ada, segera kikisnya dan jadilah seorang yang prihatin, memahami dan bertolak ansur.

Kuasa Tarikan

Salah satu teori psikologi yang cuba menerangkan gejala perasaan cemburu ialah teori kuasa tarikan. Kuasa tarikan ialah faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keupayaan menarik minat orang lain kepada dirinya. Setiap individu memiliki kuasa tarikan. Setengah-setengah isteri memiliki kuasa tarikan yang amat tinggi ke atas suami mereka dan juga ke atas lelaki-lelaki lain. Ertinya, sebagai mana suaminya tertarik kepadanya, begitu juga lelaki-lelaki lain.

Hal yang sama juga berlaku di kalangan lelaki. Walaupun sudah beristeri, ramai wanita lain masih amat tertarik kepada mereka. Namun ada pula isteri yang tidak memiliki daya tarikan langsung ke atas suami mereka. Begitu juga di kalangan suami. Tetapi tidak ada orang yang memiliki kuasa tarikan ke atas semua orang. Dalam erti kata yang lain, kita hanya dapat menarik minat orang-orang tertentu sahaja.

Pakar-pakar psikologi mengatakan ketidakseimbangan kuasa tarikan mempunyai kesan ke atas emosi, khususnya emosi cemburu. Isteri yang rendah kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia teramat mencintai suaminya. Sebaliknya, si suami yang tinggi kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia tidak berapa mencintai isterinya. Ini berbeza dengan pasangan yang mempunyai kuasa tarikan seimbang. Mereka berasa mereka mencintai pasangan mereka sebagaimana yang sebenarnya mereka rasakan.

Beberapa sikap cemburu buta

Suka Menyiasat Gerak Geri
Sifat yang mulanya ok, tetapi bila agak keterlaluan boleh mengundang padah. Suka mengetahui ke mana anda mahu pergi, dengan siapa, hatta walau pergi ke tempat kerja, nak tahu secara terperinci apa yang anda lakukan. Telefon tidak henti berdering untuk mengetahui apa yang anda buat, dengan siapa anda sedang bersama. Uhh jenuh dapat pasangan begini.
Yang ni sangat ketara ye. Tak kiralah orang tu muda ke tua.. aduhai. seram saya part2 ni especially yang cemburu tu orang2 tua kepada yang muda2 :)

Bersifat Sentiasa Curiga
Lelaki mudah cemburu, apatah lagi seandainya pasangannya seorang wanita yang molek, cukup pakej walaupun sudah beranak tiga. Lelaki tersebut sentiasa ada sikap suka menganggap anda seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan anda, apatah lagi anda punyai kecantikan, kecerdikan dan ketrampilan yang memikat. Lagi-lagi, kalau si pasangan itu sering sahaja diganggu oleh anasir luar. Bagi wanita, walaupun anda tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu, si dia tetap merasakan yang anda cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan tidak bersalah dalam hal ini. Apa yang anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.
Tak habis-habis nak berprasangka. Kita tak bercakap pun dia kata kita berahsia. Aduhai... makan dalam ni :)

Bersikap Panas Baran
Uhh kebanyakkan kaki cemburu akan ada sifat sebegini, bersikap panas baran terutama pada lelaki. Bahana si kaki cemburu yang ada sifat begini akan menjadikan kehidupan anda merana, ini kerana anda adalah sebahagian daripada hidupnya. Mereka yang ada sifat sebegini, pantang ada silap sikit, pantang kalau ada perkara yang membuatkan dia merasa curiga, pasti akan dimarah bagai nak rak. Benda kecil diperbesarkan, tiada istilah api kecil .. sentiasa sahaja api marak dalam hati yang penuh cemburu.
Nak marah, sila marah... tapi jangan naik kaki dan tangan ok!

Sering Bersikap Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu anda mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah
betul anda nak puaskan hatinya. Kadangkala anda akan terfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda? Sehinggakan pada satu tahap anda akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia setiap hari.
Memanglah kan.. tak puas hati memanjang. Sudah-sudahlah tu hehehe...

APA-APA PUN.... TAK PAYAHLAH NAK CEMBURU SANGAT DENGAN SAYA YE PUAN YANG DIHORMATI.....
PELIHARALAH HUBUNGAN KITA KERANA ALLAH.
Maaf, jika ada bahasa yang kasar.



