Saturday, July 25, 2015

(RG) - Inspirasi Jiwa - Thanks Abang

Assalamualaikum friends.

Bila bercakap about INSPIRASI JIWA.. selalunya kita akan terbayangkan inspirasi yang dari berlainan jantina. Sumber inspirasi kepada perempuan adalah lelaki, dan lelaki pula adalah perempuan. Tetapi kadang-kadang kita lupa.. sumber inspirasi jiwa yang utama adalah Allah, ibu bapa kita, ahli keluarga dan kawan-kawan.

Tetapi di sini saya cuma nak zoom kan or boleh dikatakan saya ambil salah satu inspirasi iaitu, lelaki adalah inspirasi kepada wanita. Cukup buat masa ini saya cuma kupaskan inspirasi yang satu ini, iaitu wanita dan lelaki. Kalau kita nak bercakap about inspirasi kita yang paling utama iaitu ALLAH, IBU BAPA dan rakan-rakan yang lain, akan mengambil masa yang panjang. Mungkin saya akan menulis di hari lain about this...

Ok... Jom kita sembang about Lelaki Itu Sumber Inspirasi Jiwa Kepada Wanita :)

If menurut pemahaman saya... inspirasi adalah kata lain dari ilham, Sedangkan kata ilham sendiri memiliki tiga erti:

1. petunjuk Allah yg timbul di hati
2. fikiran (angan-angan) yang timbul dari hati,bisikan hati
3. sesuatu yg menggerakkan hati untuk mencipta

Hahaha... kalau anda tanya saya about siapa lelaki yang menjadi sumber inspirasi saya... hemmmm... oh yeah! I have the answer. Definitely I am sure having that. But.. enough if I say... He's a man that InshaaAllah cukup syarat menjadi teman hati saya. Saya respect and sayang dia.. Dia juga banyak membimbing saya. Thanks "U".. yup! "U" lah :). Yes.. my abang.. always be with me susah dan senang. Love U always. .

Ya.. mungkin kebanyakan wanita akan melihat ciri-ciri berikut ke atas seorang lelaki untuk menjadikan lelaki ini teman hidupnya atau boleh dikatakan untuk menjadi sumber inspirasi kepada wanita :)

Selain faktor lelaki yang beriman dan beramal soleh, pasti ada beberapa kriteria lain yang di cari-cari setiap wanita.

Berkerjaya tetap

Kerjaya lelaki adalah asas utama wanita memilih anda. Lebih tinggi kerjaya, pendapatan dan masa depan yang konsisten, lebih bernilai anda di mata wanita. Jangan cepat mengalah jika tidak mendapat pendapatan tinggi sebaliknya usahakan segala kudrat kerana anda sememangnya dilahirkan sebagai khalifah untuk memimpin wanita.

Berfikiran matang

Wanita tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran terbaik saat mereka memerlukan anda. Dalam hal ini anda harus matang, bermakna anda perlu mempunyai pengetahuan luas khususnya dalam perkara membuat suatu keputusan. Sikap keanak-anakan juga boleh dikategorikan sebagai tidak matang, apalagi kerana hal yang kecil diperbesarkan.


Mampu selesaikan pelbagai masalah

Masalah memang menyerabutkan fikiran tetapi lelaki berkualiti mampu menyelesaikan dan mendepani masalah dan menanganinya dengan sangat bijak. Lari daripada masalah bukan cara penyelesaian, sebaliknya bagaimana anda menanganinya membuatkan kualiti anda di mata wanita sangat tinggi. Amat bersesuaian kerana lelaki dilabel sebagai nakhoda dalam rumahtangga.

Urus masa dengan baik

Ramai lelaki tidak mampu mengurus masanya sendiri. Banyak masa dibuang begitu sahaja dengan melepak, borak kosong, mengganggu di jalanan dan sebagainya. Aktiviti merempit adalah lambang seorang lelaki yang suka membuang masa. Ia adalah satu tindakan kurang bijak. Agar anda dilihat berkualiti di mata wanita, maka sikap dan perlakuan ini perlulah dibuang jauh.

Setia

Anda mungkin sering mendengar lelaki golongan yang sukar setia dan bermata keranjang. Namun untuk memilih yang terbaik dalam hidup, seterusnya masa depan anda yang masih panjang (perkahwinan, anak-anak dan hari tua), kesetiaan amat perlu. Tiada wanita yang sukakan hidup bermadu dengan berkongsi suami. Banyak rumah tangga runtuh dan puncanya kerana lelaki tidak setia pada pasangan.

Tidak ganas

Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun memukul wanita adalah perkara yang tidak boleh anda lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke tubuh, alamatnya hubungan anda tidak akan kekal lama, kerana sekali akan ada dua dan seterusnya perlakuan ganas itu. Maka belajarnya menjadi seorang yang penyabar.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.

Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.

Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

11. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.

Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

12. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

13. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

14. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

15. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

16. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.

Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

17. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda....


Kebahagiaanmu... sumber inspirasiku :). Saya sayang awak juga... teman hati saya.. You are MY SOUL OF INSPIRATION.... THANKS ABANG FOR ALL THE SUPPORT YOU HAVE GIVEN TO ME


No comments:

Post a Comment