Beberapa hari lepas saya ada tweet to one of the writers... Tweet coz suka dia punya penulisan. Dan dua buku dia saya ada. And he is a nice person I guess, at that time. Eh! jap jap... tarik balik I guess tu. Memang dia baiklah :) . Coz semua twitter saya dibalas dengan jawapan yang sangat sopan :) . Berkenaaan buku2 nya dan ucapan terima kasih kerana membaca karya2 nya. Apa kata saya namakan dia Mr G. Senang sikit nak bersembang dekat sini. Saya suka karyanya kerana selepas di evaluate, penulisannya adalah datang dari kejadian yang sebenar yang berlaku sekeliling kita. Minta maaf, tak dapat nak share nama writer and publisher nya. Respect kan...
Dua hari ber twitter, then we add each other dekat fb. Interesting baca perjalanan hidup that Writer, sambil bekerja dan menulis. Bukan calang2 kerja. Belajar pun bagus. Jauh nun di Penang. Korbankan family... dok separate dgn family. Family dekat Kedah. Furtherance to that, dia kata... jom lah sembang dekat WhatsApp. Senang katanya. Dan dia pun jarang2 check fb. Busy. So, he gave me his phone number to chat dekat WhatsApp. We started menyembang since that until now.... Dia pun start promo buku2 or karya2 nya... dan siap offer, if beli terus dari dia (coz dia ada beberapa copies) akan dapat price yang murah sikit. Penghantaran free katanya. From Penang to KL tu. Tq ye Mr G. So saya pun setujulah beli dengan dia direct.
Dan yang paling saya respect sekali, dia tak pentingkan diri sendiri. Siap dia tanya, ada nak beli buku karya kawan2 dia juga ke? See? Dia tak tamak pun untuk ber business or hanya pentingkan karya sendiri. He still take opportunity to promote others. Bagus betul kan... So, itulah yang dikatakan, lelaki ni selalu bertindak menggunakan akal fikiran dan tidak emotional dalam membuat sesuatu (ok ok... maybe ada yang tak bersetuju dengan saya). No wonder, leader or ketua kita diangkat oleh Allah dari kaum Adam. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Termenung sekejap saya memikirkan ni. Coz saya ni selalu juga ego melangit and always talk to myself "I can do other jobs without a man" Hah! kereknya saya ni hahaha...
Mungkin ada yang emo lah kut, tapi tak ramai... contohnya, Boss saya. Emo memanjang hahaha.... kita ni pun pening dibuatnya hari2. Kalau lelaki yang perangai macam ni, emo je memanjang, saya selalu cakap "You pakai skirt je lah, jadi perempuan" hahahaha..
Ok, back to that nice man Writer tadi. Just now, beberapa minit yang lepas, he WhatsApp me again. Bertanya khabar... and say sorry to me if dia tak contact me for few days.. Katanya kerja banyak. I told him not to worry, as long as he post my book to me asap, that would be good and I am happy with that. Coz I dah buat payment. And it is not easy for me to trust people, transfer the money personally to his own account. Tapi, itulah.... dia buat sebaik mungkin untuk menjaga namanya dan menjaga Syarikat or Publisher yang menerbitkan bukunya. Dia siap kata dekat saya, "payment tu bila2 pun tak apa. You baca dulu buku tu dan bagitahu saya sama ada you suka atau tidak karya saya ". Alhamdulillah... bila berjumpa kawan yang boleh dipercayai dari culture yang berbeza dengan saya.
Mmmmm.... oklah, itu experience utk hari ni and few days ago. Kepada that writer, Selamat Berkenalan & Thank you for your nice and cool friendship :)
Tak salah lelaki dan perempuan berkawan, asalkan kita pandai menjaga batas2 perhubungan..


No comments:
Post a Comment