"Pretty Things Inside". Saya suka kata-kata ni or kita kata tagline. Bermacam-macam maksud di sebalik kata-kata ni dan terserah kepada anda semua, masing-masing ada tafsiran dan pemahaman sendiri untuk mendefinisikannya.
Bagi saya... ia adalah mudah. Pretty Things Inside for me is the heart. Hati kita. Ya.. bercakap tentang hati, manusia melakarkan gambar hati sangat indah. Berwarna merah yang menawan dengan rupa bentuk yang lekuk di tengah-tengah dan tirus di bawah. Sangat cantik ciptaan Allah.
Kehidupan bersama hati yang suci dan tabah adalah sesuatu yang indah. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Segalanya berkait antara satu sama lain. Bila berbicara tentang hati yang sentiasa indah di dalam sana, kita memang tidak mampu membaca hati kita sendiri apatah lagi membaca hati orang lain. Tetapi, kita mampu merasa apa yang hati kita rasa dan terdetik.
Jika kita pelihara hati kita yang indah di dalam sana dengan rasa yang indah, selamat, positif, jujur, ikhlas dan bertolak ansur, InshaaAllah "the Pretty Things Inside" akan sentiasa mekar dan mekar. Kemekaran ini akan dapat orang lain lihat di wajah kita. Serinya akan ada di wajahkan dan kerutan kita tidak akan menunjukkan kelam dan sebaliknya.
Tetapi jika pelihara hati kita dengan perkara-perkara dan rasa yang gusar, syak wasangka, negatif, hasd dengki, sentiasa tidak berpuasa hati.... itulah yang akan jadi teman kita di kala kita melihat dan bersama orang lain. Hati kita tidak akan tenang. Makin hari makin pudar dan kelam. Bila ini terjadi, sudah tentu tiada istilah "Pretty Things Inside", sebaliknya kita boleh tukar kepada "A black Witch Inside" :)
Kita merasakan bahawa kita telah berjaya menciptakan satu peradaban yang jauh lebih baik dari sebelumnya, kehidupan yang jauh lebih maju, tapi sebenarnya cubalah kita renungkan sejenak apakah kita telah berjaya atau malah gagal untuk menciptakan peradaban yang jauh lebih baik dari generasi sebelum kita.
- kita berjaya membina bangunan - bangunan yang tinggi2 tetapi kita juga telah membina kasih sayang yang jauh lebih rendah.
- kita berjaya mengumpul wang yang banyak, tetapi memiliki waktu lebih sempit
- kita memiliki harta banyak, tetapi hanya berpeluang menikmati sedikit.
- kita memiliki rumah yang lebih banyak tetapi lebih kerap ditinggalkan.
- kita memiliki lebih banyak pengetahuan, tetapi hati nurani yang semakin terhakis.
- kita mempunyai lebih ramai kawan, tetapi jauh lebih banyak masalah.
- kita sering tertawa terlalu sedikit, punyai perasaan sering dan mudah marah, tidur pada waktu yang lewat malam, bangun dalam tika masih kepenatan, membaca terlalu jarang, menonton TV terlalu banyak, dan berdoa hampir tidak pernah.
- kita telah melipat gandakan harta milik kita, tetapi mengurangi harga diri kita.
- kita terlalu banyak berbicara, tapi terlalu jarang mendengar dan berbuat.
- kita telah mengikuti berbagai seminar bagaimana memperolehi wang yang banyak, tetapi bukan mencari kehidupan yang bahagia dan penuh erti.
- kita telah berjaya menawan luar angkasa, tetapi gagal mengalahkan ego kita sendiri.
- kita telah melakukan hal-hal besar, tetapi bukan hal-hal yang mulia.
- kita telah membersihkan udara, tetapi kita juga mengotori jiwa kita sendiri
- kita belajar untuk sentiasa bergerak dengan lebih cepat tetapi bukan menjadi lebih sabar.
- kita banyak melahirkan orang-orang besar tapi dengan mental yang kerdil, pendapatan yang tinggi tapi amal yang yang semakin rendah.
Berikan waktu untuk mencintai orang-orang yang telah mencintai anda.. berikan juga waktu untuk berbicara! Dan berikan waktu untuk menghargai buah fikiran anda. Hidup tidak diukur oleh jumlah nafas kita, melainkan oleh bagaimana kita telah menghabiskan nafas kita.
CINTA 100%
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?HATI YANG PALING INDAH
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…
Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.
Saya menangis. Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran ‘mencintai’ yang dimaksudkan oleh junjungan mulia, Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :
“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ia bermaksud, memberi sepenuh hati. 100%. Yang terbaik!



No comments:
Post a Comment