(WD) -Beautiful Collections for Friends

To All friends... U may copy these beautiful faces :)
























Sunday, February 22, 2015

(RG) - Mencintaimu


Cinta tidak akan datang dengan sendiri jika ia tidak dicari. Segala benda yang kita inginkan, kita perlu berusaha. Even bila hati kita suka dan minat pada seseorang, pandai pula kita meletakkan criteria yg bagaimana rupa paras dan tingkah laku seseorang tu untuk mata kita terus melihatnya. Tetapi kenapa apabila timbul soal cinta dan jodoh, kita terus mengatakan “Belum ada jodoh lagi”? Segala benda yang kita mahukan mestilah perlu ada usaha. Termasuklah dengan bercinta.Jika anda mengatakan anda tidak ada jodoh dan masih tidak mempunyai pasangan, fikir-fikirkanlah adakah anda sudah berusaha untuk mendapatkannya?

Adakah anda sudah berdoa memohon kepada Allah SWT untuk memberikan anda petunjuk dan jalan mencari jodoh anda?Jadi, jika anda masih lagi keseorangan dan mengharapkan jodoh datang terjelepuk di sebelah anda, fikirkanlah semula. Anda perlu berusaha untuk mendapatkannya. Cinta perlu dicari kerana ia tidak akan datang bergolek dengan sendiri. Semoga anda berjumpa dengan seorang pasangan yang terbaik untuk anda dan mudah-mudahan segala urusan anda akan dipermudahkan olehNya yang Maha Berkuasa. Aminnnn....


I definitely love you Mr! :). You are my soul and my 1 star in between those stars that is sparkling on the Allah's beautiful sky...

Mewangi - Akim & The Magistrate

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
IndahKu menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
IndahKu menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


Saturday, February 21, 2015

(RG & WD) - Sahabat Hati


Dilema dalam kehidupan bila punya sahabat yang ramai dalam senarai hati kita. Manusia tidak mampu hidup keseorangan itu di akui oleh semua insan yang di kurnia perasaan mahukan teman. Tidak kira apa fungsi yang di bawa oleh seorang sahabat, mereka tetap dambakan sahabat di sisi mereka.

Sahabat kita punya perasaan, perasaan yang perlu dijaga & dibelai. Perasaan memahami antara satu sama lain dan menaruh kepercayaan. Inilah fitrah manusia dan fitrah sebuah persahabatan pasti ada di sana ujian untuk menguji sejauh mana keberkesanan sebuah persahabatan.

Jika benar kita ini bersahabat kerana ALLAH kenapa harus setiap perkara kita mudah terasa? Jika benar kita sahabat kenapa harus di pertaruh perasaan sayang antara kita? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di ruang sudut kecil hatinya.

Marilah kita sama-ssama-sama menjaga silaturrahim kita agar sentiasa dipelihara hubungan kita bersama sahabat hati dan dijauhi syaitan yg sentiasa mengganggu hubungan jujur sesama Muslim. Persahabatan yang jujur takkan terputus begitu saja walaupun ada pasang surutnya. Itulah istimewanya sahabat hati jika kita bandingkan dengan hubungan sepasang kekasih.

Hati seorang sahabat itu peka,
Kerana dia behubung dengan jiwa sahabatnya,
Menyayanginya melebihi diri sendiri,
Atas dasar mencari redha Ilahi.



Tuesday, February 10, 2015

(WD) - My Heart, My Daffodils

We meet again...
It is my heart.... your promise!
Gone with the wind...

I wandered lonely as a cloud
That floats on high o'er vales and hills,
When all at once I saw a crowd,
A host, of golden daffodils;
Beside the lake, beneath the trees,

Fluttering and dancing in the breeze.
Continuous as the stars that shine
And twinkle on the milky way,
They stretched in never-ending line

Along the margin of a bay:
Ten thousand saw I at a glance,
Tossing their heads in sprightly dance.
The waves beside them danced;
But they Out-did the sparkling waves in glee:

A poet could not but be way,
In such a jocund company:
I gazed--and gazed--but little thought
What wealth the show to me had brought:
For oft, when on my couch I lie
In vacant or in pensive mood,

They flash upon that inward eye
Which is the bliss of solitude;
And then my heart with pleasure fills,
And dances with the daffodils.