Dilema dalam kehidupan bila punya sahabat yang ramai dalam senarai hati kita. Manusia tidak mampu hidup keseorangan itu di akui oleh semua insan yang di kurnia perasaan mahukan teman. Tidak kira apa fungsi yang di bawa oleh seorang sahabat, mereka tetap dambakan sahabat di sisi mereka.
Sahabat kita punya perasaan, perasaan yang perlu dijaga & dibelai. Perasaan memahami antara satu sama lain dan menaruh kepercayaan. Inilah fitrah manusia dan fitrah sebuah persahabatan pasti ada di sana ujian untuk menguji sejauh mana keberkesanan sebuah persahabatan.
Jika benar kita ini bersahabat kerana ALLAH kenapa harus setiap perkara kita mudah terasa? Jika benar kita sahabat kenapa harus di pertaruh perasaan sayang antara kita? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di ruang sudut kecil hatinya.
Marilah kita sama-ssama-sama menjaga silaturrahim kita agar sentiasa dipelihara hubungan kita bersama sahabat hati dan dijauhi syaitan yg sentiasa mengganggu hubungan jujur sesama Muslim. Persahabatan yang jujur takkan terputus begitu saja walaupun ada pasang surutnya. Itulah istimewanya sahabat hati jika kita bandingkan dengan hubungan sepasang kekasih.
Hati seorang sahabat itu peka,
Kerana dia behubung dengan jiwa sahabatnya,
Menyayanginya melebihi diri sendiri,
Atas dasar mencari redha Ilahi.


No comments:
Post a Comment