Salam semua... minggu ni agaknya minggu saya review novel kut. Why? Tak ada specific reason tapi... saya punya blog.. so suka hati sayalah hahaha...
Tak adalah... saje je share about novel sikit. Coz this week banyak pergi training dekat luar, jadi while waiting in between the break, trainer nak start class, saya bacalah novel. Tu yang tetiba rajin nak share sikit about novel yang menarik minat saya ;)
************
FATRIM SYAH
Seorang penulis lelaki yang kali ini mencuba genre baru di dalam penulisannya iaitu Novel Cinta yang santai.
Penulis yang menggunakan dua nama pena Fatrim Syah dan Muhammad Fatrim ini merupakan anak jati kelahiran Sabah dan kini masih belajar dalam bidang Penulisan Kreatif (Ijazah Sarjana Muda) di Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA) UiTM Puncak Perdana Shah Alam. Novel pertamanya ; Geng Karipap diterbitkan pada oktober 2010 oleh Fajar Pakeer Junior manakala novel keduanya; ASRAMA diterbitkan pada April 2013 oleh Buku FIXI menggunakan nama pena Muhammad Fatrim. Novel ini sekaligus memperkenalkan namanya ke dalam industri penulisan. Juga menyertai dua Buku Antologi UNTUK SEPARA TUHAN (2013) & AKU NAIK SAKSI (2013) terbitan Buku Hitam Press.
Prinsipnya dalam penulisan 'Jika ada usaha, Insya ALLAH berjaya'.
SINOPSIS GAUN CIK BOS, TUXEDO MR SECRETARY
Dua insan, dua jiwa, dua karekter yang berbeza bagaikan langit dan bumi bertemu di bawah satu bumbung. Khalisah mengambil Adam sebagai setiausahanya hanya untuk mempermainkan Adam. Adam pula rela dalam terpaksa menerima jawatan itu memandangkan kesukarannya mencari kerja. Pada mulanya Adam terima saja Khalisah mengarahkan itu ini kerana dia faham skop tugasnya. Tapi lama kelamaan Cik Bos itu semakin melampau!
"Kenapa Cik Bos selalu kenakan saya? Apa salah saya pada Cik Bos?" - ADAM
"Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya." - KHALISAH
Aril, teman lelaki Khalisah kurang senang dengan kehadiran Adam di sisi Khalisah. Ada rahsia besar yang disimpannya mengenai identiti sebenar Adam dan apabila rahsia itu terbongkar, Adam hampir tidak dapat menerimanya. Malah, ia turut bersangkut paut dengan Danish, kanak-kanak yang dijaganya sejak bayi lagi. Bila Mr Secretary bakal berkahwin dengan orang lain, masihkah Cik Bos ego dengan perasaan yang mulai menjentik tangkai hatinya? Dan... apakah rahsia Adam itu?
**********
Sedikit teaser untuk bacaan semua... Enjoy ya hahaha
Adam berasakan hujan rintik-rintik itu bakal menjadi semakin lebat. Dilajukan sedikit pemanduan untuk cilok mencilok supaya cepat sampai.Tiba-tiba...‘Apahal pula boss aku buat tepi jalan tu, ada runway ke? Ish-ish, taubatlah wei..’ gumam Adam pelik.Segera Adam menuju ke arah Khalisah, Khalisah pula buat-buat tak nampak.“Hai Cik Boss Khalisah, tunggu sapa tu? Nak catwalk ke? Agak-agak runway highway ni panjang juga ni...” tanya Adam sebaik memberhentikan motosikalnya, bertanya ada, menyindir pun ada rasanya. Kali ini giliran Khalisah pula untuk tergamam, nampaknya apa yang dicakapnya pada Adam di kondo tadi berulang padanya.“Awak tak nampak kereta saya rosak ni?” marah Khalisah.“Manalah saya tahu kereta Cik Boss ni rosak, takde letak papan tanda pun.”“Sudahlah. Kalau awak nak sindir-sindir saya, awak baliklah office, tak lama lagi ada trak tunda datang.”“Naiklah motor saya ni Cik Boss. Hari dah nak hujan. Trak tunda tu mesti lambat sampai, waktu puncak ni, kereta banyak.” Adam tiba-tiba menawarkan untuk membonceng Khalisah.“Nak naik motor buruk ni, pleaselah...” Khalisah menyombong lagi.Hujan mulai turun di kawasan itu renyai-renyai, kedengaran juga bunyi guruh. Khalisah memandang ke kiri dan ke kanan. Kalau dia dalam kereta saja mungkin boleh, tapi kalau trak tunda lambat sampai macamana, gila nak tunggu sampai malam. Adam masih memandang Khalisah di sana. “Kalau Cik Boss tak nak saya balik dulu.” Adam meminta diri.“Ish, iyalah, iyalah,” dengan tidak rela Khalisah mendekati juga motosikal cabuk itu.
**********
Kepada yang berminat untuk melihat sejauh manakah penulis ini berjaya mengembangkan bakat beliau di dalam nukilan cinta, bolehlah dapatkan naskhah ini ;).
Selamat membaca semua. Saya suka jalan ceritanya yang santai dan disulami scene-scene yang kelakar ;)



No comments:
Post a Comment