Saturday, January 2, 2016

(RG & WD) - Bye 2015.. Here we come 2016

Assalamualaikum semua...
ya ya ya.. lambat 2 hari ni after new year baru nak menulis di sini. Baru saja check tadi, rupanya 2015 I cuma menulis 25 blogs je. Tk memberangsangkan langsung. Pada hal byk je kejadian di 2015. Agaknya sibuk dgn urusan diri sendiri. Urusan apalah sgt yg penting tu ye? Sibuk bercinta dan uruskan keluarga baru hahaha. Apa2 pun di kesempatan ini saya ingin ambil kesempatan utk memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa sengaja atau tidak disengajakan.

Tak perlulah I cerita kisah2 sedih di tahun 2015... tetapi ramai kawan2 datang dan pergi. Memang sedih but life goes on. Juga memang tak sangka, ketentuan Allah menemukan saya dengan seseorang yg sekaligus sekarang menjadi teman hidup saya. Terima kasih Allah. Biarpun bermula sebagai kawan biasa... tetapi jodoh semuanya kuasa Allah. Ok.. enough of that. Jom kita happy2 tahun baru ni. I love you all my friends. Terima kasih krn kawan2 sentiasa memberi sokongan dan pengajaran, melalui masa sukar dan senang...

********

2015 sudah sampai ke penghujungnya.
Alhamdulillah... Kita masih diizinkan Allah untuk terus melakukan ibadah dan kebaikan di bumi ini. Tahun 2016 dijangkakan lebih mencabar dan memerlukan pengurusan masa, kewangan, keluarga, kerja dan perniagaan dengan lebih baik serta sempurna. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.Diri ini hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Moga ukhuwah yang kita bina berkekalan hendaknya.Selamat tinggal kenangan 2015. Yang sudah berlalu, biarkan ia berlalu. Moga menjadi kenangan terindah dan iktibar buat diri ini. Apa yang lahir dari hati, insyaAllah itu yang terbaik buat diri ini. Listen to your heart... Sayang semua dan insyaAllah berjumpa lagi kita di tahun 2016.

Thanks All... once again..
utk insan tersayang, yg sentiasa memahami dgn kerja saya yg pelbagai.. thanks abang! You are the best!. Love U..



No comments:

Post a Comment