Monday, December 30, 2013

(RG & WD) - Commercial Break with Novels


Sekali sekala jom kita mencelah bagi review sikit dekat buku or novel... Tapi novel ni of course yang kena berkaitan dengan my "Red Guitar" : "White Dandelioan" kan. Kalau tak nanti, lari tajuk pula :)

Oklah, dipendekkan cerita, kisah kita ni, orang perempuan, masa kecil2 dan muda belia selalu je angankan diri jadi Cinderella yang berjumpa Prince Charming. Saya pun macam tu juga dulu :) . Siap boleh tulis dalam buku lagi, apa dia character Prince Charming yang saya nak hahaha.. Gatal betulkan. Belajar tak habis lagi masa tu, sibuk nak fikir pasal Prince Charming.

********************

Baiklah.. buku yang saya nak share ni adalah hasil karya Anna Lee "Mencari Mr Charming". Kenapa saya memilih buku ini? Hahahaha.... macam biasalah. Kita kan masih membincangkan tentang our White Dandelion, wanita anggun... So, mestilah saya pilih buku ni. Saya nak tahu juga apa Mr Charming idaman wanita :)

Anna Lee "Mencari Mr Charming".



Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?

Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak popular , tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama Indah Water. Kehidupan Indah Lara huru-rara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada Indah Water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.

Indah Water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya indah Lara. Dia menyampah sungguh dengan watak hero ciptaan Indah Lara yang terlampau kacak dan romantik. Katanya, Indah Lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .

Indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud. Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada Indah Water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. Sehingga dia bertemu dengan Sam , lelaki yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama!

Tetapi , benarkan Sam itu prince charming yang dicari selama ini? Apakah kriteria prince charming ?

Dapatkah Indah Lara menjadi penulis yang berjaya?

Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya? Dan yang paling penting ... siapakah Indah Water? Kenapa Indah Water membenci indah Lara? Adakah Indah Water itu prince charming yang dicari?

**********************


Dan buku yang seterusnya adala hasil karya Cahaya Ain "Muridku Suami Aku?" . Saya pilih buku ini kerana Akmal ni memang suka sangat muzik. Dan dia pemain gitar ye. Apa saya cakap tadi or sebelumnya? Saya idol those men yang know how to play guitar :)

Cahaya Ain "Muridku Suami Aku?"



Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ' kawasan larangan ' bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Ariana selamanya.


Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanam itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Ariana dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua.

Orang kata, jangan kita terlalu membenci seseornag, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Ariana takut dan gerun dengan Akmal yang macam samseng itu, kadangkala pula timbul rasa menyampah dalam hati Ariana.


Bye for now.... nanti kita sembang2 lagi ye.

2 comments:

  1. thanks dear for the review. besttt. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome :) baca 2 kali novel ni hehehe... best! Even cerpen yg 4 bab tu.. Thumbs up

      Delete