Tuesday, April 29, 2014

(RG) - Lelaki Sedingin Dia

Salam semua...

It's 7:20 pm... Sebelum saya pulang ke rumah selepas bersolat.... untuk menenangkan fikiran dan hati... tetiba terasa nak menaip. Selepas seharian melalui macam-macam perkara hari ini. Menyedihkan. Seseorang yang saya kenal...baru saja bercakap dengan beliau last Friday dan malam tadi telah meninggal dunia ketika beliau tengah beriadah di Gym @ vessel di Perairan Gorgon, Australia.  Hari ni... busy menguruskan untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia. Dia seorang lelaki yang sangat sopan, baik dan sentiasa berlembut dengan wanita... ya.. merupakan seorang staff di sini juga merangkap sahabat. Semoga anda aman di alam sana (beliau bukan beragama Islam).

******************************

Ok..... Bercakap mengenai lelaki... saya just nak kongsi about this book / story yang saya baru je habis baca... 2 days ago.. yes.. I bought it @ PBAKL PWTC the title is "LELAKI SEDINGIN DIA" by penulis yang sama yang menulis AWEK PISANG GORENG.... SYAH SHAH (under IKP).

Novel ini merupakan novel kedua beliau selepas APG but jika kita kira the total printed karya... this is the fourth karya termasuk 2 cerita di dalam buku kompilasi.. Apa yang boleh saya perkatakan di sini ialah... he did improve a lot from the previous karya :). Tulisan yang semakin matang, susunan kata dan ayat yang wavy follow the lenggokan cerita membuatkan kita semakin teruja untuk membaca dan mengetahui what's next? Mudah difahami walaupun penceritaan merangkumi banyak persekitaran yang berbeza dan watak2 yang bermain dengan multi feelings (perasaan yang berbeza-beza). Ada ego, kasih sayang, merendah diri, tabah, dendam, marah, terluka dan bermacam2 lagi digarapkan dengan berkesannya oleh penulis ini.


LELAKI SEDINGIN DIA

Mengisahkan seorang lelaki yang bernama Fawwaz Hakim - Siapakah lelaki ini? "Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz..."

Siapkan Andria? Seorang perempuan yang educated... yang cukup segalanya... complete package.. Tetapi betulkah dia di dalam golongan "complete package" di mata Fawwaz yang sudah biasa dikelilingi makhluk ciptaan Allah yang satu ini..... Sesungguhnya wanita... "kau adalah pendorong kepada kesejahteraan lelaki, kau jugalah pemusnah tiang yang teguh kepada lelaki".

Dua makhluk indah ini dipertemukan di bumi Cameron Highland di kala masing-masing tidak mahu terlibat dengan aturan perkahwinan yang diaturkan oleh ahli keluarga. Mereka bertemu, tidak kenal sama sekali tapi berkongsi sejarah yang sama..

Ya.. dan Ya.. cerita ini berbeza.. bukan perbezaan darjat.. sebaliknya kedua keluarga... adalah datang dari circle yang sama.. Segala yang terbongkar mencabar ego Fawwaz. Apakah yang terbongkar? Adakah ia melibatkan Andria yang dikenali hanya sebentar di bumi Cameron? Siapakah Andria di mata Fawwaz? Dan siapakan Fawwaz di mata Andria? Apakah sejarah yang di katakan "berkongsi sejarah yang sama"?

Adakah mereka bersatu? Jika bersatu... adakah mereka bahagia? Kata-kata ini dipetik dari sinopsis novel tersebut untuk anda meletakkan diri anda bersama-sama penulis agar message yang dikongsi sampai kepada pembaca..

"Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!" - Andria
"Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?" - Fawwaz

Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan... kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah... Adakah Andria mengalah untuk menjadi isteri Fawwaz?

"Marriage will never tie me down.  Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya." - Fawwaz

Sampai bilakah kemelut ini berlarutan? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi Fawwaz yang baru? Mampukan Andria mencintai Fawwaz yang sememangnya bukan calon yang menepati kriteria suami pilihan? Mampukan Fawwaz mencintai Andria sedangkan.... hatinya adalah hati seorang lelaki yang dingin. Tiada perasaan kasih.. Tiada perasaan sayang... Tiada perasaan cinta terhadap wanita... Tiada perasaan mengalah... semuanya tiada.. Dingin sungguh hati kau Fawwaz Hakim.

Anda akan dapat semua jawapan kepada persoalan di atas di dalam buku yang salah satu terlaris di IKP sempena PBAKL 2014...  Terus terang saya katakan... it is worth to read... worth to buy... Kerana ceritanya adalah cerita yang berlaku di sekeliling kita.. Di dalam kehidupan kita..

SELAMAT MEMBACA LELAKI SEDINGIN DIA...

Thank you to the writer... Mr Syah Shah for the good story... good book... good plot.... Congratulations!

Jika review ini tidak menepati citarasa anda... ianya adalah datang dari kelemahan saya sendiri... Tq.. :) Happy Reading Guys! And I will give 4.5 stars out of 5 stars..

1 Luv..

***********

Anda juga boleh membaca part of this story dekat blog penulis seperti berikut..

SYAH SHAH : TULIS-TULIS SUKA-SUKA (BLOG)


No comments:

Post a Comment