Sunday, December 29, 2013

(RG) - Siapa Or Apa Red Guitar Ni?

Hurmmm.....
Di hati teringin nak belajar main alat muzik. Kaki pun melangkah dari satu kedai muzik ke satu kedai muzik. Dok bercakap sorang2, nak main instrument apa ni? Keyboard ke guitar. Tapi kalau keyboard, macam best je. Boleh buat beat sendiri. Boring2 dapat juga tenangkan diri sendiri, create beat sendiri, dengar sendiri bagi diri sendiri happy.

Oklah... masuk je lah kedai ni. Nama kedai tak payahlah tulis dekat sini. Dirahsiakan. Nanti tak pasal2 buat promo free kedai ni hahahaha... tak adil nanti pula kan. Dah masuk dalam kedai, mulut pun ringan bertanya "Brother, kalau saya nak beli keyboard ni berapa ye?" . Brother ala2 tak berapa nak handsome ni pun pandang aku atas bawah, atas bawah.  Dia pun jawab "mmmm.... mahal ni dik, ada gak lah ribu2. Tapi ni nak beli untuk siapa? Hadiah ke?". Aku pun selamba je jawab "Saya punyalah bang. Tapi saya tak pandai main pun. Beli dulu then baru belajar sendiri. Google lah jawabnya". Brother tu dengan sopan dan bersungguh2 menjawab "Apa kata adik fikir betul2 dulu, nak belajar main instrument apa sebenarnya ni. Bukan apa, benda ni mahal. Nanti rugi pula beli". Aku pun jawab balik dekat brother tu "Oklah bang, terima kasihlah sebab jujur dengan saya".

Aku pun jeling2 sekeliling kedai then, nak blah lah. Tiba2 brother tu panggil dan tanya "suka belajar main guitar tak?". Aku pun jawablah.... "Saya nak belajar tapi macam susah je. Tapi kan saya suka orang lelaki pandai main guitar. Macam macho je :), Especially kalau dia main electric guitar color merah". Selamba je aku cakap macam tu kat brother tu. Mesti dia pelik dengan pening. Hahaha... suka hati aku je. Dia cakap lagi "Macam ni lah, jom pegi kedai member abang, dia ada jual guitar. Abang pun selalu lepak dekat situ. Kitaorang main muzik dekat satu kelab di Bangsar. Boleh tengok2 dan kalau betul nak belajar, kami ada sediakan kelas untuk belajar juga"

Aku tanya lagi.... "Jauh ke dari sini?". Dia tunjuk kedai yang selang 3 buah dari kedai keyboard ni. Nampaknya dekat je so aku pun follow je lah brother ni. Sampai kat kedai tu dia kenalkan aku dengan kawan dia sambil suruh aku pusing2 dan tengok2 apa2 yang aku berkenan kat situ.

Tiba2 kawan dia menyampuk, "Red Guitar ni simbol ketangkasan pemuzik lelaki semasa bermain guitar, especially bila time show, memang rasa layan habis. Rasa macho je, katanya sambil tergelak2. Aku pun pandang brother tu sambil fikir, biar betul brother ni. Nampak macam taksub betul dia dengan red-electric guitar yang memang bagi aku..... mengancam habis. I like. Aku pun dengan muka selamba cakap dengan dia "Kalau abang ni ibarat Red Guitar, saya ni ibarat White Dandelion. Lembut dan bila tiba masanya terbang di bawa angin. Tak duduk satu tempat. Tak tetap pendirian untuk duduk satu tempat dan conclusionnya bila saya tak tetap pendirian, saya pun tak tau saya nak belajar main guitar ke tak".




Dia terdiam dan pandang aku. Lepas tu baru dia ketawa, cakap aku ni kelakar... Aduhai... Aku pun cakap dengan dia, nanti aku datang baliklah lepas buat keputusan.

Disebabkan kejadian yang aku rasa macam kelakar dan pelik ni, tetiba aku rasa cam nak tulis dalam diary. Tapi malas nak tulis dengan pen pun.. Tu yang tetiba terfikir untuk conteng2 dalam blog... Coz menaip senang sikit.

Since aku suka perkataan Red Guitar : White Dandelion (which is melambangkan Lelaki Macho vs Perempuan Yg Soft) so... jadilah blog ni...

Oklah.... ini experience aku :).... nanti kita sambung experience lain pula... Yang pasti, mesti yang ada kaitan dengan lelaki dan perempuan hahaha...

No comments:

Post a Comment