Assalamualaikum...
Jangan terkejut baca tajuk tu. Title je sama dengan novel Syah Shah tapi isi dalam lain. Saya memang suka baca si Fawwaz dalam Lelaki Sedingin Dia ni.. Fawwaz Hakim. Oh... he is really different :). But di sini... kita cerita about general terms of lelaki sedingin dia ok. Tak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Kadang-kadang mungkin ada dari segelintir kita yang merasa pelik, kenapa kita terjumpa lelaki yang bagi kita tiada perasaan simpati, kasih sayang atau cinta kepada perempuan. Ooopppss! Jangan salah sangka ya. Mereka ini buka lelaki tiruan.. tetapi lelaki yang betul-betul lelaki dan tidak ada yang terpesong pun attitude nya di sisi Islam. Tetapi mereka ni kita boleh category kan sebagai "lelaki yang selamba... or lelaki yang malas nak fikir benda-benda remeh-temeh... or lelaki yang tak ada masa nak bergossip... or lelaki yang sebenarnya.. hanya mereka saja tahu apa ada dalam hati mereka dan tidak ditunjukkan terhadap kita.
Mereka ini bukan tiada perasaan kasih sayang tetapi kadang-kadang terlampau cool sampai perempuan pun tak faham perangai mereka. Contohnya... perempuan akan berfikir.. "betul ke dia suka aku ni? macam tak je.. tapi kadang-kadang macam ambil berat". Sememangnya kita tak boleh nak baca isi hati lelaki ini dan juga tidak dapat faham body language or their actions. Because of this lah kadang-kadang perempuan akan melabelkan lelaki-lelaki ini "Lelaki Dingin... Macam Salju... or... favorite words.. --> Stone Cold.
Adakah perempuan berasa derita or sakit hati jika berkenalan dan berkawan dengan lelaki-lelaki sebegini? Hahaha... Well, that question, you have to ask yourself. Because everyone of us.. we have a different criteria for a man that we wanted to spend time with or to be friend with. I have my own reasons to be with this type of man. Saya senang dengan mereka ini kerana kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini adalah lahir dari hati mereka. Dan bukan kata-kata yang direka untuk menyenangkan hati perempuan. Mungkin kita perempuan akan berkecil hati dengan kata-kata mereka. Tetapi itulah sebenarnya yang perlu kita dengar untuk kebaikan kita or untuk kita improve diri kita yang banyak kekurangan ini. Well... I choose to be with them.. this type of man. Well... jom kita jenguk sikit points-points yang mungkin ada related to "Lelaki Sedingin Dia" :)
Bagi perempuan, jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri. Tetapi juga, bagi perempuan... adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini mereka pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.
Tetapi..
Bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan mereka menganggap si dia adalah ONLY ONE.. Maka, sudah tiba masanya untuk mereka meluahkan perasaan mereka terhadap lelaki. Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Mereka mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati mereka terhadap lelaki dengan harapan cinta mereka dibalas. Cuba teka kemungkinan... jika mereka ini menyatakan rasa hati kepada "Lelaki Yang Dingin"... kemungkinan kejadian lain akan terjadi. Bukan bermakna lelaki ini tidak suka mereka cuma mungkin ada faktor-faktor yang boleh melambatkan penerimaan rasa hati kepada perempuan ini :)
1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional
Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”. Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya). Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK. Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.
2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!
Betul – ada kemungkinan! Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini. Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda. Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.
Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.
Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud. Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.
Tragedi Bermula!
Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku. Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.
Adakah anda (perempuan) pernah mendengar perkataan-perkataan yang berbunyi begini?.. Jika ada, selidik dulu kenapa mereka (lelaki) menjadi SEDINGIN ini hingga kadang-kadang terlepas kata-kata sebegini dari mulut mereka walaupun mungkin mereka tidak pernah memaksudkannya :)
“Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku."
“Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!”
