Sejak akhir-akhir ni macam-macamlah terjadi. Nak tergelak pun ada. Aduhai... dunia, dunia :). Bercakap about cemburu ni, memang memeningkan kepala. Kalau kita cemburu untuk success, ok lah juga, jika cemburu kita tu dijadikan perangsang dan pengajaran untuk kita memperbaiki diri dan kehidupan kita. Ini tidak.... cemburu yang entah apa-apa ni. Kadang-kadang, yang tua pun cemburu dengan lelaki or perempuan muda. Dapat apa ye? Fikir-fikirlah sendiri ok.
Perasaan cemburu yang terlampau sehingga langsung hilang kepercayaan pada pasangan. Sentiasa berfikiran negatif dan kalau boleh mahu berada di samping pasangan setiap saat. Mengawal setiap gerak geri pasangan. Kalau cemburu dengan pasangan kita or couple, suami isteri, bolehlah dipertimbangkan... Ini cemburu yang melampau dengan seseorang yang bukan milik anda. Kalau kata kurang sopannya.... "syok sendiri" lah kan.
Kita boleh berasa cemburu kepada seseorang walaupun antara kita dan orang itu tidak ada apa-apa ikatan hubungan yang mesra. Dalam erti kata yang lain kita boleh berasa cemburu walaupun kita baru mengharap-harapkan sahaja akan hubungan itu.Maksudnya, kita baru tertarik dengan orang itu sahaja (Ataupun anda je yang tertarik dengan orang tu, orang tu maybe tak pun kan...)
Emosi cemburu dalam keadaan itu dipenuhi oleh perasaan mengharap-harapkan orang itu, cintanya kemesraannya dan kehadirannya. Kita juga sangat mengingini apa yang dimiliki oleh orang itu. Lazimnya kita berasa malu kerana mencemburuinya. Kita tidak menaruh apa-apa kecurigaan dan syak ke atasnya. Kita juga tidak menaruh perasaan tidak percaya kepadanya. Kita juga tidak mengalami takut kehilangannya dan sakit hati kerana dimungkiri.
Oleh itu, jangan sekali-kali menjadi hamba cemburu. Cuba teliti dan selidiki diri kamu, sama ada kamu mempunyai tanda-tanda orang yang terlalu cemburu buta. Jika ada, segera kikisnya dan jadilah seorang yang prihatin, memahami dan bertolak ansur.
Kuasa Tarikan
Salah satu teori psikologi yang cuba menerangkan gejala perasaan cemburu ialah teori kuasa tarikan. Kuasa tarikan ialah faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keupayaan menarik minat orang lain kepada dirinya. Setiap individu memiliki kuasa tarikan. Setengah-setengah isteri memiliki kuasa tarikan yang amat tinggi ke atas suami mereka dan juga ke atas lelaki-lelaki lain. Ertinya, sebagai mana suaminya tertarik kepadanya, begitu juga lelaki-lelaki lain.
Hal yang sama juga berlaku di kalangan lelaki. Walaupun sudah beristeri, ramai wanita lain masih amat tertarik kepada mereka. Namun ada pula isteri yang tidak memiliki daya tarikan langsung ke atas suami mereka. Begitu juga di kalangan suami. Tetapi tidak ada orang yang memiliki kuasa tarikan ke atas semua orang. Dalam erti kata yang lain, kita hanya dapat menarik minat orang-orang tertentu sahaja.
Pakar-pakar psikologi mengatakan ketidakseimbangan kuasa tarikan mempunyai kesan ke atas emosi, khususnya emosi cemburu. Isteri yang rendah kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia teramat mencintai suaminya. Sebaliknya, si suami yang tinggi kuasa tarikannya berasa seolah-olah dia tidak berapa mencintai isterinya. Ini berbeza dengan pasangan yang mempunyai kuasa tarikan seimbang. Mereka berasa mereka mencintai pasangan mereka sebagaimana yang sebenarnya mereka rasakan.
Beberapa sikap cemburu buta
Suka Menyiasat Gerak Geri
Sifat yang mulanya ok, tetapi bila agak keterlaluan boleh mengundang padah. Suka mengetahui ke mana anda mahu pergi, dengan siapa, hatta walau pergi ke tempat kerja, nak tahu secara terperinci apa yang anda lakukan. Telefon tidak henti berdering untuk mengetahui apa yang anda buat, dengan siapa anda sedang bersama. Uhh jenuh dapat pasangan begini.
Yang ni sangat ketara ye. Tak kiralah orang tu muda ke tua.. aduhai. seram saya part2 ni especially yang cemburu tu orang2 tua kepada yang muda2 :)
Bersifat Sentiasa Curiga
Lelaki mudah cemburu, apatah lagi seandainya pasangannya seorang wanita yang molek, cukup pakej walaupun sudah beranak tiga. Lelaki tersebut sentiasa ada sikap suka menganggap anda seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan anda, apatah lagi anda punyai kecantikan, kecerdikan dan ketrampilan yang memikat. Lagi-lagi, kalau si pasangan itu sering sahaja diganggu oleh anasir luar. Bagi wanita, walaupun anda tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu, si dia tetap merasakan yang anda cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan tidak bersalah dalam hal ini. Apa yang anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.
Tak habis-habis nak berprasangka. Kita tak bercakap pun dia kata kita berahsia. Aduhai... makan dalam ni :)
Bersikap Panas Baran
Uhh kebanyakkan kaki cemburu akan ada sifat sebegini, bersikap panas baran terutama pada lelaki. Bahana si kaki cemburu yang ada sifat begini akan menjadikan kehidupan anda merana, ini kerana anda adalah sebahagian daripada hidupnya. Mereka yang ada sifat sebegini, pantang ada silap sikit, pantang kalau ada perkara yang membuatkan dia merasa curiga, pasti akan dimarah bagai nak rak. Benda kecil diperbesarkan, tiada istilah api kecil .. sentiasa sahaja api marak dalam hati yang penuh cemburu.
Nak marah, sila marah... tapi jangan naik kaki dan tangan ok!
Sering Bersikap Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu anda mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah
betul anda nak puaskan hatinya. Kadangkala anda akan terfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda? Sehinggakan pada satu tahap anda akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia setiap hari.
Memanglah kan.. tak puas hati memanjang. Sudah-sudahlah tu hehehe...
APA-APA PUN.... TAK PAYAHLAH NAK CEMBURU SANGAT DENGAN SAYA YE PUAN YANG DIHORMATI.....
PELIHARALAH HUBUNGAN KITA KERANA ALLAH.


No comments:
Post a Comment