Allah s.w.t tidak suka hamba-hambaNya bersedih. Dia sentiasa memberikan peringatan dan semangat bahawa setiap kesusahan ada kemudahan. Setiap bebanan mengikut kemampuan hamba-hambaNya.
Allah sentiasa memberikan kata semangat dan pendorong kepada hamba-hambaNya yang ditimpa ujian dan kesusahan. Dia memberikan kekuatan agar hambaNya tidak rasa kehilangan dan hanya berseorangan.
Rasulullah sendiri tidak mahu umatnya bersedih. Apabila Rasulullah bersedih hati, Allah sentiasa menghampiri. Malaikat, isteri, dan para sahabat sentiasa ada di sekeliling nabi. Hatta, Rasulullah yang sentiasa memberikan peringatan akan hari yang terkemudian, tidak sesekali meminta umatnya menghindarkan segala pekerjaan, makan,minum, segala urusan diri dan fitrah setiap insan hanya semata-mata untuk hari kemudian. Kerana, manusia tetap manusia, ada fitrah dan perasaan. Inilah hebatnya manusia sekiranya benar di atas landasan-Nya.
Tetapi,
Janganlah kerana anda tidak bersedih, anda tidak mengetahui apakah itu tangisan. Menangislah, kerana ia adalah suatu rawatan hati dan menghilangkan tekanan dalam diri.
Tangisan bukanlah hanya untuk kesedihan. Banyak lagi tangisan yang mendatangkan pelbagai persoalan dan jawapan. Malah, tangisan jua yang menyelamatkan anda dari azabNya di sana.
Ada orang menangis kerana sakit.
Ada orang menangis kerana gembira.
Ada orang menangis kerana takut kepada Tuhan.
Ada orang menangis kerana suatu kerinduan.
Ada orang menangis kerana suatu pengharapan kepada Allah s.w.t.
Berhentilah berfikir untuk lemah diri. Mari, terus mengorak langkah maju untuk mencari kegembiraan dan redha Ilahi.
Betulkah “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”?
“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
******************
Atau saintifiknya...
'Menurut pakar Biokimia dari Sant Pholl Medical Centre, Dr. William Freg yang mengkaji tentang air mata selama hampir 15 tahun menyatakan bahawa menangis memberikan manfaat dari segi psikologi, fisiologi dan juga spiritual. Beliau telah menyenaraikan sebanyak 7 sebab perlunya manusia menangis hasil daripada kajian yang dilakukan :
1. Air mata membantu manusia melihat.
Air yang keluar dari mata kita sebenarnya membantu kita melihat dengan lebih jelas. Ia bukan sekadar bertindak sebagai pelincir kepada biji mata dan juga kelopak mata, tetapi juga berfungsi untuk mengelakkan mata menjadi kering. Jika pelincir ini tidak wujud, mustahil kita dapat melihat. Dalam jangka masa yang singkat, air mata sekali gus dapat mengubah dan memberi kesan yang berbeza bergantung kepada individu. Jadi, biarkan air mata membasahi kornea mata kita agar kita dapat melihat dengan sempurna.
2. Air mata membunuh bakteria.
Kita sepatutnya bersyukur dan rasa bertuah kerana mempunyai air mata. Kerana kita sudah tidak memerlukan peluntur atau pembasmi kuman untuk mata kita. Sebab, air mata mengandungi anti-bakteria dan juga anti-virus semulajadi yang bertindak sebagai pembasmi kuman yang masuk ke dalam mata dari persekitaran secara sengaja atau pun tidak. Ia juga mempunyai sejenis enzim yang dapat membunuh bakteria sehingga 95% dalam masa kurang daripada 10 minit. Tak sure pulak aku enzim apa yang dalam mata kita ni. Actually, bukan tak sure, memang tak tahu. ;P
3. Air mata menyingkirkan toksik bersamanya.
Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa air mata emosi yang mengalir kerana kesedihan dan tekanan mengandungi banyak toksik berbanding air mata yang disebabkan oleh gangguan benda asing misalnya ketika kita mengupas bawang. Tak tahu lah kot-kot korang tak pernah kupas bawang kan. Persoalannya sekarang, adakah air mata itu toksik? Tidak sama sekali ye kawan-kawan! Air mata sebenarnya berfungsi untuk menyingkirkan toksik dari badan yang terhasil kerana stress. Air mata ni kira macam terapi semulajadi atau sesi urutan untuk mengeluarkan toksik tetapi dengan kos yang paling murah tanpa perlu mengeluarkan cash dari atm pon!
4. Menangis boleh menaikkan mood.
Anda tahu berapa tahap Manganese (Mn) dalam badan anda? Aku pon tak tahu! Tapi kita sangat bertuahlah kalau-kalau jumlahnya adalah rendah kerana terlalu banyak terdedah kepada manganese boleh menyebabkan kebimbangan, gemuruh, cepat marah, agresif dan juga semua perasaan gembira akan lenyap. Dengan menangis boleh mengurangkan tahap manganese dalam badan sama seperti membuang toksik dari badan. Air mata mengandungi 24% protein albumin yang boleh menjadi mengangkut kepada molekul yang lebih kecil. Inilah yang dilakukan oleh air mata ketika menangis kerana sedih. Jadi, kalau korang mengalami simptom-simptom yang di atas, banyak kanlah menangis supaya manganese dalam badan dapat dikurangkan. hehe.
5. Menangis boleh mengurangkan stress.
Air mata sama seperti peluh yang keluar semasa bersenamrobik, tak pon berjoging keliling kompleks sukan. Paling koman pon sidai baju kat luar rumah. Ia membuang sebahagian bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kerana stress. Hormon yang terlebih dikeluarkan seperti endorphine luecine dan prolactine kerana kalenjar pituitari terganggu telah memberi kesan kepada mood dan mengawal stress. Oleh itu dengan menangis ternyata dapat menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan yang dihasilkan oleh badan tanpa perlu bersenamrobik lagi.
6. Air mata mengukuhkan hubungan.
Menangis bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga dapat mengeratkan hubungan. Apabila melihat orang lain menangis, secara tidak langsung kita akan merasa simpati dan akan cuba untuk membantu dan memujuk. Walaupun tidak mampu untuk mengurangkan masalah tetapi sekadar menjadi pendengar sudah mampu untuk meringankan beban yang sedang dipikul. Tapi jangan pula jadikan menangis sebagai alasan untuk menagih simpati! Sesi pujuk-memujuk akan berlaku sekali gus akan membahagiakan kedua pihak dan rasa dihargai. ;)
7. Air mata membebaskan perasaan.
Sehebat mana dugaan yang dilalui dan malang silih berganti. Namun, air mata adalah pilihan yang terbaik untuk meluahkan perasan. Kadang kala perasaan itu bersarang di dalam hati, terbuku dan tidak dapat diluahkan. Menangislah kerana ia mampu untuk melegakan emosi dan melepaskan semuanya kerana ia baik untuk sistem saraf dan jantung.'


No comments:
Post a Comment