Sampai bila hati kering seorang lelaki boleh bertahan dengan pesona yang ada pada seorang perempuan? Mampukah seorang perempuan mencairkan hati dingin seorang lelaki?
SEORANG LELAKI YANG CINTAKAN KITA VS AMBIL BERAT TERHADAP KITA
Saya juga ingin berkongsi di sini apa bezanya seorang lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan vs seorang lelaki yang ambil berat terhadap perempuan?
Secara asasnya, bila ada cinta, hati akan ada satu debaran yang lain macam. Itu tak boleh diungkap dengan kata kata, kita kena rasa sendiri. Apabila seseorang itu mengambil berat cuma sebagai kawan saja dengan kita, lain pula perasaanya. Yang penting di sini, jangan mudah perasan! Jika cinta wujud, pastinya akan ada perasaan yang ketara timbul di antara kita berdua. Jika hanya kawan, tiada perasaan istimewa yang muncul.
Dalam proses mengenali seseorang, kita akan berjumpa dengan ramai orang dengan bermacam ragam. Ada di antaranya, kita akan berkenalan dengan seseorang yang nampak sangat sempurna peribadi dari luarannya. Dia nampak seolah-olah berminat dengan kita. Dia melayan kita dengan baik, dia suka bergurau mesra dengan kita dan pendek kata kita gembira bersamanya.
Tunggu dulu, jangan jatuh hati dulu. Selagi seseorang itu belum melafazkan secara jelas kata-kata cinta terhadap kita, jangan mudah buat kesimpulan awal. Nanti diri sendiri yang malu. Ini kerana memang ada jenis individu yang mudah ambil berat terhadap kawan-kawan dan mudah mesra. Jadi jangan terkeliru.
Antara cinta dan ambil berat, kadang-kala sempadannya sangat nipis. Ini kerana ada yang mengatakan, cinta ada cinta pasti wujud sifat ambil berat itu. Dan juga dari sifat ambil beratlah juga akan timbul cinta. Jadi di sini, untuk mengelakkan kekecewaan jika orang yang kita sangka meminati kita rupanya sekadar ambil berat sebagai kawan sahaja, jangan mudah jatuh hati dulu. Mungkin saja rakan kita yang suka ambil berat tentang kitaitu dah ada pasangan? Sebab tu kadang-kadang dia menunjukkan sikap DINGIN nya kepada kita...
Ada nasihat yang mengatakan, kalau nak buat baik dengan seseorang, berpada-padalah, jangan sampai orang lain salah faham atau kita sendiri yang salah faham. Kerana soal hati dan perasaan ini adalah perkara yang sangat sulit. Bila sudah jatuh hati susah akibatnya nanti. Oh well.... :) peringatan untuk saya sendiri jugakan :)
Berkawan ada dua jenis, satu yang kawan sampai mati dan kedua, yang berkawan kerana niat hendak ‘mengusha’. Tidak kira lelaki atau perempuan, jika dia menganggap seseorang itu sahabat baik sehidup sematinya, sampai bila bila lah perasaan cinta tidak akan muncul. Orang kata “tak ada feel”.
Berkawan jenis lagi satu pula adalah berkawan untuk berkenalan mana tahu nanti boleh dijadikan pasangan. Di sini juga ada kes yang berlaku di mana sahabat baik sendiri telah jatuh cinta terhadap rakannya. Banyak berlaku sebenarnya. Ini adalah kerana apa? Kerana sikap ambil berat. Kita mungkin tidak tahu ada tingkah laku kita secara tidak sengaja telah membuatkan sahabat baik kita sendiri jatuh cinta pada kita.
Apa-apapun... jangan takut untuk berkawan dengan "Lelaki Sedingin Dia" kerana mereka ini juga hanyalah manusia biasa dan seorang lelaki yang ada perasaan... cuma bezanya mereka ini pandai dalam menyembunyikan perasaan mereka. Wallahualam :).
Bye....

No comments:
Post a Comment