Sunday, December 29, 2013

(WD) - Who Is The White Dandelion?

Saya menulis ikut jari yang bergerak di atas keyboard :) dan alphabet yang menari2 di dalam fikiran saya....

Jadi, ada coretan yang menggunakan "Aku" dan ada yang menggunakan "Saya. Tengok situasi dan keadaan ya.

*****************************

"The dandelion found herself plucked from the ground and lifted high. The downy seeds danced away on her breath. And the dandelion was free, free to travel in a hundred directions...."

Ini tak ada kaitan dengan sesiapa ya. Saya yang meletakkan dan mentafsirkan dari pandangan mata dan otak kecil saya yang setulus hati wanita adalah seputih dandelion yang lembut tetapi tangkainya tegak mendongak ke langit seperti sungguh berkeyakinan memandang matahari.

Indahnya ciptaan Allah menjadikan wanita itu se unik2 makhluk. Alhamdulillah... Jom, saya share sikit sebagai pembuka kata or pembuka blog untuk part white dandelion ni :)

  • Ketika wanita diam, bererti banyak hal yang sedang difikirkannya.
  • Ketika wanita lagi tidak minat meneruskan kata, bererti dia sedang berfikir dalam-dalam.
  • Ketika wanita melihat kamu dengan tatapan penuh persoalan, bererti dia sedang berfikir berapa lama lagi kamu akan berada disisinya.
  • Ketika wanita menjawab kamu: “Saya baik-baik saja” setelah beberapa detik, bererti dia tidak sepenuhnya baik.
  • Ketika seorang wanita menatap kamu, bererti dia sedang bertanya-tanya mengapa kamu berdusta kepadanya.
  • Ketika seorang wanita meletakkan tangannya di dada kamu, bererti dia ingin bersama kamu selama-lamanya.
  • Ketika wanita menelefon kamu setiap hari, bererti dia sedang mencari perhatian.
  • Ketika wanita mahu bertemu kamu setiap hari, bererti dia mahu diri dimanjakan.
  • Ketika wanita sering message atau menghantar pesanan ringkas kepada kamu setiap hari, bererti dia berharap SMS dapat dijawab.
  • Ketika wanita meluahkan “I LUV YOU” bererti dia sedang jujur menuturkannya.
  • Ketika wanita mengatakan: “Aku tidak boleh meneruskan hidup tanpamu”, bererti dia telah memutuskan untuk menjadikan kamu pasangan bagi masa depannya.
  • Ketika wanita berkata “Aku rindu kamu”, bererti tak ada seorang pun yang lebih jujur darinya di saat itu.

Walaupun dekat point atas tu sangat simbolik tentang wanita, tetapi tak dinafikan, di zaman hitech sekarang ni, sesetengah wanita very straight forward. Dah lebih kurang lelaki. Tetapi jauh disudut hati, kelembutan itu masih ada..

Rasa2nya ada tak sesiapa yang macam ni? Entah2 saya seorang je yang macam ni. Eh! betul ke saya macam ni? Ego... kononlah I can survive without a man hahahaha... entah..




No comments:

Post a Comment