Tuesday, January 21, 2014

(RG) - 1 Second Smile : Awek Pisang Goreng

Hai la... tak habis-habis lagi saya dok sibuk mengomen novel-novel ni. Maklumlah minggu ni tak ada kejadian menarik sangat nak dikongsikan. Asyik menuntut ilmu yang dibayar oleh company ;)

************
Jom berkenalan dengan mamat misteri ni. Seorang novelis lelaki... lelaki sejati ye hehehe... Encik Syah Shah (nama penanya) yang menyatakan dirinya adalah "Seorang LELAKI gila yang menulis secara sesuka hati tanpa sebarang spesifikasi"

Novel pertama beliau adalah Awek Pisang Goreng. Sebuah cerita yang santai, kelakar dan comel sangat. Yang paling tak boleh menahan tu... watak hero dan heroinnya yang sengal-sengal comel hahaha.

***********

Awek Pisang Goreng - Syah Shah




Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya. ‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’ Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’. “Awak tau tak awak tu gila?

Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng. “Husna sayang...”- Daus aka Firdaus “Awak ni laa kan...” - Husna “Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’.

Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba. “Firdaus...Don’t walk away now. - Husna Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri? Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA.

***************

Novel ini telahpun berada di pasaran dan anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai buku atau order terus dari Idea Kreatif Publisher.

***************

By the way Encik Syah Shah sedang sibuk menyiapkan novel kedua beliau yang InshaaAllah akan diterbitkan pada 2014 ini juga... sedikit sebanyak berkenaan movel beliau yang kedua disharekan di sini ye...

Full support to Mr Writer and good luck ;)


(Gambar adalah sekadar hiasan)


Andria tunduk merenung imej dalam paparan skrin kamera. Benar, gambar itu memang cantik. Tapi sayang, moment itu salah. Kepala diangkat dan dia menoleh ke arah sofa yang diduduki Fawwaz tadi.Lelaki itu sudah berdiri dan sedang melangkah santai mendekatinya. Beberapa tapak lagi nak sampai, tangan kanan dihulurkan. Tertunduk Andria memandang tapak tangan yang terngadah itu. Teragak-agak nak menyambut.

Tapi, untuk apa lelaki itu menghulurkan tangannya?“Can I see it too?” soal Fawwaz.Sang jurufoto angguk dalam senyuman dan kamera diserahkan ke tangan Fawwaz yang sudah sedia terhulur. Andria hela nafas lega curi-curi. Mujur dia tak terlanjur menyambut tangan itu.Fawwaz tarik senyum senget. Lama dia telek gambar tu sebelum dengan selamba menukar setting kepada mode camera semula dan menarik Andria rapat lalu memeluk bahu gadis itu. Pipi Andria jadi habuan bibirnya dan dengan pantas dia menekan shutter. Selfie yang tiba-tiba.Andria dilepaskan dan kamera kembali bertukar tangan.

Selamba dia ketawa dan beredar tanpa sekelumit pun rasa bersalah.Terkebil-kebil sahaja Andria di situ. Terlalu pantas lelaki itu melakukannya tanpa sempat otaknya memproses maklumat. Pandangan beralih kepada sang jurufoto yang kelihatan teragak-agak hendak memberikan reaksi. Akhirnya Andria tarik senyum serba tak kena. Sang jurufoto ikut senyum dan meminta diri.


That's all.... jangan lupa dapatkan naskhah anda. Worth to buy, worth to read ;)


No comments:

Post a Comment